Kereta Sorento hitam mermakir di luar garaj rumah Puan Aliza.
Mia melihat ke luar tingkap kereta. Yep. Memang sah ni rumah mak mentua dia.
"Err... Thank you sebab tolong hantar aku." Mia cuba mengukir senyuman. Walaupun agak 'awkward' suasana di antara Mia dengan jejaka yang 'HOT' ni. Namun suasana itu dibuangnya jauh-jauh.
Jejaka itu membalas senyuman lalu keluar dari perut kereta dan ke arah pintu kereta bahagian Mia untuk membuka pintu kereta.
Mia tersenyum malu. Siapa tak malu weyh.. Tak pernah orang buka pintu kereta untuk aku tau. Jejaka ni lah orang yang pertama. So sweet!
Baru sahaja kaki Mia menapak keluar. Satu tubuh yang amat dikenalinya berdiri di hadapannya. Mia terkedu. Mia melirik ke arah sang jejaka dengan Irfan.
Jejaka yang baru tersedar dengan kehadiran Irfan mula memandang Irfan dengan senyuman yang tenang.
Mia mula cuak. Sang jejaka ni gila ke ape? Kau tak nampak ke muka Irfan yang ala-ala sedang menahan kemarahan tu ke? Kau boleh senyum, rilek-rilek jer?
"Lain kali jangan tinggal isteri berseorangan kat luar. Kan susah kalau dapat dekat orang lain." Jejaka itu menarik senyum senget.
Oh My... Sang jejaka oi.... kau ni takde insurans mulut ke!!!??? Jerit hati Mia setelah mendengar kata-kata perlian dari mulut jejaka tersebut.
Irfan ketawa kecil. Dia melangkah menuju ke arah Mia lalu memaut lengan Mia dan di dukung nya.
Mia tidak mampu untuk berkata apa-apa. Matanya dibulatkan lalu dikalihkan ke arah sang jejaka yang mampu melihat perilaku Irfan waktu itu.
Gilala Irfan ni kau tak malu ke dukung aku depan orang ni! Muka Mia mula kemerah-merahan.
Sang jejaka tidak lekang dari senyum sengetnya. Jejaka itu memandang ke arah Mia. "Aku Haris."
"Aku tau." Jawab Irfan sepintas lalu walaupun kenalan itu bukan diajukan padanya.
"Aku rasa kau dah boleh balik sebab.. Err.. aku rasa kau tahu sendiri kan?" Sambung Irfan dengan sinisnya. Kening sebelahnya juga turut dijongketkan sedikit.
Irfan berjalan dengan mendukung Mia ke arah pintu utama tanpa melihat ke belakang.
Pintu ditutup.
"Irfan..Irfan..Irfan.. Tak pernah nak berubah and aku pun, takkan pernah berubah." Kata-kata akhir Haris sebelum memasuki perut keretanya dan terus meluncur di atas lebuhraya.
"Adoi!" Jerit Mia perlahan mengaduh kesakitan sedikit setelah badannya dicampakkan oleh Irfan di atas sofa yang agak keras.
Irfan terus menaiki tangga.
Mia mencebik perlahan. "Ingatkan nak dukung sampai atas tapi..."
Mia menggosok pinggang belakangnya yang terasa sakit itu. Ok la tu.. daripada dia campak kau atas lantai lagi teruk. Tak pasal-pasal patah tulang belakang Mia.
Mia bangun dari sofa lalu lantas ingin menaiki tangga. Namun niatnya terbatal. Bila diingatkan semula, kalau dah Irfan campaknya di atas sofa. Maksudnya.... malam tidur di ruang tamula jawapannya.
Mia merebahkan badannya di atas sofa semula. Badannya terasa melekit. Nak mandi? Perlu naik atas juga. Sebab tuala kat atas. Mia mengeluh perlahan.
Wajah Irfan bermain di minda. Tertanya-tanya kenapala Irfan tu macam takleh terima aku. Keras sungguh hati. Lansung tak nak buka pintu hati dan terima seseorang dengan seadanya.
YOU ARE READING
Love you Mr Jealous! (Sorry Slow Update)
Romance"Kau ingat aku kahwin ngan kau sebab aku sukalah. Lagi seksa adalah!"- Irfan "Wei, aku dah kahwinla. Baik kau jangan mimpi nak aku!"- Mia "Aku tau aku salah. But please give me one more chance sayang.." - Riz "Erm..memang la abang suka. Tapi dia dah...