22👔

1.2K 111 7
                                    

Awal awal lagi Hazel datang ke Maxwell's Hotel. Semua berkumpul di cafe bawah selepas selesai bersiap. Hari ni mereka akan melancong habis habisan.
Bukan selalu dapat datang sini ramai ramai.

"Jadi memandangkan Vancouver, Canada ni kampung halaman Hazel, Hazel yang akan jadi pemandu pelancong kita" kata Daniel dengan semangat.

Yang lain bertepuk tangan.

"Betul tu. Hazel tahu mana tempat paling best. Maksud Hazel yang paling best untuk dating"

Hazel melihat semua memandangnya macam nak makan dia hidup hidup. Salah ke dia cakap? Haha.

"Okey okey Hazel minta maaf. Maksud Hazel tempat paling ramai pelancong" sambung Hazel lagi.

"Kita nak pergi mana dulu?" soal Hayoung pula.

"Hazel nak bawa senior senior sekalian pergi tiga tempat ni. First kalau pagi pagi macam ni, kita pergi Capilano Suspension Bridge. Tapi bridge ni ada banyak pokok disekelilingnya. Sejuk tapi confirm best" terang Hazel.

Yang lain cuma setuju dan ikut.
Diantara mereka semua Hazel yang tinggal paling lama disini. Sebenarnya Hazel ni dah boleh jadi pemandu pelancong. Terlebih layak.

"Sekejap. Kita pergi naik apa?" soal Jihoon.

Mereka ada 11 orang. Muat ke sebiji kereta.

"Ouh! Lupa nak bagitahu. Hazel dah sewa mini bus. Mini bus tu boleh muat 15 orang penumpang. Kita ada 11 orang aje kan. Jadi terlebih muatlah"

Mereka semua masuk kedalam perut mini bus itu. Daniel duduk di bahagian pemandu. Disebabkan selalu datang sini, Daniel dah ada lesen memandu di Canada. Senang nak bawa kereta sendiri.

Belum sempat Hayoung masuk, Lucas dah menutup pintu bahagian belakang terlebih dahulu. Jadi nak tak nak dia terpaksa duduk dihadapan iaitu di kerusi sebelah pemandu bersama Daniel. Lucas memang sengaja. Tak guna kau Lucas.

"Let's go!" jerit mereka semua.

Teruja sangat mereka ni.

"Nanti noona dengan Daniel oppa mesti kena beli mini bus macam ni?" dahi Hayoung berkerut.

Apa kejadahnya aku nak beli mini bus ni. Daripada aku beli mini bus ni, lebih baik aku beli Audi.

"Asal pulak?" soal Hayoung.

"Yelah. Nanti anak noona dengan hyung mesti ramai. Jadi mana muat kereta biasa" muka Hayoung berubah merah.

Mulut dia ni memang tak bayar insurans kan.

Mereka semua ketawa kecuali Hayoung dengan Daniel.

"Sebelum aku campak kau kat luar, baik kau diam Wong Lucas" Daniel memberi amaran.

"Hahaha. Okey Lucas diam"

"Entah entah kau yang anak banyak nanti. Bukan setakat mini bus, dua biji bas normal pun belum tentu cukup" giliran Jihoon membalas.

"Amboi kau mengata aku"

Yang lain menggeleng kepala mereka. Mulalah tu nak bergaduh. Cakap sikit mesti bergaduh. Tak boleh nak dekat langsung dua orang ni.

"Weh! Kau tanya lagi pasal Rowoon dengan Joy?" soal Hayoung dengan perlahan.

Daniel menepuk dahinya.

"Alamak! Aku lupalah. Sorry sorry. Takpe nanti sampai sana aku cuba tanya. Kau pulak? Dah tanya Joy belum?"

"Dah. Tapi Joy tak nak share. Hampeh betullah" Hayoung menayangkan muka sedih.

"Takpe. Nanti aku cuba tanya Rowoon. Mana tahu dia nak share dengan aku" Hayoung cuma mengangguk.

Masa berlalu, mereka dah sampai di destinasi mereka. Tak sedar pun dah sampai. Itulah rancak berbual sangat sampai langsung tak sedar.

[C] MAID VS PLAYBOY [KANG DANIEL PARK JIHOON]Where stories live. Discover now