23👔

1.2K 102 2
                                    

Selepas Rowoon dan Joy pulang, mereka meneruskan perjalanan mereka. Memandangkan mereka semua suka tengok pemandangan laut, Hazel bawa mereka semua ke Vancouver Seawall. Tempat ni sesuai untuk menghabiskan masa bersama family. Beriadah pun boleh.

"Wow! Serius cantik" kata Hayoung dengan teruja.

Sebenarnya tempat ni taman yang dinamakan Stanley Park. Sebelah taman ni pulak, laut.
Rasa tenang bila berdiri di depan laut. Tapi sayang. Kalau nak memancing di laut ni kena ada lesen dulu. Kalau tak ada lesen boleh blah! Haha.

"Jadi senior senior sekalian. Nak jalan atau naik basikal. Kalau nak jalan keliling Stanley Park ni, ambil masa dua jam jugaklah. Tapi kalau naik basikal, ambil masa satu jam aje" jelas Hazel.

Mereka memandang antara satu sama lain.

"Jadi senior senior pilihlah. Kalau Hazel, Hazel suka berjalan tapi kali ni Hazel nak naik basikal pulak. Jadi suka hati senior senior sekalian nak yang mana satu. Have fun and enjoy your day"

Hazel melangkah pergi bersama Jihoon. Mereka pergi menyewa basikal disitu. Masa nilah nak bersawit dengan Jihoon. Alang alang Jihoon dah datang sini apa salahnya. Mwahaha.

"Weh! Tunggu aku sekali!" jerit Lucas.

Lucas berlari kearah pasangan kekasih itu. Tak guna tinggal dia.

"Aku rasa aku nak jalan dengan IM. Bolehlah kitorang berbual lama sikit" Yerin bersuara.

Hayoung membuat muka. Tahulah ada boyfriend. Tapi janganlah menunjuk nunjuk. Kita tahulah kita tak ada boypren. Huh! Benci!

IM dan Yerin terus pergi dari situ. Mata Hayoung menghantar pemergian mereka. Sedihlah jadi single macam ni. Tapi okey jugak kalau single. Hidup bebas. Tak payah fikir pasal lelaki. Haha.

"Aku nak naik basikal. Kalau kau rasa kau nak ikut, jom pergi sekarang" Hayoung mencebik.

Kalau nak ajak aku, ajaklah elok elok. Ni macam terpaksa aje.

Di tempat menyewa basikal, Jihoon Hazel dan Lucas sedang memilih basikal mana yang mereka nak. Bukan semua basikal sama aje? Basikal untuk pasangan couple. Erk? Eh?

"Seriusly kau nak naik sorang?" soal Jihoon.

Sebenarnya itu bukan satu pertanyaan tapi satu penyindiran khas untuk Lucas daripada Jihoon.

Lucas menayangkan muka selamba.

"Asal? Habis tu kau nak aku bawa pak cik yang jaga sewa basikal ni?" Jihoon cuma ketawa mengejek.

Padan muka kau Lucas. Itulah suka sangat buat perangai budak tak cerdik. Kan dah tak ada perempuan nak kat kau.

"Suka hati kau ahh" Jihoon mengambil basikal yang Hazel pilih tadi.

Baru nak pergi dari situ, Jihoon ternampak seorang perempuan yang sangat familiar baginya. Dah lama dia tak bersemuka dengan perempuan ni.

"Jihoon oppa?" tegur perempuan itu.

Hazel menoleh. Siapa pulak yang berani panggil laki aku eh! boyfriend aku oppa ni. Aku pun tak panggil macam tu. Hish! Cari nahas ni.

"Rose?" kata Jihoon pula.

"Yes it's me. Melissa Rose. Your only one beautiful cousin" kata perempuan itu.

Halah! Halah! Puji diri sendiri pulak. Aku lagi cantiklah. Ni Oh Hazel.

"Ekhmm! Tak nak kenalkan?" akhirnya Hazel bersuara.

"Ouh lupa! Ni sepupu saya Melissa Rose. Rose ni anak adik mummy saya. Uncle Chanyeol dengan Aunty Eunji. Dorang tinggal disini sejak Rose kecil lagi" terang Jihoon.

[C] MAID VS PLAYBOY [KANG DANIEL PARK JIHOON]Where stories live. Discover now