Dahinya dilap berkali-kali.
"Hish! Nak kata stupid tu memang stupid. Kenapa la kau boleh terima Mia. Why Mia? Why?" Soalnya sendiri.Mana taknya stupid? Kalau kau kahwin dengan lelaki tak kenal. Baru jumpa dekat majlis penikahan tu terus kahwin. Haih, kenapala kau terima dengan cadangan mak. Kenapa Mia? Kenapa?
Kalau difikirkan semula, baik dia tak payah pergi majlis pernikahan tu. Menyesal jer bila dia cuba nak mempercepatkan untuk ke majlis itu. Habis selekeh bajunya dan terpaksa memecut keretanya. Nasib tak berlaku kemalangan.
Bukan sebab nak sangat tengok pernikahan tu tapi sebab ibunya. Kalau tak kene marah la jawapannya. Tapi kalau ini gayanya. Dia sanggup kene marah berbanding kahwin macam ni. Tapi dah terlambat Mia oi!
"Tak payah nak lap sangat dahi tu. Aku cium tu pasti melekat punya." Suara lelaki yang mula menyapa Mia.
Terkejut Mia dibuatnya. Tangannya cepat-cepat diturunkan. Lalu dia pandang lelaki yang menyapanya tadi. Kurang ajar! Ketuk pintu tak, bagi salam pon tak.
Erk!
Mia terkaku seketika. Air liur ditelankan. Ini bukan lelaki tapi jejaka ni.
Rambut yang masih lembap dan serabai sedikit. Tuala yang dililit dikeliling pinggangnya boleh menampakkan six-pack. Badannya yang tegap... Sexy siut!
Wah.. Siapakah gerangan jejaka ini. Tergugat iman aku...
Mia bicara dalam hati."Haih, tenung lama nampak. Tergugat ke?"
Mia tersedar dengan apa yang dilakukanya terus mengalihkan pandangannya ke arah lain.
Mia memejamkan matanya serapat-rapat yang boleh.
'Alamak! Kantoi! Erm..Apa yang kau buat ni Mia. Tolongla mintak-mintak dia dah pergi dah. Tolongla...' Getus hati Mia.
Tiba-tiba Mia dapat merasakan hembusan yang hangat di telinga kanannya. Nafasnya boleh didengari dengan jelas.
"Kalau tergugat cakap jer, tak payah nak malu." Ucap lelaki itu. Sindir.
Pipi Mia mula merona kemerah-merahan. Nak kata panas tak. Tapi sebenarnya seram sejuk.
Seperti ais batu yang menyelubungi di seluruh tubuh badan.Kemudian, Mia boleh mendengar ketawa sinis dari lelaki yang masih berada disebelahnya itu.
Lelaki itu berdiri semula kemudian disilangkan tangannya di paras dada.
"Aku betul-betul tak sangka yang aku boleh kahwin dengan bekas perempuan kaunter ni." Lelaki itu ketawa.
Mia tersentak.
What the.. Laki ni apahal saja nak sakitkan hati aku ke ape! Kata aku bekas perempuan kaunter. Mia macam tak betul dah hati dia ni.
Matanya terus memandang lelaki itu. Terus hilang rasa nak tergugat.Lelaki itu hanya senyum senget.
Bertambah geram rasanya Mia. Macam nak cekik-cekik jer lelaki ni. Siapala lelaki malang yang aku kahwin ni. Getus hati Mia.
Kalau diingatkan, waktu sebelum dia dinikahkan memang ada rasa macam kenal jer. Tambah-tambah lagi bila suaranya dilafazkan. Suara yang tidak akan pernah dilupakan. Suara yang dicari-carinya untuk balas dendam.
YOU ARE READING
Love you Mr Jealous! (Sorry Slow Update)
Romansa"Kau ingat aku kahwin ngan kau sebab aku sukalah. Lagi seksa adalah!"- Irfan "Wei, aku dah kahwinla. Baik kau jangan mimpi nak aku!"- Mia "Aku tau aku salah. But please give me one more chance sayang.." - Riz "Erm..memang la abang suka. Tapi dia dah...