07👔

1.7K 140 5
                                    

"Ni semua kau punya pasal!" marah Daniel selepas nurse itu pergi.

"Pehal pulak salah aku?" Hayoung juga turut marah. Eh eh! Kenapa tiba tiba nak salah aku pulak?

"Aduuu! Jatuh maruah aku sebagai playboy terkenal. Kau tahu tak nurse tadi bekas girlfriend aku. Kalau tak salah akulah. Tadi tu bukan dia puji kau tapi dia sindir kau" jelas Daniel. Hayoung menarik nafasnya. Ingatkan apalah tadi. Daniel memang mintak kaki aku ni. Nasib dia sakit. Kalau tak dah lama aku tendang dia ke bawah. Menguji kesabaran aku betullah Daniel ni.

"Kau ni kan....eee menguji kesabaran aku betul kan. Aku pun tahulah dia sindir aku. Tak kan playboy macam kau dapat title boyfriend yang sanggup buat apa saja untuk girlfriend dia. Hmm..tak sesuai sesuai" Daniel menahan marahnya.

"Amboi! Sedap kau mengata aku. Kau sedar sikit. Kau tu maid aku! Dan aku rasa walaupun aku playboy, aku tak kan date perempuan macam kau. Memang tak ada taste semua lelaki. Lelaki yang tidur tepi jalan pun belum tentu nakkan kau" Hayoung menahan amarahnya. Sebegitu hinakah dia dimata Daniel. Serius macam nak pukul pukul Daniel.

"Amboi! Sukanya kau hina aku kan. Kau ingat kau hebat sangat. Walaupun kau bersara jadi playboy suatu hari nanti, kau jangan harap aku nakkan kau!" Hayoung juga tak nak kalah.

"Ouh jangan risau sweetheart. Selagi muka aku handsome, aku tak kan bersara jadi playboy. Never!" kata Daniel dengan bangga.

"Ouh never. Kita tengoklah nanti. Kau tu bukan semakin muda tapi semakin tua. Kau ingat kau tua kerepot tu perempuan still nakkan kau. Memang taklah. Hish! Aku tak boleh bayang siapa wife kau nanti. Merana dia nanti. Kesian. Harap harap kau tak kahwinlah ye"

"Ha doalah aku tak kahwin. Kena batang hidung sendiri baru padan muka" Hayoung mencebik. Daniel selalu nak menang.

"Ouh aku rela tak kahwin daripada kahwin dengan kau" sindir Hayoung.

...

Setelah tiga hari di hospital, Daniel pergi ke sekolah macam biasa. Hayoung bersiap siap untuk ke sekolah. Malas nak pergi awal awal. Tapi kalau pergi lewat nanti mesti terserempak dengan Daniel. Lebih baik aku gerak sekarang. Hayoung turun dari biliknya. Sandwich tuna yang dihidang diatas meja diambilnya lalu dimasukkan ke dalam plastik. Sambil berjalan nanti bolehlah dia makan.

"Awalnya pergi sekolah hari ni" tegur Suga yang baru keluar dari biliknya.

"Undang undang sekolah tak cakap pun pergi sekolah awal satu kesalahan" Hayoung berlari keluar sebelum kena tangkap dengan Suga. Kalau Suga dapat tangkap dia, habis pinggang dia dicucuk cucuk. Geli siot!

"Bertuah punya adik. Tengoklah anak ibu tu. Ikut perangai siapalah" Tiffany hanya senyum.

Dengan senang hati Hayoung menyarungkan kasut adidasnya. Hmm not bad pergi sekolah awal. Hayoung membuka pintu pagar. Baru nak seronok, mood down semula. Apalah Daniel ni nak pagi pagi buta. Dah lah senyum macam gorila. Ouh! Lupa. Daniel kan babe gorila. So no wonderlah kan. Spesies yang samalah katakan.

"Weh! Mana kau tahu rumah aku?" tanya Hayoung. Pagi pagi buta dah tercegat didepan rumah orang.

"Ni Kang Daniel lah..."

"Okay okay aku tahu kau Kang Daniel. Apa kau nak sekarang ni?" tanya Hayoung. Menyampah nak dengar Daniel membanggakan dirinya.

[C] MAID VS PLAYBOY [KANG DANIEL PARK JIHOON]Where stories live. Discover now