Hayoung turun dari biliknya dengan perasan yang gembira. Semalam Joy ada bagitahu dia yang Jennie mengamuk sebab baju sekolah dia dah hancur. Puas hati dia. Tapi tu baru warm up. Game yang sebenar tak mula lagi. Wait and see.
"Hai ibu oppa" sapa Hayoung dengan ceria.
Pipi Tiffany dan juga Suga dicium Hayoung.
"Amboi anak ibu ni. Ceria nampak. Ada apa apa ke?"
Tiffany memotong sandwich tuna lalu diletakkan di dalam pinggan Hayoung. Air coklat panas juga dituang lalu diletakkan di hadapan Hayoung.
"Mana ada apa apalah ibu. Tak kan nak gembira sikit tak boleh" Hayoung memasukkan sandwich tuna ke dalam mulut.
Meleleh air liur weh! Sedap sangat. Pandai ibu dia buat.
"Eleh! Pakwe ajak date lah tu. Sebab tu happy" sindir Suga.
Hayoung mengetap giginya. Baru nak happy hari ni tapi ada aje orang yang menyakitkan hati.
"Haah pakwe ajak date. Asal? Cemburu?" Suga mencebik.
"Hayoung apa cakap macam tu dengan oppa" tegur Tiffany.
"Ibu jangan backup dia sangat. Kalau ibu nak tahu, umur macam oppa ni dah terlebih layak nak kahwin. Hayoung dah boleh main dengan anak saudara lagi" pedas kata kata Hayoung.
Suga bersabar. Tunggulah nanti. Aku akan bawak balik perempuan jumpa kau wahai adikku Hayoung.
"Amboi mengata orang nombor satu. Dah pergi sekolah sana. Shuh! Pakwe kau dah tunggu lama dah kat luar tu. Kesian dia" Hayoung tersedak.
What the. Tak kan Daniel dah tunggu lama.
Hayoung bergegas keluar dari rumahnya. Tapi sandwich tuna tetap ada di tangan. Nak cepat macam mana pun, sandwich tuna mesti wajib dia bawa sekali. Haha.
Pintu pagar dibuka. Krik! Krik! Cengkerik lalu membawa violin.
Hish! Tak guna punya oppa. Berani dia tipu aku. Kejam tau. Tak sempat nak makan. Huhu. Tengoklah nanti aku buat apa.
"Hai membebel sorang nampak" Hayoung melihat orang yang menegurnya.
"Kaulah punya pasal. Aku kena tipu dengan Suga oppa" marah Hayoung.
Daniel menggaru kepalanya yang tak gatal itu. Dia baru sampai, tahu tahu dah kena marah. Apalah nasib aku pagi ni. Huhu. Sampai hati kau Hayoung.
"Nak sikit" Daniel melihat sandwich tuna yang dipegang oleh Hayoung.
Menyampah pulak Hayoung. Lelaki ni tak sarapan kat rumah ke sampai sandwich tuna aku pun dia nak.
"Sikit je. Jangan lebih" Hayoung memasukkan separuh ke dalam mulut Daniel.
Tapi Hayoung tak sangka sandwich kesayangan dia dah habis dimakan oleh Daniel. Aku suruh dia makan separuh je. Tak sangka pulak dia makan semua.
"Huwaaaa! Kau makan sandwich tuna aku. Dah habis. Huwaaaa! Ibu! Daniel makan sandwich Hayoung punya" Hayoung merengek.
Dia menangis macam budak kecil tak dapat aiskrim. Tapi tak keluar pun air mata dia. Haha. Muka memang ditayang comel habis.
"Alaa menangis pulak baby comel ni. Nanti oppa handsome belanja makan nak" Hayoung terus berhenti buat perangai.
"Uweekkk! Blah lah! Oppa handsome konon. Entah dekat mana yang handsome tu. Muka pun macam gorila. Cakap diri tu handsome. Heh!" Hayoung mencebik.
Tangannya gatal naik ke atas kepala Daniel lalu rambut lelaki itu ditariknya. Dia terus lari. Takut Daniel balas dendam.
YOU ARE READING
[C] MAID VS PLAYBOY [KANG DANIEL PARK JIHOON]
ChickLitPertemuan yang tidak disengajakan antara Daniel dan Hayoung. Hayoung yang tidak sengaja langgar kereta kesayangan Daniel yang berjuta juta ringgit nilainya kerana Hayoung dah terlambat. Sebagai ganti Hayoung disuruh menjadi maid kepada Daniel. Mampu...