Empat sekawan sedang buat drama air mata di lapangan terbang. Segelintir manusia sedang melihat ke arah mereka tapi mereka hanya buat tak peduli. Kisah apa kami!
"Weh serius ahh kau dah nak pergi Hayoung" soal Joy.
Suga menggeleng kepala melihat kawan kawan adiknya itu. Sebegitu besarnya sayang mereka kepada Hayoung.
"Alaa kau ni. Janganlah bagi aku tambah berat untuk tinggal korang. Kau ingat aku nak pergi sangat ke Ireland tu"
Hayoung turut menangis. Berat hati nak tinggal kawan kawannya.
"Janji lima tahun" kata Yerin pulak.
Hayoung senyum lalu mengangguk kepalanya.
"Ya aku janji!" kata Hayoung dengan semangat.
Huwaaaa sedihnya nak tinggal negara sendiri. Tak nak pergi! Tak nak pergi!
"Sudahlah sahabat sahabatku sekalian. Kalau anda semua sedih, sahabatmu ini akan turut sedih"
Sempat Hayoung buat ayat karangan.
"Kau ni Hayoung orang tengah sedih boleh pulak dia buat lawak" Joy tak puas hati.
"Lawak ke? Asal tak gelak. Haha"
"Bye babe. Have a safe flight"
Mereka berempat berpelukan. Sedihnya bila tengok Hayoung dah berjalan pergi.
Selepas kejadian itu, tidak banyak yang berubah. Hazel dan ibunya berpindah ke Korea semula. Mereka tinggal dirumah lama mereka dahulu. Sebuah rumah banglo dua tingkat yang besar di kawasan perumahan elit.
Daniel pula, sekejap datang sekolah, kejap tak datang. Dia dah anggap sekolah tu macam bapak dia yang punya. Boleh dikatakan susah untuk berjumpa dengan Daniel walaupun sejam. Mereka juga tak tahu kemana Daniel selalu pergi.
Jihoon dan keluarganya pula pindah ke Pulau Jeju. Park Junmyeon mendirikan sebuah lagi sekolah disana dan Jihoon juga sekolah disana. Sebenarnya Jihoon berat hati nak tinggal Xavey High School tapi dia terpaksa sebab dia tak sanggup bersemuka dengan Oh Hazel. Malunya hanya Tuhan yang tahu.
Yang lain menjalankan hidup seperti biasa.
Hazel mengukir senyuman apabila melihat pasangan dihadapannya ini. Sangat mesra. Tak sangka Melissa terima Lucas sebagai kekasih. Dia ingat lagi, dulu Lucas selalu melihat dia dengan Jihoon bermesra tapi sekarang terbalik. Sekarang ni giliran dia pula tengok Lucas bersawit dengan Melissa. Sumpah jeles! Huh! Macam ni agaknya perasaan Lucas bila tengok dia mesra dengan Jihoon dulu.
Haih! Sabarlah wahai hati. Kalau dah namanya jodoh, tak kemana punya. Cuma cepat atau lambat. Hazel mengaku yang dia masih sayang Jihoon. Nama Park Jihoon sudah dia simpan jauh di dasar hatinya. Memang susah untuk buang.
"Cik Melissa Rose. Waktu rehat sudah tamat. Tak rasa nak masuk kelas lagi?" tegur Hazel.
Melissa tersengih macam kerang busuk apabila ditegur oleh Hazel.
"Sorrylah der. Jom kita masuk kelas. Bye kekasih hatiku!"
Melissa membuat flying kiss untuk Lucas. Lucas pula membuat gaya ala ala menangkap ciuman itu.
Haih! Rasa macam ketuk ketuk aje kepala dua orang makhluk bumi ni.
Hazel termenung di bilik bacaannya atau lebih tepatnya bilik arwah papa dia. Mulai sekarang, bilik ni sudah menjadi hak miliknya.
"Mana Melissa?" soal Yuri.
"Ada dalam bilik dia agaknya. Entah apa yang dibuat sampai tak turun turun" bebel Hazel.
YOU ARE READING
[C] MAID VS PLAYBOY [KANG DANIEL PARK JIHOON]
ChickLitPertemuan yang tidak disengajakan antara Daniel dan Hayoung. Hayoung yang tidak sengaja langgar kereta kesayangan Daniel yang berjuta juta ringgit nilainya kerana Hayoung dah terlambat. Sebagai ganti Hayoung disuruh menjadi maid kepada Daniel. Mampu...