Bab 11

239 13 0
                                    


  Memandang kiri ke kanan untuk memastikan tiada sesiapa yang tahu bahawa dia kini berada di rumah Puan Aliza.

  Terkejut dirinya apabila terlihat Puan Aliza kini berada benar-benar di hadapannya setelah dia memasuki rumah tersebut.

  "Mummy.." Panggilnya perlahan. Beg rodanya diletakkan di tepi tangga yang berhampiran dengannya.

  Langkah demi langkah dia menjejak kakinya di dalam ruang tamu. Terasa bingung untuk seketika melihat mummy yang tidak sedar dengan kehadirannya walaupun dia berjalan di hadapannya.

  Terukir senyuman di bibirnya. Idea jahat sudah muncul di dalam pemikirannya. Walaupun melihat keadaan mummy seperti tidak bermaya dan terdapat sisa air mata yang melekat di pipi mummynya.

  Namun niat dihatinya untuk kenakan mummy masih lagi tidak hilang.

  1..2..3!

  "Mummy!"

  Reaksi mummy yang tidak disangka olehnya. Sangkaanya sama sekali salah apabila dia fikir mummy akan melatah seperti dahulu kala.

  "Eh, Sya. Bila balik? Mummy tak perasan pun." Senyuman manis yang cuba dilemparkan oleh Puan Aliza  serta sisa air mata juga dilapnya terus.

  "Yela, mestilah mummy tak perasan Sya balik ke tak. Sya bukan orang istimewa pun nak tahu yang Sya dah balik ke belum." Jawab Syahirah Wahyu Mustaqeem dengan nada yang merajuk.

  "Janganla merajuk, tak comel mummy tengok." Puan Aliza mencubit pipi anak saudaranya yang tembam itu.

  Sya pura-pura meraung kesakitan. Sebenarnya, dihatinya amat rindu dengan sentuhan mummynya yang lembut itu. Seakan-akan sentuhan ibunya.

  Sya kemudian memeluk tubuh Puan Aliza. "Mummy, are you okay?"

  "Kenapa tanya macam tu?  Mummy 'okay' jerla. Kenapa nampak macam mummy tak sihat ke?" Puan Aliza berdiri lalu mencuit hidung Sya. Senyuman juga seperti dipaksa untuk mengekalkan senyuman manisnya.

  "Mummy, if you have something wrong. Just tell me." Sya cuba untuk mendengar masalah dari mummynya. Kerana Sya sangat kenali mummynya dengan hanya melihat air muka mummy yang berubah.

  Walaupun dia tahu, dia hanya sekadar anak saudara. Namun, dia sudah menganggap Puan Aliza seperti ibunya sendiri. Tambah-tambah lagi bila dia sudah kehilangan ibubapanya beberapa tahun yang lalu.

  Sya mendekati Puan Aliza dengan memegang tangannya dengan lembut.

  "Sya, Sya mesti penatkan? Sya pergi rehat. Mummy nak pergi sediakan makan malam." Jawab Puan Aliza dengan lembut sambil menyentuh pipi Sya.

  "Ke.. Sya nak tolong mummy masak jugak?" Sambung Puan Aliza.

  Sya menyengih. "Haha, mummy ni, erm.. Sya memang penat sebenarnya ni. Jadi Sya nak pergi rehat sekejap. Kalau mummy nak minta tolong apa-apa ke, panggil jer Sya eh?" Sya mencium pipi Puan Aliza dengan mengorak langkah yang agak laju mengambil beg rodanya lalu menaiki tangga secepat mungkin.

  Mummy ni, tahu-tahu saja yang Sya ni tak pandai masak. Walaupun umurnya sudah mahu masuk umur yang sesuai untuk orang masuk meminangnya. Namun, memasak bukanlah kemahirannya malah kelemahannya.

  Puan Aliza yang melihat perilaku anak saudaranya hanya tergelak kecil. Terubat sedikit hatinya yang agak sedikit kecewa.

  "Mummy, jangan lupa masak banyak sikit eh?!" Jerit Sya dari tingkat atas.

  Yep, walaupun Sya seorang perempuan yang sopan dan baik hati. Namun, Sya mempunyai suara yang lantang apabila menjerit boleh dikatakan beberapa rumah boleh mendengari suaranya.

Love you Mr Jealous! (Sorry Slow Update)Where stories live. Discover now