05👔

1.7K 141 9
                                    

Semua bernafas lega bila doktor beritahu keadaan Daniel dah stabil. Yang paling lega sekali Hayoung lah. Serius dia takut kalau apa apa jadi pada Daniel tadi. Macam mana kalau dia masuk penjara. Huu..tak boleh bayang. Muda muda lagi dah dapat rasa tidur dalam penjara. Siapa yang nak macam tu. Semua orang tak nak. Tapi takut juga Hayoung tadi bila Sejun marah. Macam nak nangis je tadi. Nasib boleh tahan lagi. Hmm.

"Sekarang ni jam sekolah lagi. Jadi kamu semua patut balik ke sekolah semula tapi antara kamu perlu teman Daniel sementara parents dia sampai. Siapa nak? " tanya Yoona kepada anak anak muridnya.

Mereka semua melihat Hayoung. Ya Hayoung tahu dia salah. Jadi dia kena jaga Daniel. Tapi semua ni bukan salah dia aje. Daniel pun salah juga. Nak tak nak Hayoung kena redha. Budak budak zaman sekarang cakap redha always.

"Weh! Kitorang balik dulu. Selamat jadi babysitter" Joy sengaja naikkan darah Hayoung. Dia boleh baca muka Hayoung yang memang tak suka dengan semua ni. Sebab tulah dia sengaja tambah perasa.

"Kau ni Joy. Kawan apa macam ni. Sepatutnya kau teman aku tau bukan menaikkan darah aku macam ni" Yerin disebelah ketawa.

"Kau pun sama kan Yerin. Kalau aku tak ingat buah hati kau ada kat sini, dah lama aku tarik tarik rambut kau" marah Hayoung. Yerin dan Joy ketawa.

"Ekhmm! Tak payah nak ketawa sangatlah" kata Rowoon selamba.

"Kau asal. Aku tak cari pasal dengan kau, kau jangan cari pasal dengan aku! Jap lagi kami semua balik dengan kereta, kau balik dengan van jenazah" marah Joy. Tak cukup disekolah, disini pun Joy dan Rowoon boleh bergaduh. Bagi Joy semua lelaki sama aje. Tiada beza!

"Elehh! Sikit pun aku tak heranlah dengan ugutan kau. Kau kena ingat, aku ni lelaki, kau tu perempuan. Sekali aku jentik dah mampos" memang pedas kata kata Rowoon. Joy mengangkat tangannya untuk pukul Rowoon tapi sempat ditahan Yerin.

"Dah lah Joy. Malulah" bisik Yerin. Joy memperbetulkan baju dan rambutnya. Mereka semua mengikut Cikgu Yoona. Kalau balik rumah terus kan best.

"Oh Hayoung" Hayoung yang baru hendak membuka pintu bilik Daniel, terhenti bila Sejun memanggilnya.

"Ya..." takut juga Hayoung tengok muka serius Sejun.

"Sorry sebab marah kau tadi. Aku tak kisah kalau kau nak buat jahat pada Daniel tapi kalau boleh jangan sampai masuk hospital macam sekarang ni. Ada faham?" Hayoung ketawa. Boleh rupanya si Sejun ni buat lawak. Sekarang Hayoung tahu, Sejun ni boleh jadi dia orang yang berbeza. Satu dia boleh tayang muka beku, satu lagi dia boleh buat lawak.

"Sure. Boleh juga kau buat lawak kan" Sejun hanya senyum.

Di balik senyuman tu ada tersirat maksud lain. Dah lama dia tak senyum dan buat lawak macam ni sejak seseorang yang paling dia sayang selepas parents nya pergi jauh dari dia. Tak tahulah dia nak marah, sedih ataupun dia nak terima takdir yang mereka memang akan terpisah. Rindu? Ya dia rindu orang tu tapi hati dia sakit dan terpaksa terima perbuatan orang tu pada dia. Sejun tak tahu sampai bila dia perlu ingat semua ni. Dia harap sangat dia boleh lupa semua kenangan tu.

Daniel sedar. Matanya melihat sekeliling. Ouh! Hospital rupanya. Tiba tiba matanya terhenti di satu kepala yang terletak di sebelahnya. Dengan menganalisis tubuh badan orang ini, kalau tak silap dia....Hayoung! Ya Oh Hayoung a.k.a maid dia. Hayoung buat apa disini? Mungkin Hayoung rasa bersalah. Nak tebus kesalahan dia. Maybe. Fikir Daniel. Dengan perlahan tangannya mula bermain rambut Hayoung. Amboi! Sedapnya dia tidur sampai tak sedar yang aku dah bangun.

Daniel mengalihkan rambut Hayoung ke belakang telinga supaya muka Hayoung jelas nampak. Daniel tersenyum sendiri. Bagi dia, Hayoung tak perlu pakai make up macam perempuan perempuan yang dia pernah dating sebelum ni sebab muka Hayoung memang dah asli cantik. Tak pakai make up pun cantik.

"Cantik juga kau kan" Daniel menyentuh dari mata Hayoung hingga turun ke bibir. Jarinya terhenti disitu.

