Mereka semua tiba di Granville Island. Semua terpegun melihat objek besar ciptaan manusia. Lampu lampu diatas kapal itu sudah terpasang memandangkan matahari sudah digantikan dengan bulan. Serius cantik.
Melissa cakap semua ada tiga kapal. Tapi dia pilih The Queen Of Diamonds. Kapal ni boleh muat 100 hingga 400 orang. Selalunya kalau nak buat majlis atau party, orang ternama selalu buat disini. Melissa ambil Evening Rates iaitu selepas pukul 5 petang. Harga dia lebih kurang $1550.00 untuk setiap jam. Memang tak mampulah Hazel jawabnya. Mereka akan berlayar selama 3 jam. Kiralah sendiri jumlah dia.
Tempat yang Melissa pilih Outside Sun Deck Level seating. Tempat ni hanya dibuka pada musim panas sahaja dan dihadkan seramai 100 orang. Mungkin Melissa dah tempat awal awal. Dapat juga mereka merasa makan tempat macam ni atas kapal.
Mereka duduk di sebuah meja panjang. Tunggu makanan sampai. Rugi pula Rowoon dan Joy tak dapat ikut serta. Kalau tak mesti lagi best. Hazel melihat semua rancak berbual sambil menunjuk ke arah laut. Teruja sangat dorang ni.
"Mesti Melissa selalu datang sini kan?" soal Hazel kepada Melissa yang duduk di hadapannya.
"Eh tak payahlah formal sangat. Kita ni sama umur. Guna aku kau je. Baru selesa" Hazel tersengeh.
"Aip! Macam mana tahu kita sama umur?" Melissa cuma senyum.
"Lucas bagitahu tadi. Haah. Selalu jugaklah. Itupun kalau classmate buat birthday party atau majlis majlis sewaktu dengannya" jawab Melissa.
Hazel cuma mengangguk. Untungnya jadi Melissa. Dah lah cantik bagai nak rak, kaya pulak tu. Memang full package. Haih Lucas oppa, untunglah dapat si Melissa ni. Aku pulak. Cantik dah tapi tulah. Hidup menumpang orang. Rugi kau Jihoon sebab dapat aku.
"Seronok jadi kau" kata Hazel sayu.
"Seronok apa bendanya Hazel. Buat apa kalau duit banyak tapi aku tak boleh luangkan masa dengan ibu bapa aku. Dua dua orang kerja. Aku dirumah sorang sorang. Kau rasa?"
Betul juga cakap Melissa. Kesian pulak dengan Melissa. Aku ni walaupun jauh dengan ibu tapi bila cuti musim panas ni, aku dapat juga luangkan masa dengan ibu. Rupanya payah jugak kalau terlebih kaya ni.
Daniel dengan Hayoung pula tak habis habis ambil gambar buat kenangan. Macam macam pose mereka buat. Sana yang tengok kemesraan mereka sedikit cemburu sebab dia tak boleh buat macam tu dengan orang yang dia sayang. Tapi pada masa yang sama dia gembira. Setidak tidaknya, hubungan Daniel dan Hayoung taklah teruk macam masa mula mula dia datang dulu. Dia bersyukur sangat.
Di Maxwell's Hotel, Joy sedang rehat ditemani dengan Rowoon. Nama aje teman tapi duduk bilik masing masing. Teman ke macam tu? Hmm? Apa apa jelah. Pintu bilik Joy ditolak. Muncul Rowoon bersama sandwich tuna dan juga segelas air putih.
"Kau dah makan ubat belum?" soal Rowoon sebaik saja melabuhkan punggung di atas katil Joy.
"Belum. Aku makan masa kita tengahari tadi aje" jawab Joy.
Rowoon tidak memberi sebarang reaksi. Agaknya sampai bila la Rowoon nak marah dia macam ni. Rindu nak gaduh macam dulu. Dia tak suka hubungan mereka yang sekarang ni.
"Ni aku ada bawa sandwich tuna. Kau makanlah. Lepas tu makan ubat" Joy cuma mengikut.
Selepas makan ubat, Joy terus tertidur. Mungkin effect ubat. Rowoon menarik selimut hingga ke paras dada Joy.
Haih! Lena betul kau tidur ye. Lupa dah aku ada sebelah kau.
Rowoon mendekatkan mukanya dengan muka Joy. Muka Joy dipandang dengan jarak dekat.
"Cantik juga kau kan. Tapi too bad. Kau suka sakitkan hati aku. Tapi satu pun aku tak pernah ambil hati. Aku sedar. Aku sayang kau minah senget" Rowoon tersenyum sendiri.
YOU ARE READING
[C] MAID VS PLAYBOY [KANG DANIEL PARK JIHOON]
Chick-LitPertemuan yang tidak disengajakan antara Daniel dan Hayoung. Hayoung yang tidak sengaja langgar kereta kesayangan Daniel yang berjuta juta ringgit nilainya kerana Hayoung dah terlambat. Sebagai ganti Hayoung disuruh menjadi maid kepada Daniel. Mampu...