"Assalamualaikum.." Mia memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumussalam Mi.. Eh, abang!" Jawab Puan Aliza apabila terlihat tubuh suaminya dimuka pintu rumah. Lalu berjalan ke arah suaminya untuk menyambut kepulangannya.
Tubuh suaminya dipeluk erat. Kerinduan yang selama ini tersimpan akhirnya dapat dilepaskan jua.
Encik Hisham membalas pelukan isterinya.
Mia yang hanya memandang tersenyum.
Kan best kalau dapat pasangan macam ni. Bukan main 'sweet' lagi. Haih, manisnya.. Bersemut!
Puan Aliza melonggarkan pelukannya apabila tersedar yang ada orang lain yang sedang memerhatikan perlakuannya.
Puan Aliza tersenyum malu. "Lupa pula ada menantu mummy sorang ni."
Mia menyalam tangan Puan Aliza dengan senyuman yang masih terlekat di bibirnya.
"Takpela mummy, suami mummy jugakkan. Bukan orang lain." Mia ketawa kecil.
Encik Hisham hanya tersenyum.
"Sayang, Ir mana?" Soal Encik Hisham dengan lembut sambil meletakkan tangannya di pinggang isterinya seakan mereka berpeluk namun hanya sebelah tangan.
Muka Mia kemerahan sedikit. Bukan apa, rasa macam nak menjerit pun ada! Sudah seperti mirip cerita drama korea yang ditontonnya. Sweet sungguh Encik Hisham pada isterinya itu.
"Masih kat ofis kowt." Jawab Puan Aliza.
Encik Hisham ketawa kecil.
"Serious sungguh dia dengan kerja barunya. Haih.. Ir. Ir."
Puan Aliza dan Mia memandang Encik Hisham serentak cuba untuk memahami apa yang diperkatakan olehnya.
"Kenapa Pa? Irfan ada masalah dekat tempat kerja?" Soal Mia dengan berani. Walaupun agak sedikit pelik. Yelakan, Irfan bukanlah seseorang yang penting sangat bagi dirinya. Namun, sebagai isteri perlulah mengambil tahu juga.
(Elehhh Mia ni, pura2 x nk ngaku lak ahahaaaaaa(>_<)!!♥♥)
Encik Hisham memandang Mia lalu tersenyum. "Sebab kamu la."
Bertambah bingung Mia dibuatnya.
Sebab aku? Haih, nasibla Encik Hisham ni bapa mertua aku. Kalau tak memang dah kena dah... Yela mana taknya, jawapan tergantung. Buat orang suspen jer.
Mia ingin menanya lagi. Tetapi niatnya terbatal apabila seorang pemandu kereta Encik Hisham mula menyapa.
"Encik, saya bawa bagasi ni masuk ke dalam ye.." Kata pemandu itu dengan lembut serta melemparkan sebuah senyuman.
Encik mengangguk lalu mengikuti pemandu keretanya masuk ke dalam rumah serta isterinya juga dibawanya sekali.
Mia hanya terdiam.
"Papa mungkin bergurau agaknya.." Monolog Mia sendirian setelah agak lama berfikir.
Baru hendak menjejak masuk ke rumah bunyi motor yang agak kuat di luar pagar menarik perhatiannya.
Siapa pulak yang main motor depan rumah ni.. Tak lain tak bukan budak-budak nakal la ni.
Mia berjalan ke arah pintu pagar yang tertutup rapat dan cuba melihat ke luar.
Terlihat motor Suzuki FXR150 yang sedang berpusing-pusing di luar pagar. Kemudian ia berhenti apabila terlihat Mia yang sedang memerhatikannya.
Helmet yang dipakainya itu dikeluarkan daripada kepalanya. Rambut yang agak basah akibat peluh itu ditariknya ke belakang.
Mia yang melihat lelaki itu terus jantungnya berdegup-degup. Terlihat Akmal yang melihatnya dengan senyuman seakan terlalu gembira dapat melihat Mia.
Akmal melambai tangannya ke arah Mia.
Mia hanya mengkebil-kebilkan matanya. Ingin menjerit namun risau jika ibu bapa mertuanya terdengar.
