Hayoung menunggu Daniel didepan pintu pagar sekolah. Dia paling benci kalau kena tunggu orang macam ni. Daniel bagitahu tadi suruh tunggu sini tapi dah 10 minit Hayoung berdiri. Tak muncul muncul jugak.
"Eh Hayoung kau tak balik lagi?" tegur Sejeong.
Hayoung cuma senyum. Jarang dia dapat cakap dengan Sejeong walaupun satu kelas. Yelah. Sejeong ni budak pandai jugak. Waktu dalam kelas dihabiskan dengan baca buku. Waktu rehat pun macam tu jugak. Kalau petang ataupun cuti, Sejeong akan kerja part time macam dia.
"Haah. Biasalah kalau tunggu gorila tu. Entah apa yang dia buat kat dalam tu" jawab Hayoung.
Sejeong ketawa.
"Rapat betul kan kau dengan si Daniel tu" Hayoung tersenyum kekok.
"Iya? Rapat sangat ke? Aku rasa biasa aje. Hihi"
"Kau sorang aje rasa macam tu. Kau kena ingat, pandangan kita semua tak sama tau. Pandangan aku pulak, kau rapat sangat dengan si Daniel tu. Ada apa apa yang belum aku tahu ke?" Sejeong sengaja mengusik.
"Mana adalah. Kau ni. Itulah baca lagi buku sampai nak keluar biji mata tu. Kau tak nampak ke setiap hari aku gaduh dengan dia. Sampai tarik rambut bagai" Sejeong ketawa.
Dia tahu dua orang makhluk nilah selalu buat dia hilang fokus masa baca buku. Kalau tak bising sehari tak sah.
"Aku tahu tapi kalau ada apa apa jangan lupa bagitahu aku. Yelah aku ni kan suka baca buku. Mana tahu ada hot news yang aku terlepas ke" usik Sejeong lagi.
"Hish! Kau ni. Mana ada. Tak kan ada hot news tu. Jadi kau boleh baca buku dengan tenang. Ha sebelum aku lupa. Kau dengan Kun ada apa apa ke?"
Muka Sejeong berubah. Terus hilang senyum.
"Kenapa kau tanya?" soal Sejeong dengan serius.
"Taklah aku tanya aje. Janganlah serius sangat. Lagipun dah lama dia tunggu kat sana"
Hayoung menunjuk ke arah seorang lelaki bersama moto berkuasa tinggi yang turut terparking elok disitu.
"Mungkin dia tunggu orang lain kot" jawab Sejeong mendatar.
"Iya? Aku tak rasa dia tunggu orang lain. Aku rasa dia tunggu kau sebab dia ada tanya aku tadi bila kau keluar" jelas Hayoung.
"Ouh ye ke. Biarlah dia. Aku balik dulu. Jumpa esok"
Hayoung cuma mengangguk.
"Tapi kalau kau ada masalah jangan segan segan nak share dengan aku. Aku tahu kau tak ada kawan. Aku akan jadi kawan kau" Sejeong terharu.
Terus dia pusingkan badan dia semula lalu memeluk Hayoung.
"Terima kasih Hayoung. Nanti aku share bila aku betul betul bersedia. Thanks again" Sejeong melangkah pergi.
"Wow guys. Look who's here. A stupid wizard"
Haih! Mana lah kau pergi Daniel. Lain yang ditunggu, lain yang datang. Memang shit la!
"Siang siang macam ni pun ada nyamuk ke. Hish!" Hayoung berpura pura halau nyamuk.
"Weh wizard! Kau tak payah nak berlakon lah. Kali ni kitorang akan pastikan kau kena cukup cukup" Hayoung mencebik.
"Halah! Halah! Nak balas dendam ke ahli sihir? Hmm untuk pengetahuan ahli ahli sihir sekalian, saya tak rasa takut pun. Ahli sihir sekalian ni nak buat apa? Cepatlah saya tunggu"
Hayoung melipatkan tangannya didepan dada.
"Geng! Pegang dia" arah Jennie.
Yang lain menurut perintah Jennie. Hayoung pula menunggu dengan sabar apa tindakkan selanjutnya.
YOU ARE READING
[C] MAID VS PLAYBOY [KANG DANIEL PARK JIHOON]
ChickLitPertemuan yang tidak disengajakan antara Daniel dan Hayoung. Hayoung yang tidak sengaja langgar kereta kesayangan Daniel yang berjuta juta ringgit nilainya kerana Hayoung dah terlambat. Sebagai ganti Hayoung disuruh menjadi maid kepada Daniel. Mampu...