04👔

1.7K 138 7
                                    

Joy dan Yerin meninggalkan Hayoung di depan pintu pejabat. Manakala mereka terus ke kelas. Takut terlambat. Belum sempat Hayoung membuka pintu, dia rasa sebelah tangan seseorang memeluk pinggangnya manakala sebelah tangan lagi menutup mulutnya lalu membawa dia ke suatu tempat. Hayoung mula panik. Dalam sekolah besar macam ni pun boleh kena culik ke? Dengan perlahan badannya ditolak ke dinding. Hayoung membuka matanya.

"Hai sweetheart! Selamat bertemu kembali" kata orang itu. Hayoung bernafas lega. Tidak lupa juga dia menayangkan muka menyampah.

"Tak payah nak bersweetheart dengan akulah. Blah lah! Aku perlu daftar nama aku di pejabat. Tepilah!" Hayoung cuba melepaskan dirinya tapi gagal.

"Mana kau nak pergi hah? Kau dah lupa apa yang kita dah janji hari tu? Ouh! Anyway nama aku Kang Daniel" Hayoung memutar bola matanya. Sikit pun dia tak pandang Kang Daniel ni. Eh kalau kau tak bagitahu pun aku dah tahulah nama kau.

"Aku tak tanya pun nama kau dan sejak bila kita pernah jumpa ehh?" Hayoung berpura pura berfikir.

"Tak payah nak fikir sangatlah. Aku tahu kau ingat aku" Daniel melipatkan tangannya di depan dada.

"Nantilah aku fikirkan. Sekarang ni aku nak pergi. Tepi sikit" Hayoung menolak tubuh Daniel. Tapi kaki Hayoung berhenti lagi. Dia pandang sekelilingnya. Mana si Daniel ni bawa dia? Dia baru je jejak sekolah ni. Mana tahu selok belok lagi. Hish!

"Aku pergi dulu. Tapi jangan ingat aku dah lepaskan kau pulak" pesan Daniel.

"Aku tahulah. Sekarang ni aku nak kau hantar aku tempat tadi balik" Daniel ketawa.

"Lawaklah kau ni. Jom ahh aku hantar" Daniel membawa Hayoung ke tempat tadi. Hayoung tersenyum menang.

Kelas Vaxene diam apabila guru masuk ke dalam kelas mereka. Mereka membetulkan kedudukan masing masing. Muka guru itu dipandang.

"Morning semua. Hari ni kita ada pelajar baru" Joy dan Yerin sudah dapat agak siapa murid baru itu. Mereka hanya senyum sesama sendiri.

Hayoung melangkah masuk ke dalam kelas itu dengan berdebar. Ni malas nak pindah sekolah ni. Macam nilah jadinya. Kena perkenalkan diri, kena sesuaikan diri, macam macam lagilah. Nasib dia tak perlu cari kawan.

"Hai semua. Nama saya Oh Hayoung. Saya harap semua dapat terima saya dengan baik" selepas Hayoung memperkenalkan diri, semua bertepuk tangan sambil senyum. Nampaknya mereka boleh terima Hayoung.

"So Hayoung. Tinggal dua aje lagi tempat duduk dalam kelas ni. Satu sebelah Joy dan satu lagi sebelah Sejun. Pilihlah mana mana kamu suka" Hayoung senyum kepada cikgu barunya itu.

Tak payah pilih. Memang dia akan duduk sebelah Joy. Walaupun mereka duduk meja berasingan atau setiap meja seorang, dia tetap pilih meja disebelah Joy. Tak naklah duduk dengan orang lain. Dia dan Joy duduk barisan yang berlainan tapi dekat jugalah dengan Joy. Yerin pula duduk di depan Joy. Di belakang dia pula meja kosong. Di tepi sebelah kanan pula...

BABE GORILA!! omg! Macam mana tak perasan pula ni. Walaupun Daniel duduk di barisan lain tapi tetap juga dekat dengan dia. Hish! Kalau macam ni biar aku duduk sebelah Sejun.

"Jadi semua, kita akan mulakan pembelajaran kita sekarang" cikgu yang mengajar bahasa sejarah itu memulakan pembelajarannya.

[C] MAID VS PLAYBOY [KANG DANIEL PARK JIHOON]Where stories live. Discover now