"Aduhaiii kau buat apala kat sini Akmal oiiiiii!!" Jerit Mia perlahan.
Mia menjegilkan matanya sambil mengangkat jarinya menundingkan ke arah kanannya iaitu menandakan bahawa dia tidak mahu Akmal berada di sini dan minta untuk pergi dari sini.
Apa yang membuat dirinya bertambah risau jika Irfan terlihat Akmal di sini. Mahu naik angin pula Irfan itu.
Senyuman yang gembira itu masih lagi melekat di bibir Akmal.
"Mia, awak kene tahu yang saya memang cintakan awak!" Jerit Akmal ke arah Mia.
Bertambah bengang Mia dibuatnya. Boleh pula mamat ni jerit. Hish! Ini kalau orang dengar ni mampus aku! Mahu tak pelik, sudah bersuami masih nak menggatal dengan lelaki lain.
"Pergilah!" Terjerit juga Mia akhirnya tapi seakan dengan nada yang merayu.
Akmal menyarungkan helmet di kepalanya lalu membuka cermin helmetnya itu. Dibuatnya 'flying kiss' pada Mia lalu memulas gear dan beredar dari situ.
Mia yang melihat seperti hendak marah, menyampah, geram dan bermacam-macam lagila emosinya itu.
Kenapala Akmal sebegitu. Dia yang sakitkan aku dan sekarang mencari aku. Benci betul!
"Mia?" Suara dari belakang menyapa Mia.
Tubuh ibu mertuanya terpampang di muka pintu dengan wajahnya yang sedikit berkerut.
"Mia? Jerit kat siapa tu?" Soal Puan Aliza.
Mia memandang Mummynya sambil tersengih.
"Takde apala, tadi cuma ada budak-budak main motor depan rumah. Tu yang Mia suruh mereka pergi tu."
"Budak-budak main motor? Haih.. tiba-tiba jer.. rasanya tak pernah dengar budak-budak main motor kawasan ni."
Mia berjalan ke arah Puan Aliza lalu memegang bahunya.
"Biasela mummy budak-budak.. kalau dah takde port. Port lain pulak yang dicarinya.
Puan Aliza bertambah kerut.
Mia masih tersenyum sengihnya. "Takpelah Mummy.. jom masuk. Tak payah fikir dah.." Bahu Puan Aliza masih disentuh lalu menolak perlahan untuk bergerak masuk sekali ke rumah.
Kepalanya juga sempat dikalihkan kebelakang sedikit melihat samada benar-benar Akmal beredar dari kawasan itu.
Yela.. dah tahu sangat perangai Akmal. Bukan boleh percaya. Kalau dikata pergi tidak semestinya dia akan pergi. Seperti di rumahnya dahulu.
Kedua-dua tubuh wanita itu diperhatikannya. Senyuman masih tidak lekang di bibirnya. Kemudian bibir bawah digigitnya lembut seakan geram melihat salah satu tubuh wanita itu. Siapa lagi kalau bukan Mia!
"Mia, I've got you..." Kata-kata yang keluar dari mulut Akmal menandakan bahawa orang yang dicari-carinya telah jumpa setelah sekian lama cuba untuk menjejakinya.
Wooooookkkttttt Wooooookkkttttt! !!! Halo guys! Wah lama giler eh author tak update aiyayayyay.... lambat gilerr (^_^') Sowey So much yerrrrrr, and yeah of course Thank you pada yang masih membaca story ni and like!!!! Author appreciate sgt!!! Arigato! So still wait for next chapter okaiii guys!!!!! Thank you love From ME!!!!! Mmmmmmmuuuahhhhhhh♡♡♡ (>_<)!!!!!!♡~
![](https://img.wattpad.com/cover/113332573-288-k842080.jpg)
YOU ARE READING
Love you Mr Jealous! (Sorry Slow Update)
Romance"Kau ingat aku kahwin ngan kau sebab aku sukalah. Lagi seksa adalah!"- Irfan "Wei, aku dah kahwinla. Baik kau jangan mimpi nak aku!"- Mia "Aku tau aku salah. But please give me one more chance sayang.." - Riz "Erm..memang la abang suka. Tapi dia dah...