Diam. Daniel tengok Hayoung, Hayoung tengok Daniel. Tak kan demam sampai tersalah cakap. Ataupun dia ingat aku ni macam perempuan perempuan lain. Berani kau Daniel. Tidak lama kemudian, Daniel ketawa. Hayoung baru sedar yang dia sedang dipermainkan oleh Daniel. Hish! Tak guna betul.
"Awww! sakitlah" Daniel mengusap tangannya. Masuk ni dah berapa kali dia kena dera dengan Hayoung.
"Main main lagi. Kan dah kena. Okey macam ni. Kalau kau tak boleh kalahkan aku, kau kena lepas aku. Penatlah jadi maid kau" Hayoung merungut.
"Okey deal. Kalau aku kalah, aku akan lepaskan kau. Tapi kita still kawan kan?" Hayoung ketawa.
"Kawan? Macam tak betul aje. Lawaklah kau ni"
"Apa yang lawaknya? Betullah. Kawan. Tak kan girlfriend kut" Daniel senyum mengejek. Sekali lagi tangan Daniel jadi mangsa.
"Yelah yelah. Kita still kawan. Dahlah. Aku nak balik. Lepas ni aku perlu kerja. So bye Kang Choding. Semoga cepat sembuh ya. Bye bye" Hayoung mengemaskan barang barangnya.
"Alaaa..kau ni. Baru nak happy happy dengan kau. Kau tak payahlah pergi kerja. Duduk aje dengan aku kat sini"
"Tak nak bwekk!" Hayoung terus lari keluar sebelum Daniel keluarkan ayat ayat seposen dia untuk buat Hayoung temankan dia hari ni. Huh! Tak boleh blah.
Di Subway Cafe sekarang ni, ramai orang. Hayoung juga sibuk. Maklumlah, sekarang ni kan musim panas. Jadi ramai yang nak basahkan tekak dengan air sejuk. Hazel juga menjadi salah satu pelanggan disitu bersama Lucas dan Woojin. Macam mana mereka boleh bersama? Jawapannya mereka study group disitu. Awalnya Hazel hanya minta tolong Lucas untuk ajar dia bahasa sains tapi tak sangka Woojin juga datang sini. Masing masing study untuk exam sebelum cuti summer minggu depan.
"Terima kasih Lucas oppa sebab sudi ajar Hazel hari ni" Hazel menutup bukunya. Lama jugak dia belajar hari ni.
"No problem lah Hazel. Apalah sangat nak ajar Hazel. Lagipun Hazel kan junior kesayangan oppa" Hazel ketawa. Dia baru perasan yang Lucas cuma rapat dengan dia sorang aje di sekolah tu.
"Aku kena chaw dululah. Jihoon suruh aku pergi rumah dia" muka Hazel berubah bila dengar nama Jihoon.
"Aku tengok kau dengan Jihoon ni dah macam couple dah. Berkepit memanjang" Lucas membebel. Hazel yang sedih juga ketawa. Betul cakap Lucas. Dimana ada Jihoon disitu ada Woojin. Begitu jugak sebaliknya.
"Suka hati ahh" Woojin terus pergi. Lucas dan Hazel ketawa.
"So cuti summer ni, Hazel pergi mana?" tanya Lucas.
"Every year Hazel akan balik Amerika, jumpa ibu Hazel" Lucas senyum. Dia tahu Hazel tinggal sorang sorang disini.
"Oppa pulak? Pergi melancong dengan girlfriend?" Hazel sengaja kenakan Lucas.
"Amboi! Mentang mentang dia ada boyfriend, dia sindir kita pulak" Hazel ketawa.
"Memang patut pun kena sindir. Muka handsome macam ni tak ada girlfriend. Apa barang" kali ni Hayoung pula menyampuk.
"Noona pun samalah. Bukannya ada boyfriend pun" Hayoung kena balik.
"Eh siapa cakap noona tak ada boyfriend. Noona ada boyfriend lah" mereka ketawa.
"Oppa lupa? Daniel oppa kan boyfriend Hayoung unnie. Betul tak unnie?" Hayoung rasa macam nak cili cili aje mulut si Hazel ni. Sejak bila baby gorila tu boyfriend dia.
"Yelah. Baru oppa ingat" mereka ketawa lagi.
"Sedap mulut korang aje kan. Cili nanti baru tahu" marah Hayoung.
YOU ARE READING
[C] MAID VS PLAYBOY [KANG DANIEL PARK JIHOON]
ChickLitPertemuan yang tidak disengajakan antara Daniel dan Hayoung. Hayoung yang tidak sengaja langgar kereta kesayangan Daniel yang berjuta juta ringgit nilainya kerana Hayoung dah terlambat. Sebagai ganti Hayoung disuruh menjadi maid kepada Daniel. Mampu...