21👔

1.3K 113 2
                                    

Selepas makan semua membawa haluan masing masing. Tapi mereka lebih tertarik untuk melepak di tempat lepak Hazel. Semua berkumpul disitu kecuali Sana dan Hazel kerana mereka sedang berkemas kemas di dapur. Hazel dah larang Sana tapi Sana tetap nak tolong. Kalau ikutkan, itu memang tugas Hazel setiap kali dia balik sini dan dia tak kisah kalau dia sorang yang kemas semua ni. Tapi Sana tetap degil nak tolong. Jadi Hazel mengalah. Sekurang kurangnya kerja dia boleh siap cepat.

"Hazel basuh dulu semua gelas ni. Unnie nak pergi ambil semua pinggan tadi" Hazel senyum dan mengangguk.

Sana menuju ke ruang makan semula untuk mengambil pinggan pinggan tadi. Boleh dikatakan banyak juga pinggan diatas meja ni. Dia ingat tinggal sedikit lagi. Mati dia. Macam mana nak angkat semua ni. Karang jatuh, pecah pinggan ibu Hazel nanti. Sana cuba angkat tapi dia letak semula sebab tak yakin. Baru nak cuba angkat kali kedua, orang lain dah angkat dulu.

"Sejun..." Sana berbisik.

Sejun mengangkat semua pinggan ke dapur. Hazel cuma senyum. Dia tahu mesti ada something dengan Sana dan Sejun. Tapi dia cuma diam. Tak nak masuk campur.

"Terima kasih Sejun oppa. Susah susah aje" kata Hazel sambil membasuh.

"Apa yang susahnya. Tak kan oppa nak biar orang lain dalam kesusahan. Oppa cuma tolong apa yang mampu oppa tolong" Sejun berhujah.

"Baiklah oppa. Apa apa pun terima kasih sekali lagi" Sejun senyum.

Tidak jauh dari tempat Sejun dan Hazel, Sana sedang berdiri sambil melihat mereka. Sejujurnya, dia juga nak Sejun senyum padanya ikhlas macam tu. Tapi dia rasa itu semua mustahil sebab Sejun dah tak boleh terima dia langsung. Kadang dia terfikir, perlu ke dia balik Japan lagi dan lupakan Sejun untuk selamanya. Tapi bila dia fikir balik, dia tak boleh sebab Sejun dah ambil hati dia. Jadi dia buat keputusan nak tinggal sini sampai Sejun maafkan dia.

"Unnie pergi mana?" tanya Hazel sebaik saja Sana datang.

"Unnie ada aje kat sana tadi. Saja tak nak ganggu Hazel dengan Sejun berbual tadi" Sana memakai sarung tangan dan mula mencuci pinggan bersama Hazel.

Ditempat lepak Hazel, semua sedang bersuka ria macam kanak kanak. Pening juga Hayoung tengok. Tapi apa pun dia happy sangat bercuti disini dengan kawan kawannya. Cakap pasal kawan, kenapa Joy diam aje malam ni. Kalau tak pantang jumpa Rowoon mesti nak cari gaduh. Tapi malam ni dua orang itu diam. Pelik juga Hayoung.

"Weh Daniel. Kau perasan tak apa yang aku perasan?" Daniel di sebelah mula berfikir.

"Perasan apa benda kau ni?" soal Daniel.

"Rowoon dengan Joy" Daniel melihat dua makhluk yang disebut Hayoung.

"Kenapa dengan dorang?" Daniel belum dapat tangkap. Hayoung rasa macam nak ketuk ketuk kepala Daniel biar puas hati.

"Kau tak perasan ke dorang berdua diam aje malam ni" Daniel baru faham.

"Haah la! Kenapa dorang jadi macam tu?" soal Daniel lagi.

"Aku rasalah kan, mesti ada sesuatu benda terjadi masa kita pergi pantai tadi" teka Hayoung.

"Maksud kau masa kita dua pergi jalan tu?" Hayoung mengangguk.

"Takpe. Nanti aku tanya Joy. Kau pun tanyalah Rowoon" Daniel pula mengangguk.

"Ha! Jihoon Lucas. Macam mana korang boleh sampai sini?" tanya Hayoung.

"Kitorang naik kapal terbang noona" jawab Lucas selamba.

"Iya? Ada noona tanya korang naik apa datang sini?" Lucas kena serang balik.

[C] MAID VS PLAYBOY [KANG DANIEL PARK JIHOON]Where stories live. Discover now