Bab 17

164 10 0
                                    

  "Ye, abang kene percaya dengan adik abang seorang ni bahawa Mia yang abang suka tu dah kahwin." Kata Husnie pada abangnya yang sibuk sedang mencuci cawan-cawan dalam sinki.

  Aqram hanya membisu seakan tidak mampu untuk bersuara setelah mendengar kata-kata dari adiknya. Cawan-cawan yang telah dicuci itu dilapkan pula dengan kain yang kering.

  "Abang ni macam rileks jer.. abang bukan suka ke dengan Mia tu? Abang tak jealous?" Soal Husnie apabila melihat abangnya seperti tiada reaksi dengan isu Mia yang sudah berkahwin.

  "Erm..memang la abang suka. Tapi dia dah jadi milik orangkan.. jadi untuk apa abang jealous.." Jawab Aqram tenang.

  "Okay.... kalau dah macam t-" Tidak sempat Husnie untuk menghabiskan ayatnya tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.

  Husnie melihat pada nama yang tertera pada telefon bimbitnya lalu tersenyum.

  "Kejap eh abang."

  Lalu mengambil langkah keluar dari dapur cafe dan meninggalkan abangnya yang masih lagi mengelap cawan-cawan yang basah itu.

  Aqram melepaskan keluhan kecil. Cawan-cawan yang kering itu diletakkan di rak yang dikhaskan untuk meletakkan cawan dan disusunnya dengan rapi serta kemas.

  Tiba-tiba wajah Mia sekilas bermain di mindanya.

  "Nampaknya kau bukanlah jodoh aku Mia.." Katanya dengan lemah.

  Apron yang diikat di paras pinggangnya itu diuraikan lalu digantungnya di palang besi yang berada berdekatan dengan rak cawan.

  "Eh, abang nak balik dah?" Soal Husnie apabila melihat abangnya yang mula menggalas beg kecil di atas meja berhampiran dengan kaunter cafe.

  "Yela, cafe dah tutup nak buat ape lagi adik oii.. takkan nak termenung kenangkan nasib pulakkan..." Kata abangnya secara meleret sambil mencuit hidung adiknya.

  Husnie mengaduh sakit lalu menepis tangan abangnya.

  "Hish abang ni.. orang tanya jer. Lagipun abangkan memang suka lepak kat cafe ni dulu, chill-chill, lepas tutup cafe." Ucap Husnie sambil menggosokkan hidungnya yang mula menukar kepada warna merah itu. Terasa sakit selepas abangnya mencuit hidungnya.

  Yep, jika diikutkan dahulu memang abangnya selalu pulang lewat sedikit lepas menutup cafe. Namun semenjak-menjak ketiadaan Mia, abangnya tidak lagi seperti itu. Selalu sahaja pulang awal.

  "Abang penat hari ni. Dah jom pulang." Jawab Aqram.

  Yep, alasan yang sama seperti sebelum ini.

  Tidak sempat untuk Husnie membuka mulut abangnya terus mengambil langkah ke arah pintu keluar seperti tahu sangat Husnie akan mengajukan soalan-soalan lagi kepadanya.

  Husnie yang melihat abangnya berlalu pergi terdiam seketika. Wajahnya berkerut sedikit menandakan kerisauan dan simpati terhadap abangnya. 

  Aqram pernah mengatakan kepada Husnie suatu ketika dahulu bahawa Aqram suka akan Mia sejak dari pertama kali Mia bekerja di cafe mereka. Boleh dikatakan sebagai cinta pandang pertama.

  Husnie juga pernah memujuk Aqram untuk berlaku jujur kepada Mia. Namun, abangnya kata bukan masanya. Dan sekarang...

 

       ...

  "Thank you sangat-sangat sebab belanja saya makan." Ucap Mia. Perutnya disentuh menunjukkan perut Mia sudah diisi setelah sekian lama kosong.

  Haris hanya membalas dengan senyuman yang menawannya itu.

  Mia yang terlihat senyuman itu cuba melarikan pandangannya.

Love you Mr Jealous! (Sorry Slow Update)Where stories live. Discover now