11👔

1.6K 125 3
                                    

Selepas puas hati dengan penampilannya, Hayoung keluar dari tandas. Ajak makhluk 3 ekor tu boleh ajaklah. Sorang tak nak teman dia datang tandas. Kalau boleh makan tak ingat dah dunia. Dia pun lapar juga tapi tunggulah makan sekali. Sabar jelah ada kawan macam tu.

I'm the only one for you🎶

And you're the only one for me girl🎶

You already know I want you🎶

I know that you want me too girl🎶

I'm the only....

"Hello kau nak apa?" Hayoung terus mengeluarkan amarahnya bila melihat nama pemanggil di skrin telefonnya.

"..."

"Hish! Sekejap lagi aku datang! Ganggu betullah kau... awww! shit!" Hayoung memegang rambutnya.

"Asal dengan korang ni?! Datang sini terus tarik rambut aku. Aku buat salah apa dengan korang!" Jenie dan Momo ketawa jahat. Mereka berdua ni selalu bajet cantik. Benci juga Hayoung kadang kadang tu bila tengok mereka berdua ni.

"Ouh ya! cakap pasal salah, memang kau ada salah dengan kitorang berdua. Kitorang tengok sejak kau masuk sekolah ni, kau selalu berkepit dengan Daniel. Dimana ada Daniel disitu ada kau" Jenie belum melepaskan rambut Hayoung.

"Kau tahu tak Daniel tu kitorang punya!" tambah Momo lagi. Hayoung tersenyum menyindir.

"Tak sangka korang kongsi lelaki. Wah! Serius hebat korang berdua ni" Hayoung ketawa mengejek.

Ppangg!

Sebelah tangan hinggap di pipi Hayoung. Merah pipi Hayoung dibuatnya. Siapa lagi kalau bukan Jenie yang menampar Hayoung. Rasanya kesabaran Hayoung ada di level terakhir dah. Tak boleh tunggu lagi ni.

Hayoung menarik tangan Jenie. Sekarang ni giliran dia pulak membuat serangan balas. Ingat mereka dua orang Hayoung takut. Memang taklah! Rambut Jenie dan Momo ditarik sekuat mungkin. Selepas dia satukan rambut mereka berdua, Hayoung mengikatnya. Puas hati!

"Sakitlah bodoh! Kau buang balik rambut kitorang ni!" marah Momo. Hayoung ketawa.

"Apa kau buat ni Hayoung?" tanya Daniel. Dia dapat dengar suara mereka bertiga bergaduh melalui telefon. Lepas tu dia terus datang sini.

"Sayang tengoklah apa perempuan tak guna ni buat pada kitorang" Jenie merengek. Hayoung menendang kaki Jenie bila Jenie cakap dia perempuan tak guna.

Daniel menahan tawanya melihat rambut Jenie dan Momo. Macam kena elektrik pun ada.

"Hmm elok apa rambut korang berdua macam tu. Sesuai sangat" Daniel mengangkat ibu jarinya.

"Aku pergi dulu" kata Hayoung tiba tiba. Sakit gila Jenie tampar tadi.

"Jom kita pergi sama sama" Daniel menarik lengan Hayoung. Mereka meninggalkan Jenie dan Momo dalam keadaaan begitu. Macam kembar siam pun ada.

Hayoung memegang pipinya.

"Kau tengok ni. Disebabkan kau, aku kena tampar tadi" Hayoung menunjukkan pipinya yang merah. Daniel juga terkejut. Dia tak sangka Jenie berani tampar Hayoung.

"Aku tak tahulah kenapa dorang tergilakan sangat kat kau. Aku pun perempuan jugak tapi tak adalah nak tergilakan kau sampai sanggup pukul orang lain" hati Daniel sedikit terguris dengan kata kata Hayoung. Hayoung bercakap macam dia tak ada perasaan. Hayoung tengah hina dia ke?

"Sebenarnya aku tak nak cakap benda ni tapi aku kena cakap juga. Aku ni dah memang handsome dan banyak aura memikat sejak aku dalam perut mummy aku lagi" Daniel cuba untuk mencairkan suasana.

[C] MAID VS PLAYBOY [KANG DANIEL PARK JIHOON]Where stories live. Discover now