02👔

2K 165 3
                                    

"Oh Hayoung!!"

Pagi pagi lagi dah dengar orang jerit. Masalahnya bukan perempuan yang menjerit tapi lelaki. Hayoung membuka matanya. Ganggu je orang tengah tidur. Dah lah tengah mimpi kahwin dengan putera raja. Hish! Ganggu betullah.

"Kenapa ni oppa? Ganggulah orang nak tidur" rengek Hayoung. Hayoung menarik comforter. Sejuklah pagi ni.

"Eh Hayoung bangun sekarang!" Suga menarik comforter Hayoung.

"Kenapa ni oppa? Hayoung tak laratlah. Nak tidur"

"Ouh tak larat. Tu kereta oppa kat depan tu, tolong explain" Suga melipat tangannya di depan dada. Adik dia ni kalau tak cari masalah sehari tak boleh agaknya.

"Ouh kereta tu. Hayoung tak sengaja langgar orang" Hayoung tersengih.

Suga menggeleng kepalanya. Ni bukan kali pertama Hayoung buat macam ni. Kadang tu dia rasa dia selalu sedekah duit dia di pusat servis kereta. Setiap bulan ada je benda yang dia perlu baiki. Semua ni sebab adiknya, Hayoung!

"Apa nak jadi dengan Hayoung ni hah. Tak boleh ke dengar cakap oppa sekali aje. Ke telinga tu memang tak ada" Suga membebel. Hayoung menutup telinganya menggunakan bantal.

"Ha eloklah tu. Orang cakap bukan nak dengar. Hish! Sabar jelah dengan Hayoung ni kan" Hayoung menarik comforter dia semula.

"Oppa pergilah. Hayoung nak tidur" Hayoung menghalau Suga.

"Tu hidung kenapa merah?" tanya Suga. Marah marah pun ambil berat juga.

"Sayang juga oppa dengan Hayoung kan. Hayoung cuma selesema. Rasa macam nak demam" Suga menggeleng kepalanya. Bukannya dia tak tahu Hayoung selalu bekerja. Dah berbuih mulut ni larang Hayoung supaya jangan bekerja. Tapi Hayoung degil juga.

"Kan oppa dah cakap tak payah kerja. Harta yang arwah papa tinggal pun belum tentu habis" bebel Suga. Hayoung mencebik.

"Biarlah. Hayoung bosan duduk di rumah. Ibu pun kejap ada, kejap keluar lepak dengan kawan. Hayoung bosanlah sorang sorang dirumah"

"Itulah. Oppa suruh cari boyfriend tak nak"

"Hish! Ke situ pulak oppa ni" Hayoung berpura pura merajuk. Bencilah kalau masuk bab lelaki ni. Lelaki ni bukannya boleh percaya sangat. Entah jujur ke tidak.

"Okaylah oppa pergi dulu. Jangan lupa makan ubat" sempat Suga memesan kepada Hayoung. Sayang sungguh dia dengan Hayoung. Sejak papa dia meninggal dunia, dialah yang menjaga ibu dan adiknya. Dia yang menguruskan semua hal berkaitan keluarga dan syarikat.

"Ha oppa. Boleh tak malam ni oppa teman Hayoung beli uniform sekolah. Yalah. Oppa kan dah tukarkan Hayoung ke sekolah baru" memang betul pun. Itu pun sebab dia tak nak Hayoung pergi sekolah jauh jauh. Hayoung ni jenis tak suka menyusahkan dia dengan ibunya. Jadi dia tukarkan Hayoung ke sekolah yang lebih dekat. Lagipun Hayoung setuju sebab kawan baiknya sekolah situ.

"Sure. Rasanya oppa tahu mana nak beli uniform baru Hayoung tu. Eh tapi kenapa tak bagitahu tahun depan aje. Esok dah start sekolah, malam ni baru gatal nak ajak orang beli uniform sekolah" Hayoung tersengih macam kerang busuk. Buat apa beli awal awal. Kalau badan dia tiba tiba naik, kan dah tak muat. Tak ke naya namanya tu. Membazir duit je.

...

Macam yang Suga janji, dia membawa adiknya, Hayoung ke butik yang ada jual uniform sekolah Hayoung. Malam ni Hayoung memakai mask kerana dia tak nak selesema dia berjangkit pada orang lain. Biarlah dia sorang. Hayoung melangkah masuk ke dalam butik itu. Suga hanya menunggu didalam kereta. Katanya dia perlu call seseorang.

Nampak sangat sekolah tu sekolah orang kaya kaya sebab butik ni pun boleh tahan mewah.
Hayoung melihat lihat baju dalam butik tu. Macam macam uniform ada tapi Hayoung tak tahu yang mana satu uniform sekolah dia. Oit Hayoung. Apa gunanya pekerja disitu. Gunalah khidmat pekerja tu dengan baik. Tak kan dorang semua makan gaji buta je kut.

[C] MAID VS PLAYBOY [KANG DANIEL PARK JIHOON]Where stories live. Discover now