15👔

1.3K 119 2
                                    

Setelah pengadil meniupkan wisel penamat, semua pemain keluar dari gelanggang. Walaupun Daniel, Woojin dan Jihoon cedera, mereka tetap puas hati sebab Daniel berjaya melakukan jaringan pada saat saat akhir. Ya team Daniel menang tanpa melakukan cara kotor! Hidung Daniel dan Woojin berdarah manakala Jihoon berdarah di hujung bibirnya. Mereka semua tahu yang team Unique High School sengaja memukul mereka semasa melakukan penghantaran bola tadi.

Hayoung terus datang melihat Daniel. Secara jujurnya dia juga terkejut melihat hidung Daniel yang berdarah. Hayoung membawa Daniel dan Woojin ke bilik rawatan. Yang lain juga turut risau melihat mereka. Tak patutlah mereka main kasar macam ni. Nama sekolah bukan main cantik tapi pelajar dia tak berapa nak cantik. Bukan main dengan cara unik tapi main dengan cara kotor. Pengadil tu pun satu hal, buta ke buat buat tak nampak. Hish! Tak patut betullah.

"Emmm...Jihoon. Your lips..." Hazel menunjukkan bibir Jihoon yang berdarah. Badan dia rasa lain dah. Dia tak boleh tengok darah sebenarnya.

"Sikit je ni. I'm okay. Thanks for your concern" Jihoon berusaha senyum.

Kalau ikutkan hati Hazel, dia nak ambil kain lepas tu lap darah Jihoon tapi dia takut. Bukan takut Jihoon marah, tapi takut darah.

"No you're not. Please Jihoon. Just this time. Listen to me please. You need to treat your wound" Jihoon melihat wajah Hazel yang sedang bersungguh sungguh memintanya untuk ubat luka di hujung bibirnya.

"Okay. Saya buat ni pun sebab awak sendiri yang minta tapi awak kena ikut sekali" Hazel mengangguk. At least Jihoon nak juga.

Semua pemain dan juga team cheerleader diminta masuk ke dewan utama sekolah itu. Majlis penyampaian hadiah akan berlangsung sebentar lagi. Setiap team yang mewakili sekolah masing masing diminta duduk dengan kumpulan masing di meja yang disediakan. Beberapa jenis makanan juga disediakan di setiap meja.

"Hayoung tolong saya ambil skrip di bilik guru sekejap" Cikgu Yoona juga terlihat sibuk sebab dia yang akan jadi juru acara majlis sebentar lagi.

"Baik cikgu" Hayoung terus berlalu ke bilik guru.

Sampai dibilik guru, meja Yoona dicari. Beberapa helai kertas diatas meja Yoona diambilnya. Pintu bilik guru dibuka dan jantungnya hampir jatuh melihat beberapa orang lelaki yang sama tinggi dengan Daniel sedang berdiri sambil melihatnya. Hayoung menilik muka mereka. Macam ada yang tak kena aje. Kenapa mereka semua ada disini? Bukannya semua patut ada di dewan ke sekarang ni?

"Kau ni mesti Oh Hayoung. Perempuan yang Daniel selalu agung agungkan. Aku tak tahulah apa istimewanya kau tapi yang aku tahu sekarang ni, aku nak kau. Kau satu satunya cara untuk aku balas dendam dengan kekasih tak guna kau tu! Yongguk Wonwoo bawa dia!" arah lelaki itu. Hayoung tak tahu nak buat apa bila dia orang lelaki tu pegang lengannya dan juga tutup mulut dia. Sekarang ni semua orang ada di dewan. Tak ada siapa siapa yang boleh tolong dia.

"Hai bro, tak kan nak balas dendam kat aku pakai perempuan kut. Tak ada fun lah macam ni. Apa kata kau berdepan terus dengan aku" Hayoung bernafas lega. Akhirnya Daniel sendiri yang datang tolong dia.

Tunggulah nasib kau nanti Daniel. Disebabkan kau, aku selalu dapat masalah. Semua orang anggap aku girlfriend kau.

Hayoung menarik tangannya lalu bersembunyi di belakang Daniel. Kalau Daniel tak datang tadi, dah lama dia menangis. Nasib Daniel datang.

"Datang juga kau kan. Aku ingat kau nak bagi perempuan ni kat aku tadi. Aku dah ada plan dah nak buat apa dengan perempuan ni tapi kau..."

Bughh!

Satu tumbukan berjaya mendarat di muka lelaki itu. Dari tadi Daniel cuba sabar dengan mereka semua. Ingat kalau mereka ramai Daniel nak takut. Memang tak lah! Entah apa yang jadi pada Hayoung kalau dia tak datang tadi.

[C] MAID VS PLAYBOY [KANG DANIEL PARK JIHOON]Where stories live. Discover now