Angin malam menerpa tubuhnya dibiarkan sahaja. Bintang-bintang yang berkerlipan menghiasi di langit gelap ditenungnya.
Udara disedutnya dalam-dalam dan melepaskan nafasnya dengan segala yang sakit di jiwa dan hatinya.
Mengingati Irfan memegang tangan perempuan lain membuatkan dirinya cemburu. Namun siapalah dirinya terhadap Irfan.
Irfan melihat Mia di luar balkoni. Rambut Mia yang Ikal mayang dan seakan terbang ditiup angin itu menarik perhatian Irfan.
Wajah Mia juga mula menyerlah kejelitaannya di waktu malam yang hanya disinari dengan cahaya bulan.
Irfan melangkah mendekati Mia.
"Kau buat apa kat luar ni?"
Mia sedikit terkejut dengan sapaan Irfan yang secara tiba-tiba. Kemudian kembali tenang. Mia menggelengkan kepalanya sedikit.
"Kau rindu kat seseorang kan?" Irfan tersenyum sinis lalu menyilangkan tangannya dan diletakkan di paras dadanya.
'Mestila si Haris tak guna tu.' Teka Irfan di dalam hatinya.
Mia mengangguk. Tidak menyangka Irfan boleh membaca mindanya. "Yep, ayah saya.."
Wajah Irfan berubah sedikit terkejut. "Ayah awak?"
Mia memandang Irfan. Matanya seakan berkaca menahan tangisan yang akan ditangisinya.
"Dia dah tak de.. Dia dah tinggalkan saya untuk selamanya.. Tapi.." Mia memandang semula ke arah bulan yang bersinar itu.
"Dia kata.. kalau saya rindu akan seseorang.. Tengoklah bulan dan bintang jika ia mula menyinari pada waktu malam.. Saat itu kita akan rasa tenang dan kita akan rasa pelukan seseorang yang kita rindu itu untuk melepaskan rindu.." Kata Mia dengan lembutnya. Senyumannya juga cuba dihiasi dibibirnya.
Irfan yang mendengar kata-kata dari Mia telah membuatkan hatinya luntur. Dia tidak pernah rasa seperti Mia yang telah kehilangan seseorang yang amat disayanginya.
Irfan berjalan mendekati Mia. Bahu Mia disentuhnya.
Mia sedikit terkejut.
Irfan mengalihkan badan Mia untuk menghadap dirinya. Lalu dipeluknya Tubuh Mia yang agak kecil itu.
Irfan sendiri tidak tahu mengapa dia memeluk Mia. Tetapi apa yang dia fikir waktu itu hanyalah perlu berada di sisi Mia.
Mia yang masih dalam keadaan terkejut tidak lansung melawan. Malah membalas pelukan Irfan. Kerana di saat itu memang dia memerlukan sangat seseorang di sisinya. Air mata yang cuba ditahannya terus mengalir keluar dan menuruni ke pipinya.
Mia tersenyum. Walaupun dia tidak tahu akan mengapa Irfan berbuat demikian namun pelukan Irfan yang hangat itu membuatkan dirinya seakan berada di dalam pelukan ayahnya sewaktu dia masih kecil.
'Ayah, Mia rindu akan ayah.."
...
Pinggan digilapkan dengan kain kering. Lalu di letakkan di rak piring.
Terukir sebuah senyumannya di bibir apabila mengingati kejadian pelukan hangat dari Irfan, semalam.Irfan.. terima kasih.. Itulah ucapan yang akan diucapkan pada Irfan apabila melihat Irfan nanti.
Tubuh yang ditunggu-tunggunya sedang turun dari tangga. Melihat bibir Irfan yang terukir sebuah senyuman manis itu membuatkan hatinya bertambah gembira. Namun, niatnya terbatal apabila melihat Irfan tergesa-gesa menaiki tangga semula.
"Terlupa sesuatu latu.. Tak pela aku tunggu dia kat bawah." Mia mencebik perlahan.
Irfan menarik keluar kotnya dari almari bajunya yang disangkutkan dengan penyangkut.
Bzzz..bzzz..
Bunyi vibrate telefon bimbit kedengaran. Irfan mengambil telefon Vivo berwarna putih yang bukan miliknya di atas meja solek.
"Asal budak ni off ringtone telefon?"
Matanya melihat pada skrin telefon. Matanya membulat. Lalu diangkatnya.
"Hello baby, aku rindu kau.. jom jumpa.." Suara menggoda yang keluar dari telefon Mia.
"Hoi! Apa baby, baby?! Ni aku suami dia. Kau jangan nak menggatalla!" Jerit Irfan lalu di matikan taliannya.
Mia yang terdengar suara Irfan menjerit terus menaiki tangga.
Asal pulak mamat ni pagi-pagi. Bisik hati Mia.
Terlihat wajah Irfan yang berkerut seribu tu. Fuh! gilerla. Tambah lagi, dengan renungan matanya yang menusuk tajam ke arah mata Mia sehingga membuatkan bulu romanya naik. Ini namanya renungan maut muncul kembali!
Mia menelan air liur.
Irfan berjalan di sisi Mia. Aura kemarahan yang sedang membara di sekitar tubuh Irfan dapat dirasai oleh Mia.
Irfan keluar dari pintu rumah tanpa menoleh ke arah Mia.
Mia yang masih bingung hanya melihat Irfan pergi. Kedengaran pintu ditutup kuat juga membuatkan dia terkejut.
"Dia marah aku ke?" Muka Mia yang masih tidak berubah dari 'blur'.
Setelah sedar dari 'blur'nya. Tanpa membuang masa Mia mengorak langkah laju memasuki bilik Irfan. Matanya melihat sekelilingi di setiap sudut bilik. Mencari punca. Punca yang telah membuat Irfan marah begitu sekali.
Terlihat telefonnya di atas meja lalu diragutnya. Meneliti isi-isi atau sebarang maklumat yang diterima dalam telefon bimbitnya.
"Sah! Aku dah agak dah.." Mia menutup matanya serapat-rapat yang boleh. Dahinya juga mula dipicitnya.
Salah timing! Salah timing!
Badannya terus direbahkan di atas katil. Nombor yang tadi telah menghubunginya di hubungi semula.
"Hello, kau ni kan.."
Jeng.Jeng.Jeng!!! Wattt theee Fffiisshhhh Irfan??? Miaa???? watt just happen??!!
Wooottt woottttt!!!! Hello guysss, it was nice to meet you all! yeah i know.. bab ni singkat skit tp okay latu kann?? hahaha!! anyway thanks 4 u guys cuzz still read my story!!! if you like it punch the like button, Like a bosssssss!!!!(jacksepticeye) Lovee youu guyysss and still wait for the next chapter LYMJ!!! Okay guuyyss, Love you all!!! Mmuuahh(>_<)!! <3!!
![](https://img.wattpad.com/cover/113332573-288-k842080.jpg)
YOU ARE READING
Love you Mr Jealous! (Sorry Slow Update)
Romansa"Kau ingat aku kahwin ngan kau sebab aku sukalah. Lagi seksa adalah!"- Irfan "Wei, aku dah kahwinla. Baik kau jangan mimpi nak aku!"- Mia "Aku tau aku salah. But please give me one more chance sayang.." - Riz "Erm..memang la abang suka. Tapi dia dah...