Tali leher dilonggarkan. Butang kemejanya dibuka sehingga ke paras dada. Tubuh badannya direbahkan di atas katilnya yang empuk itu. Teringat akan kejadian yang benar-benar menyakitkan hatinya. Rambutnya diserabutkan sedikit.
Anak matanya terus beralih tepat pada tubuh Mia yang hanya berlapik dengan tuala sambil mengelap rambutnya yang basah dengan tuala kecil apabila mendengar pintu bilik airnya dibuka.
Terbuntang mata Mia setelah sedar Irfan yang terbaring di atas katil dengan matanya yang tidak lari memandang dirinya.
Tanpa membuang masa Mia terus masuk ke dalam bilik air semula lalu menutup pintu bilik air. Mia memejamkan matanya serapat-rapatnya.
'Adoii!! Malunya!! Kenapa kau tak check dulu Mia oii!!' Jerit Mia dengan perlahan.
Teringat tubuh badan Irfan yang sexy tu.. Hanya Tuhan saja yang tahu hatinya berkencang bagaimana. Dadanya yang naik turun disentuh cuba ditenangkan.
Tok. Tok. Tok.
"Woi, kau tak payah la lambat-lambat sangat dalam tu. aku nak guna pula." Irfan bernada selamba.
Mia menelan air liur. Yela, hanya tuala sahaja yang berlapikan di tubuh Mia. Malula kalau Irfan nampak.
Mia tahu bukannya berdosa kalau suami sendiri melihat. Namun, tidak kebiasaan.
"Woi, cepatlah! Nanti aku pecah pintu ni baru kau tahu."
Setelah mendengar Irfan berkata begitu lantas Mia membuka pintu bilik air. Terpampang wajah Irfan dihadapannya.
Muka Mia mula merona kemerah-merahan. Tuala kecil yang diletakkan di bahunya cuba ditarikkan ke hadapan sedikit. Mia mengorak langkah.
Dalam dua tiga tapak Mia terhenti. Pergelangan tangannya dipegang kemas oleh Irfan.
Dup. Dap. Dup. Dap.
Jantung Mia berkencang seakan hendak tercabut.
Terasa hembusan nafas yang hangat di telinganya. Mia terkaku seakan beku.
"Kau tak payah nak takut sangatla. Aku tak tergugat pon." Kata Irfan dengan nada yang lembut dan sindir itu.
Muka Mia merah padam. Tangannya di tarik kasar daripada digenggam oleh Irfan. Tanpa berkata dan mengalihkan wajahnya ke arah Irfan. Mia terus keluar dari bilik.
Irfan yang hanya melihat Mia pergi mula tersenyum sinis.
...
Wajah Mia masih bermain dalam pemikirannya. Senyum dan ketawa Mia amat membuatkan dia rindu akan Mia.
Aqram menggelengkan kepalanya. "No. No. No. You better to stop think about her. She's married, Aqram. She's married." Aqram bermonolog lalu memandang ke stereng.
Dalam sesaat Aqram memandang ke hadapan semula terlihat seakan lembaga lalu dihadapan keretanya. Tanpa membuang masa Aqram menekan brek kereta.
Aqram menyentuh dadanya. "Apa tu?"
Pintu kereta dibuka lalu bergegas ke hadapan kereta. Risau jika dia melanggar sesuatu. Walaupun tiada kedengaran bunyi terlanggar namun hatinya masih tergerak untuk melihatnya.
Terlihat tubuh belakang seseorang yang seakan sedang mencari sesuatu.
Cermin mata dia mungkin. Aqram meneka.
"Cik tak apa-apa?" Aqram mula bersuara. Lalu mendekati orang itu untuk membantu mencari barangnya.
Orang itu mula mengambil sesuatu barang di atas jalan raya itu lalu disimpannya ke dalam baju sweaternya dengan pantas. Lantas, berdiri tegak di hadapan Aqram. Namun masih membelakangi badannya.
YOU ARE READING
Love you Mr Jealous! (Sorry Slow Update)
Romance"Kau ingat aku kahwin ngan kau sebab aku sukalah. Lagi seksa adalah!"- Irfan "Wei, aku dah kahwinla. Baik kau jangan mimpi nak aku!"- Mia "Aku tau aku salah. But please give me one more chance sayang.." - Riz "Erm..memang la abang suka. Tapi dia dah...