12👔

1.6K 124 1
                                    

"Sebenarnya kan...hyung kan...emm... Jihoon nak tak join..." Daniel tahu apa jawapan Jihoon nanti tapi tak salah kan kalau mencuba.

"Jihoon tahu apa niat hyung tapi Jihoon tak nak disebabkan Jihoon, team hyung dapat nama buruk" tepat sekali! Itulah jawapan yang akan Jihoon bagi bila Daniel ajak masuk team dia.

Macam mana ni? Mana nak cari orang lagi ni? Perlawanan dah nak dekat. Team dia perlukan latihan yang cukup.

Maksud Jihoon, team dari sekolah lain akan cakap mereka menang tanpa berusaha sebab Jihoon anak pemilik sekolah itu. Dua tahun lepas pun perkara yang sama terjadi bila sekolah itu jadi tuan rumah. Jadi dia tak nak benda yang sama berlaku.

"Please Jihoon. Kali ni aje. Hyung ajak Jihoon join team ni sebab Jihoon salah sorang pemain terbaik di sekolah kita" Daniel berusaha pujuk. Jihoon hanya senyum hampa. Rupanya susah juga jadi anak orang ternama ni.

"Hyung ajaklah Woojin, Lucas ataupun Haknyeon. Dorang pun pandai juga" susah juga pujuk si Jihoon ni rupanya. Daniel buntu.

"Hyung dah tanya dorang semua. Woojin dengan Lucas setuju tapi Haknyeon tak boleh. Dia cakap tangan dia terseliuh masa pertandingan b-boy semalam. Jadi Jihoon sorang harapan hyung sekarang ni" Jihoon melihat wajah Daniel. Wajah yang sedang meminta pertolongan daripadanya.

"Baiklah. Jihoon ikut tapi jangan salahkan Jihoon kalau team hyung dapat nama buruk nanti" Jihoon memberi amaran. Daniel akan pastikan semua tu tak kan jadi. Dia akan buat yang terbaik dari tahun lepas.

Sebenarnya Jihoon ada sebab tersendiri kenapa dia setuju masuk team Daniel. Hazel. Orang yang paling dia sayang dalam dunia ni selepas kedua ibu bapanya. Hazel adalah penyebab dia setuju. Dia tahu Hazel masuk team cheerleader sekolah. Jadi secara automatik Hazel akan menonton perlawanannya nanti. Dan Jihoon akan lebih bersemangat.

"Terima kasih Jihoon sebab tolong hyung. Hyung harap kita boleh pegang trofi tahun ni" Jihoon senyum. Sebenarnya itu yang dia nak. Dia akan pastikan dia akan dapat trofi dengan cara yang baik bukan dengan cara yang kotor.

"Wo bro! Dah lama sampai?" tanya Rowoon yang datang bersama Sejun dan IM.

"Taklah baru sampai. Kenapa korang tak datang esok je. Tahun depan ke?" sindir Daniel. Mereka ketawa.

"Janganlah marah. Kitorang lambat 20 minit aje pun" tambah Sejun pula.

"Banyaklah kau punya 20 minit. Anyway, Jihoon dah officially team kita hari ni dengan Woojin dan Lucas" mereka bertepuk tangan. Mereka semua pasti, mereka akan menang tahun ni.

Masalah team basketball dah pun selesai tapi masalah team cheerleader. Pening Joy dibuatnya. Sampai tak makan dia tadi sebab cari orang yang sesuai. Rupanya tak mudah cari orang baru ni. Kalau nak cari yang pandai menari ramai. Tapi kalau menyusahkan tak boleh juga. Jenie dengan Momo bolehlah jadi contoh terbaik. Walaupun dah habis perempuan dalam sekolah ni, jangan harap Joy nak ambil dua makhluk yang tak boleh pakai tu. Joy meletakkan mukanya diatas meja. Sekarang ni dia didalam bilik menari sorang sorang. Macam nak nangis je. Eomma!!

Sebotol air dan juga beberapa makanan diletakkan di depannya. Joy mengangkat muka untuk melihat siapa gerangan yang berani masuk waktu dia stres! Joy memutar bola matanya. Menyampah dengan makhluk yang tak diundang ni.

Kim Rowoon. Musuh ketat Joy!

"Kau nak apa?" tanya Joy malas. Dahlah tengah tak ada mood. Silap silap dia tendang Rowoon untuk melepaskan stresnya.

"Saja datang jenguk kau. Mana tahu kau mati kebuluran. Kan?" Rowoon menayang muka selamba badaknya.

"Ok! Hari ni mood aku memang tak elok. Sebelum aku tendang kau, biar kau keluar sekarang!" Joy menghalau. Orang tengah serabut ada je benda nak buat orang sakit hati.

[C] MAID VS PLAYBOY [KANG DANIEL PARK JIHOON]Where stories live. Discover now