Bab 16

177 6 0
                                    

  "Wei, asal kau tak ketuk pintu dulu. Ini tak, main redah masuk jer. Kau kena ingat aku ni bos dekat ofis ni, jangan merata tempat kau layan aku macam kawan kau." Bebel Irfan apabila kawannya masuk ofisnya tanpa kebenaran.

  "Untuk pengetahuan encik Irfan, encik Rizal 'ni' dah ketuk pintu tu berkali-kali tahu tak? Boleh dikatakan nak reban dah pintu tu. Encik Irfan nak suruh encik Rizal 'ni' pecah masuk ke nak tunggu sampai tua kat luar tu, baru encik Irfan nak beri encik Rizal 'ni' masuk?" Soal Rizal dengan hujahnya yang panjang lebar itu.

  Irfan mengurut leher belakangnya akibat lenguh. Mungkin akibat termenung terlalu lama sehinggakan bunyi ketukakan pintu juga tidak didengarinya sebentar tadi.

  "Hm.. sorryla, aku tak dengar tadi." Kata Irfan dengan lemah.

  "Kau ni ok tak? Macam ada masalah jer?" Soal kawan rapatnya, Rizal Khuzairi.

  Rizal seorang yang sering datang ke ofis Irfan walaupun dia sudah ada pejabatnya sendiri, seakan sudah menjadi rutin hariannya untuk hadir ke ofis Irfan. Tidak kira dibenarkan ataupun tidak, tiada seorang pun dapat menghalangnya.

  "Entahlah, aku pun tak tahu." Irfan melepaskan keluhan berat. Seakan masalah yang dihadapinya itu tidak mampu untuk diluahkan dan diberitahukan kepada Rizal.

  "Ala, bitaw jerla. Mana tahu, aku boleh tolong." Kata Rizal yang sedia untuk mendengar luahan masalah Irfan.

  Terukir sedikit senyuman pada bibir Irfan apabila kawan rapatnya cuba untuk mendengar dan membantunya jika dia ada dalam masalah.

  Walaupun pertemuannya dengan Rizal untuk pertama kali secara kebetulan apabila Rizal yang cuba menyelamatkan dirinya daripada terlanggar kereta. Namun, disebabkan pertemuan itu Rizal dan dirinya menjadi kawan rapat serta mendapat mengenali bekas tunangnya.

  Kalau diikutkan, sebelum ini Rizal lah seorang yang beriya-iya untuk berkawan dengannya. Dirinya sahaja yang terasa janggal. Tetapi bila lama-kelamaan Irfan sudah menjadi terbiasa dan mula menerima Rizal menjadi kawan rapatnya.

  "Aku rasa aku ada masalah la dengan perempuan yang duduk serumah dengan aku tu." Luah Irfan.

  "Perempuan yang duduk serumah dengan kau? Siapa? Mummy kau?" Rizal meneka.

  "Hish, bukanlah. Mia lah."

  "Mia? Ouh.. Isteri kau. Cakaplah Isteri kau. Kenapa dengan dia? Dia curang?"

  "Entah. Lebih kurang macam tu lah." Irfan mengalihkan wajahnya ke arah luar jendela.

  "Masalah ke kau jealous..?"

  Irfan ketawa kecil. "Takde masa aku nak jealous dengan perempuan macam tu."

  "Habistu? Apa yang masalahnyer..?" Soal Rizal yang masih lagi tidak memahami apa yang Irfan cuba sampaikan.

  "Aku tak cukup bukti untuk buktikan yang dia tu curang dengan aku." Jelas Irfan lalu berdiri dari kerusi ofisnya yang empuk itu.

  "Kejap. Kejap. Aku dah mula tak faham. Kau nak bukti? Kenapa kau tak cakap terus terang dekat dia apa yang dia buat tu salah sebab curang dengan kau. Kan lagi senang." Rizal menggarukan kepalanya yang tidak berasa gatal itu.

  'Kenapa perlu susah-susah nak cari bukti untuk selesaikan masalah, sedangkan kau boleh selesaikan dengan dengan cara yang mudah.' Getus hati Rizal

  "Itu lagi susah aku nak teruskan niat aku. Lagipun, aku perlu buktikan pada mummy dengan mak dia yang perempuan tu curang. Susah aku nqk buat.." Kata Irfan sambil menggosok dagunya cuba mencari buah idea.

Love you Mr Jealous! (Sorry Slow Update)Where stories live. Discover now