30👔

1.2K 111 0
                                    

Jihoon melangkah keluar dari biliknya kerana perut minta dia isi. Serius lapar petang petang macam ni. Agaknya mummy park masak apa kat bawah tu.

"Kalau semua bukti sampai ke tangan orang lain, kau tahu nasib kau nanti. Faham!"

Langkah Jihoon terhenti didepan bilik kedua ibu bapanya. Suara siapa lagi kalau bukan suara daddy dia. Kuat sangat sampai boleh dengar sampai luar.

Selalunya waktu ni jarang daddy ada kat rumah. Hmm apa apa jelah. Yang penting aku nak turun makan.

"Mummy..."

Jihoon memeluk Chorong dari belakang. Suara manjanya dikeluarkan. Kalau awek tengok lari ni.

"Eh mummy ingat kamu tak nak keluar dah dari bilik. Suka sangat mereput dalam bilik tu" bebel Chorong.

Jihoon meletakkan kepalanya diatas bahu Chorong.

"Jihoon laparlah mummy. Mummy ada masak apa apa tak?" soal Jihoon lagi.

Jihoon memeluk Chorong lebih erat.

"Hish! Budak ni. Mummy nak masak tak senang tahu tak. Duduklah sana dulu. Mummy masak makanan favourite kamu. Dah nak siap ni" bebel Chorong lagi.

Jihoon melepaskan pelukannya lalu mencium pipi Chorong. Beberapa makanan sudah terhidang diatas meja. Jihoon melabuhkan punggungnya diatas kerusi sambil menunggu Chorong siap masak.

"Daddy tak kerja ke mummy?" soal Jihoon.

"Daddy cuti hari ni. Katanya nak rest. Penat. Sebab tulah mummy masak banyak hari ni" jawab Chorong.

"Ouh! Patutlah. Tapi macam banyak sangat aje mummy masak"

Chorong meletakkan hidangan terakhir atas meja lalu dia berlalu untuk membuat air.

"Eh Rose tak bagitahu ke dia nak datang sini?"

Masa disekolah tak pulak Melissa bagitahu apa apa pada dia.

"Tak. Dia tak bagitahu apa apa pun pada Jihoon"

"Hmm dia nak surprise lah tu. Tapi ada baik juga dia datang sini. Mummy dengan daddy pun dah lama tak nampak dia. Mesti lain kan dia sekarang"

"Memang lain pun mummy. Cantik sangat. Masa Jihoon jumpa dia di Vancouver hari tu, Jihoon pun macam tak percaya tu Rose. Lain sangat mummy"

"Jihoon cakap macam tu tak sabar pulak mummy nak jumpa dia. Tapi dia ada cakap, dia tak datang sorang. Dia datang dengan kawan"

Pelik Jihoon dibuatnya. Tak kan dia datang dengan Hazel. Pernah sekali dia ajak Hazel datang sini tapi Hazel tolak. Tak mungkinlah.

"Lelaki atau perempuan mummy?" soal Jihoon.

"Entah. Dia tak bagitahu pulak" jawab Chorong.

Beberapa gelas diletakkan diatas meja bersama jus oren.

"Hai aunty!"

"Ha dah sampai pun anak saudara aunty ni"

Chorong memeluk Melissa.

"Lamanya tak jumpa aunty" ujar Melissa lagi.

Teruja dia dapat jumpa mummy Jihoon setelah sekian lamanya.

"Betullah Jihoon cakap. Rose dah lain sekarang ni. Cantik sangat" puji Chorong.

"Mana ada aunty. Biasa aje. Tapi betul ke Jihoon oppa cakap macam tu? Macam tak percaya aje" sindir Melissa.

"Eh eh! Sempat lagi tu mengutuk oppa. Oppa ikhlaslah. Ni yang bawa makhluk ni sekali kenapa?"
Jihoon melihat lelaki disebelah Melissa. Lucas lah siapa lagi.

[C] MAID VS PLAYBOY [KANG DANIEL PARK JIHOON]Where stories live. Discover now