14👔

1.4K 114 0
                                    

Sekarang Hayoung betul betul menyesal sebab cerita semua pada Daniel. Tengoklah sekarang, sepatah apa pun dia tak cakap. Ni bukan Daniel yang dia kenal. Ya sepatutnya dia gembira sebab dia tak perlu hadap perangai gila gila Daniel tapi sekarang dia rasa lain. Hayoung dapat rasa yang Jihoon akan keluar dari team Daniel bila mereka sampai di sekolah nanti.

"Daniel..." Hayoung memanggil Daniel yang sedang berjalan sebelahnya macam orang tak ada perasaan. Macam roh Daniel entah kemana tapi badan tetap ada di sebelah dia.

"Kang Daniel!" Hayoung dah hilang sabar. Kalau dia tahu macam ni, sampai dia mati dia tak kan cerita pada Daniel.

"Apa kau ni?! Terjerit jerit" marah Daniel. Hayoung ketawa. Ni baru baby gorila a.k.a Kang Choding yang dia kenal.

"Kau ni kalau orang tengok mesti orang cakap kau tengah merajuk dengan aku. Dan orang akan pandang aku macam girlfriend yang tak peduli boyfriend dia yang tengah merajuk ni" Daniel melihat Hayoung. Pipi Hayoung dicubit. Hayoung ketawa.

"Kau sorang aje fikir macam tu. Orang tak kan fikir macam apa yang kau fikir sekarang ni" Hayoung menaikkan bibirnya. Akhirnya Kang Choding kembali ke dunia nyata.

"Yelah. Aku salah. Kau fikir apa sampai aku yang disebelah ni macam nyamuk dah?" Daniel ketawa. Baru dia sedar. Dari rumah sampai nak dekat sekolah dia tak cakap dengan Hayoung pun. Jadi tak hairanlah Hayoung anggap dirinya nyamuk. Haha.

"Taklah. Aku tengah fikir macam mana nak tolong famili Hazel dapat balik hak mereka. Aku ni student je. Tak ada kuasa apa apa" Daniel meluahkan perasaannya. Jadi tu yang Daniel fikir.

"Betul cakap kau. Kita ni student je. Tak ada power untuk tolong orang. Aku harap sangat ada orang boleh bantu kita"

Kalau nak tunggu mereka berdua besar, kerja, memang lambatlah jawabnya. Kehidupan Hazel tak kan berubah.

Hari ni merupakan hari terakhir mereka berlatih untuk team masing masing. Perlawanan sebenar akan berlangsung esok dan masing masing harap mereka akan menang esok. Joy berpuas hati dengan team dia. Setakat ni tak ada masalah lagi yang timbul dan harap harap sampai esok pun tak ada satu pun masalah. Dia harap semua akan berjalan lancar.

Hayoung dan Sana membawa dua kotak makanan ke gelanggang basketball. Hari ni dia akan kenakan Daniel cukup cukup. Daniel juga pelik melihat kedatangan Hayoung dan Sana. Apa yang mereka buat kat sini? Daniel meletakkan bola. Hayoung hanya menayangkan senyum manisnya. Tunjuk muka tak bersalah.

"Apa ni?" soal Daniel. Hayoung membuka kedua kotak makanan itu.

"Ni semua makanan dari subway cafe yang aku kerja tu. Ada burger dengan air sekali. Ni bil untuk semua makanan ni. Aku dah bagi nama dengan no telefon kau kat cafe tu. Aku cakap kau yang akan bayar semua ni. Jadi selamat makan" Daniel tak kisah kalau dia kena bayar tapi kenapa semua ni tiba tiba.

"Ouh jap! Asal banyak sangat ni?" Daniel melihat bil itu.

"Ouh lupa! Bukan team basketball aje, tapi team cheerleader sekali. Team kami nak terima kasih kat kau sebab sudi belanja kami semua" kata Hayoung selamba. Daniel menarik nafas dalam dalam. Jap. Sekarang ni siapa yang maid?

"Jom kita blah Sana" Hayoung dah berjalan terlebih dahulu. Tapi dia pelik sebab Sana tak ada di sebelahnya.

Dia pusing balik untuk panggil Sana. Sana tengah berdiri macam patung. Hayoung mengikut arah pandangan Sana. Rupanya si Sana ni tengah tengok.....Sejun? Hayoung pelik. Sana tak lepas pandang Sejun dari tadi lagi. Mereka berdua ni ada apa apa ke?

"Sana...mana Sana? Oh god! Mana kawan aku ni?" Hayoung berpura pura mencari sedangkan Sana sedang berdiri elok di depan dia.

"Kau panggil aku ke? Sorry aku tak dengar. Dah siap semua?" tanya Sana dengan muka tak bersalah.

[C] MAID VS PLAYBOY [KANG DANIEL PARK JIHOON]Where stories live. Discover now