Daniel melihat mata Hayoung mula bergerak gerak. Cepat cepat dia ubah tangan dia. Dia memperbetulkan kedudukannya semula. Mata dipejam semula. Pura pura tak sedar lagi. Walaupun dia pejam mata, dia masih boleh rasa yang Hayoung dah bangun dan sedang tengok dia sekarang ni.

"Tak bangun lagi. Entah entah dah mati" kata Hayoung selamba. Daniel hanya mendengar. Nak je dia buka mata. Tapi dia sabar lagi.

"Hmm...muka kau dah jadi ramai ideal type perempuan. Aku tak nafikan tu. Tapi cuma perangai kau. Ya ampun macam aku nak suntik satu ubat untuk kau supaya hilang perangai playboy kau tu. Hish! Geram aku" Hayoung memukul muka Daniel dengan menggunakan bantal. Kemudian bantal itu dipeluk semula.

"Seronok kau dapat pukul aku kan. Dah habis bebel? Aku ingat kau nak bebel sampai tahun depan" sindir Daniel. Hayoung tak terkejut. Dia hanya mencebik bila Daniel cakap macam tu.

"Anyway aku tahu aku handsome. Thanks sebab puji" lagi menyampah Hayoung dengar. Macam nak berdarah telinga. Menyesal puji tadi. Menyesal gila!

"Kau jangan ingat aku sanggup tunggu kau sebab aku rasa bersalah atau nak tebus kesalahan aku. Aku tunggu kau ni pun sebab Cikgu Yoona yang suruh. Dia cakap aku perlu tunggu kau sementara parents kau datang" jelas Hayoung. Tak nak Daniel fikir yang dia cepat mengaku kalah.

"Tak payah tunggu parents aku. Dorang ada di Singapore sekarang ni. Esok baru fly balik. Jadi maknanya kaulah yang akan jaga aku sampai esok. Lagipun kau kena sedar. Kau tu maid aku" hidung Hayoung dicuit. Hayoung mencebik.

"Aku tahulah. Tak payah nak cakap banyak banyak kali. Aku resign nanti baru kau tahu" ugut Hayoung.

"Kalau kau berani kau buatlah. Kau belum kenal siapa Kang Daniel. Aku paling tak suka orang ingkar janji dia sendiri" beritahu Daniel.

"Bila masa aku janji aku nak jadi maid kau? Aku cakap setuju aje. Itupun tak ikhlas" jawab Hayoung selamba. Jujur betul Hayoung ni.

"Hmm eloklah tu. Buat kerja tak ikhlas" Hayoung mencebik lagi. Tak payah nak tunjuk baik lah.

"Apa apa jelah. Sekarang ni aku nak balik tukar baju minta izin parents aku untuk bermalam kat sini. Kalau dorang tak izinkan lagi bagus. Tak payah aku nak jaga kau malam ni. Mwahahaha!" Hayoung bangun dan mengambil beg sekolahnya. First day sekolah, dah macam macam jadi.

"Kau jangan buat hal. Kalau kau tak datang siap kau aku kerjakan!" ugut Daniel.

Hayoung ketawa. Suka sangat kenakan Daniel. Tiba tiba pintu terbuka. Seorang perempuan yang memakai baju sexy tahap gaban berlari lalu memeluk Daniel. Hayoung tak kenal siapa perempuan ni tapi Hayoung tahu status perempuan ni dengan Daniel. Hayoung menggeleng kepalanya.

"Babe. Kenapa you boleh jadi macam ni? I risau tahu tak" kata perempuan tu manja.

"You tak payah nak berlakon sangatlah Bella. I kenal you. You bukannya risau I pun. Sebenarnya you risau duit I tak sampai kat you kan? Tak boleh nak beli apa yang you nak. Kan?" sindir Daniel. Perempuan tadi terus menunjukkan muka tak puas hati.

"You ni. Kenapa cakap macam ni? I betul betul risau tahu tak" perempuan tu tak nak mengalah.

"Pergilah balik. Kita putus" mudah jawapan Daniel. Hayoung disebelah macam nak robek robek je mulut si Daniel ni. Macam tu aje putus? Tak patut.

"Hei! You ingat you sorang kaya. Lagi ramailah yang boleh bagi I duit. Yang lagi kaya dari you!" marah perempuan tu.

"Then you may go" kata Daniel dengan selamba. Perempuan itu bangun. Hayoung disebelah dipandangnya dari atas hingga ke bawah.

"You ni tak ada taste langsung Daniel. Tak sexy macam I" kata perempuan itu. Kalau tadi Hayoung rasa nak robek robek mulut Daniel, sekarang ni dia rasa macam nak ambil pisau hiris hiris mulut perempuan ni. Berani dia hina aku!

"Sokay tak sexy macam you. Sekurang kurangnya dia tak macam you yang selalu tukar lelaki sana sini" sindir Daniel. Hayoung juga terkejut.

"You jangan ingat you tu baik sangat Daniel. You pun apa kurangnya. Tukar tukar perempuan macam tukar baju!" perempuan itu tersenyum menyindir sebelum melangkah pergi.

"Ekhmm! Aku balik dulu. Malam  nanti aku datang" Hayoung juga pergi dari situ.

Tbc

#MASHIE에이핑크

[C] MAID VS PLAYBOY [KANG DANIEL PARK JIHOON]Where stories live. Discover now