32👔

1.1K 103 0
                                    

Sana keluar dengan tangan berbalut. Dengan perlahan dia melangkah ke arah Sejun. Punggungnya dilabuhkan disebelah Sejun sementara menunggu namanya dipanggil.

"Doktor cakap apa?" soal Sejun.

Risau dia tengok Sana yang berbalut macam ni. Fine. Kalau Sana tak nak balas perbuatan ahli sihir jadian tu, biar dia sendiri yang turun padang. Tengoklah apa Lim Sejun a.k.a the charmer boleh buat nanti.

Just wait and see.

"Lepas buat x-ray tadi, doktor cakap ada keretakkan sikit pada tulang" jawab Sana.

Sejun mengetap rahangnya. Wah! Ni dah melampau sampai retak tulang ni. Korang tunggu nasib korang ahli sihir jadian.

"So kau ambil cuti tak?" soal Sejun lagi.

Sana menggeleng kepalanya.

"Mana boleh macam tu. Kau kena rehat kat rumah. Takpe aku bagitahu nurse nanti"

"Eh tak payah. Saya tak nak duduk di rumah. Bosan. Lagipun sikit je ni"

Sana cuma senyum.

"Banyaklah kau punya sikit. Sampai retak macam ni pun kau still degil kan. Dari dulu sampai sekarang perangai tak ubah ubah" Sejun membebel.

Sana menahan tawanya. Rindunya nak dengar Sejun membebel macam ni. Macam mak cik mak cik bawang. Haha.

"Asal senyum?" soal Sejun tak puas hati.

"Saja. Comel tengok awak membebel macam ni"

Sana menutup mulutnya. Alamak! Terlepas cakaplah.

"So...sorry..." sambung Sana lagi.

"Minatozaki Sana" nama Sana diseru.

"Takpe kau tunggu sini. Biar aku yang ambil ubat kau"

Sana duduk semula. Tak sia sia dia sakit. Sekurang kurangnya Sejun layan dia dengan baik.

"Jom aku hantar kau balik. Dah lewat ni"

Sejun melihat jam tangannya. Dah pukul 8 malam pun. Mesti parents Sana risau.

"Eh takpe. Saya dah banyak menyusahkan awak hari ni. Saya boleh balik sendiri. Yang sakit lengan saya, bukan kaki"

Sejun memandang Sana sambil memeluk tubuh. Muka Sejun tak payah cakaplah. Memang seram habis.

"Fine. Awak hantar saya" Sana mengalah.

Dulu dia boleh bantah setiap arahan Sejun tapi sekarang susah sikit. Sejun pandang macam tadi pun dah kecut perut.

Hish! Comel pulak perempuan ni. Sabarlah wahai hati. Sebenarnya, hati dah memaafkan Sana tapi ego masih tidak memaafkan.

Hayoung menayangkan wajah terkejut bila Sejun dan Sana sampai sekolah. Bukan terkejut sebab datang berdua tapi terkejut melihat tangan Sana yang berbalut. Hayoung hanya melihat dari jauh.

Tanpa membuang masa, dia terus beredar dari situ. Perasaan marah sedang membuak buak. Tak guna kau ahli sihir.

Sasaran dikesan. Dengan laju Hayoung berjalan ke arah sasaran yang sedang bergelak tawa itu. Wah happynya korang kan. Hayoung terus menarik rambut Jennie dan Momo sekali gus. Kedua orang itu tertunduk kerana menahan sakit rambut mereka.

"Weh setan sakitlah. Lepaslah rambut kitorang!" jerit Jennie.

Hayoung tidak mempedulikan penonton di sekeliling mereka. Siapa lagi kalau bukan pelajar pelajar lain yang suka melayan drama senior mereka.

"Never! Aku tak kan lepaskan korang selagi korang tak mengaku perbuatan busuk korang tu" tengking Hayoung pula.

Rambut Jennie dan Momo ditarik lebih kuat. Terjerit dua orang itu.

[C] MAID VS PLAYBOY [KANG DANIEL PARK JIHOON]Where stories live. Discover now