Matanya dikuak perlahan-lahan.
"Sejak bila aku tidur atas katil ni?" Soal Mia sendiri apabila tersedar bahawa dia sekarang telah berada di atas katil.
Tiba-tiba senyumannya mula terukir di bibirnya. Terasa bahagia pula baginya.
Siapa lagi nak angkat Mia naik ke tingkat ataskan? Sudah semestinya Irfan a.k.a suaminya. Eh,eh,eh suami?
Yep! Suami Mia. Mia sekarang sudah menganggap Irfan seperti suaminya. Walaupun memang sudah sah menjadi suami dalam beberapa hari yang lalu. Namun tidak pula terdetik hati ingin menganggap Irfan sebegitu.
Tetapi kalau sudah dikatakan hati Mia ini lembut dan mudah lentur. Jadi segala kemarahan dan dendam yang tersimpannya dahulu juga boleh menjadi kabur dan hilang serta-merta.
Tanpa membuang masa Mia terus terjun dari katil. Rasa nak melompat-lompat di awang-awanganpun ada.
Dengan rasa bahagianya Mia menuruni tangga. Niat di hati ingin mencari-cari si suaminya itu.
Sedang seronok menikmati keriangannya. Mia telah terlanggar seseorang mengakibatkan kedua-dua orang itu hilang imbangan diri.
"adoi!" Jerit wanita di depan Mia sambil menyapu pinggang belakangnya.
Mia bergegas berdiri lalu memegang lengan wanita tersebut dan cuba menariknya untuk bangun semula. Dengan mulutnya tanpa hentimengatakan maaf pada wanita tersebut.
"Lain kali, kalau jalan tengok depan ye.. Bukan berangan." Kata wanita itu.
"Maaf ye, Datin. Saya tak sengaja." Sengih Mia. Terasa juga 'perli deep' dari wanita itu dalam hati dia.
"Tak perlu lah Datin. Panggil jer aunty." Wanita itu melemparkan senyuman pada Mia.
"Aik, Ika? Bila sampai?" Sapa Puan Aliza dari belakang Datin Zulaika.
"Baru jer, lagipun aku datang sini saja-saja jer. Kalau boleh nak ajak kau pergi shopping sama-sama." Balas Datin Zulaika.
"Ala, sorryla Ika. Aku tak bolehla. Aku ada kerja sikit dengan Yam nanti."
"Takpelah kalau macam tu. Err..kalau aku ajak menantu kau boleh?" Puan Zulaika mula menarik lengan Mia dan lalu dipeluknya.
"Aku tak kisah pun. Mia ok?" Puan Aliza memandang Mia.
Mia hanya senyum tak ikhlas lalu mengangguk perlahan-lahan. Dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Kalau diikutkan, berat hatinya untuk ikut pergi shopping sekali. Tadipun ketika dengar Aunty Ika hendak mengajak mummynya pergi shopping sudah bersiap sedia kakinya untuk melangkah pergi. Tapi malang Aunty Ika lebih pantas menariknya untuk temannya pergi shopping.
Tak boleh dia nak cari suami kesayangannya itu. Plus, Mia ni bukan seorang yang kaki shopping. Shopping just boring!
(Bagi Miala, yg x minat shopping. bg author boleh2la. kalau korang??)...
"Aunty ni, susah-susah je belikan Mia baju dan kasut ni. Mia taktau nak balas macam mana. Lagipun Mia takdela banyak duit nak bayar ganti semua ni."
"Mia, Aunty beli semua ni ikhlas. Tak perlu pun bayar-bayar balik." Balas Datin Zulaika dengan senyuman manisnya.
Mia rasa bersalah mula menyelubungi dirinya. Pertama, dengan barang-barang yang dibeli oleh Aunty Ika untuk dirinya. Kedua, rasa bersalah apabila semalam dia tidak melayan Aunty Ika. Mia beranggapan Aunty Ika seorang yang hipokrit dengan memberinya senyuman tidak ikhlas. Sekarang sudah ternyata anggapannya salah.
YOU ARE READING
Love you Mr Jealous! (Sorry Slow Update)
Любовные романы"Kau ingat aku kahwin ngan kau sebab aku sukalah. Lagi seksa adalah!"- Irfan "Wei, aku dah kahwinla. Baik kau jangan mimpi nak aku!"- Mia "Aku tau aku salah. But please give me one more chance sayang.." - Riz "Erm..memang la abang suka. Tapi dia dah...