Bab 24

167 5 3
                                    

 
  "Pa, please explain everything!" Ucap Irfan dengan nada yang agak tinggi dan seakan menahan kemarahan pada Encik Hisham.

  "Awak dan Mia tolong naik atas ye.. Ini urusan saya dengan Ir sahaja." Ucap Encik Hisham dengan tenang  pada Isterinya serta Mia.

  Mia hanya terkedu. Tidak memahami situasi yang sedang berlaku di hadapannya sekarang. Tambah-tambah lagi, kedua-duanya juga baru pulang dari kerja. Setelah pulang ke rumah begini pula jadinya.

  Puan Aliza mengangguk faham lalu menolak badan Mia perlahan untuk bergerak dan meninggalkan Irfan dengan suaminya.

  Mia hanya akur. Nak bersuara hendak menanya tapi risau akan ketegangan yang mungkin akan membuatkan masalah menjadi lebih teruk. Jadi berdiam sahaja la...

  Encik Hisham mula duduk di atas sofa yang empuk itu. Kemudian mempelawa Irfan untuk duduk serta di sofa hadapannya dengan hanya mengangkat tangannya.

  Irfan turut duduk tetapi seakan-akan menghempas badannya di sofa. Menyampah dengan sikap papanya yang masih berlagak tenang.

  Dah buat salah tapi boleh relaks lagi? Cuba la buat muka serba salah sikit! Jerit hari Irfan.

(Macam budak kecilkan Irfan nii alololo comeiinyaaa (>_<)♡♡~~)

  Encik Hisham menarik nafas dalam lalu menghembuskan perlahan-lahan. Kemudian, terukir sedikit senyuman di bibirnya.

  "Kamu nak tahu kenapa papa tarik semula jawatan kamu?"

  "Yes, of course! Papa perlu explain ni semua dekat Ir. Ir nak tahu kenapa Papa buat semua ni. Why? Why you do this to me? Apa salah Ir?" Bertubi-tubi soalan yang mula keluar dari mulut Irfan.  Segala soalan ini asyik bermain dalam pemikirannya dari sejak fail hitam sampai di tangannya sehingga ke saat dia bertemu papanya.

  "You think Papa tak tahu apa yang Ir buat dekat sini. Hm? And you think Papa duduk dekat sana Papa takkan tahu apa yang terjadi pada sini?" Soal Encik Hisham. Matanya tajam melihat anaknya.

  "What do you mean?" Dahi Irfan mula berkerut.

  "How can you cancel bisnes dengan Encik Malik?"

  Irfan terdiam dan agak terkejut sedikit.

  "You know that Encik Malik is my bisnes partner yang boleh dipercayai. I know maybe projek yang dia bagi takla sebesar mana yang Ir inginkan. But you need to know, trust adalah paling penting dalam bisnes and it's really hard to find one in this world. Bila dah dapat you need to keep and care about it. Tapi sayang Ir dah buat tindakan yang melulu." Hujah bapanya panjang.

  Irfan teragak-agak sedikit. Ya, bila mengingati semula dia tahu dia silap membuat keputusan.

  "Tapi Pa, itu cerita dulu. But now it's okay right?"

  "You said okay?" Encik Hisham ketawa sinis.

  "How can you say is okay, bila bisnes 25% dah jatuh?"

  Irfan terdiam. Pandangan bapanya tidak dibalas.

  "Is that you said okay Encik Irfan?" Soal papanya sambil mengeluarkan cermin matanya lalu di lapkan dengan kain kecilnya yang dikeluarkan dari poket seluarnya.

  Mulut Irfan seakan terkunci. Tidak tahu hendak mengucapkan apa lagi.

  "You see, satu kesalahan kecil boleh menjadi punca kesalahan besar. I told you before. But you don't ever listen it."

  Irfan menundukkan kepalanya sedikit.

  "Papa dah katakan jangan terlalu enjoy your life sehingga semua tanggungjawab Ir lepaskan."

Love you Mr Jealous! (Sorry Slow Update)Where stories live. Discover now