37👔

1.3K 125 10
                                    

Hayoung memegang telefonnya sambil kaki melangkah ke arah kiri dan kanan tanpa tujuan. Tadi Joy telefon dia bagitahu yang malam ni mereka ada buat reunion untuk kelas mereka. Bermakna Daniel ada sekali. Macam mana kalau Daniel datang dengan Jenie. Sanggup ke hati dia melihat semua tu.

Oh god kuatkanlah hati aku.

Tapi lagi baik kalau tak payah pergi. Duduk di rumah. Tapi tak boleh jugak. Macam mana kalau Joy membebel. Arhh! Tak nak dengar! Macam mana ni?

Okey macam ni. Kalau aku pergi lewat mesti Daniel dah balik kan. Hmm Joy cakap Daniel selalu busy. Susah nak jumpa dengan dia. Majlis mula pukul 8 malam. Aku pergi pukul 9 malam. Mwahaha. Bukan selalu buat kerja jahat.

Sekarang dah nak dekat pukul 8 malam. Hayoung mengeluarkan dress yang dia beli masa di Ireland. Sekali tengok dia terus jatuh hati dengan dress ni.

"Eh anak ibu ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Eh anak ibu ni. Cantik cantik ni nak pergi mana" tegur Tiffany.

"Ada reunion bu. Hayoung pergi dulu"

Hayoung memeluk ibunya.

Hish! Macam malas pulak nak pergi. Dia takut terserempak dengan Daniel. Muka dia belum cukup tebal untuk berhadapan dengan Daniel.

Amboi! Siapa yang bagi cadangan buat kat hotel grand ni. Hotel lima bintang pulak tu. Kalau setakat 25 orang, tak payahlah nak buat dalam ballroom bagai. Agaknya siapalah yang taja semua ni.

Hayoung turun daripada kereta. Matanya terus bersambung dengan mata tuan punya kereta sport mewah yang berwarna hitam putih yang terletak di sebelah babe Audi dia.

Apalah nasib aku malam ni. Kenapa perasaan buruk tak pernah salah. Tengoklah sekarang ni. Sebelum masuk lagi dia dah terserempak dengan Daniel. Daniel memakai tuxedo hitam. Kemeja di dalamnya juga hitam dipadankan dengan rambut yang dinaikkan ke atas menampakkan dahi dan keningnya.

No more word.

It's perfect!

Hayoung berjalan terlebih dahulu sementara Daniel memperbetulkan rambutnya di hadapan cermin kereta. Sajalah tu bajet handsome sebab tak nak tengok muka aku yang comel plus cantik ni.

Hayoung berhenti di hadapan pintu masuk. Weh! Siap pakai bodyguard lagi. Siapalah yang punya kerja ni. Tahulah kaya. Tak payahlah nak tunjuk sangat. Hish! Geram pulak kawe ni.

"Maaf cik. Kalau tak datang dengan pasangan, cik tak dibenarkan masuk"

Hah! Seriuslah. Hahaha. Yang ni lawak. Majlis apa macam ni.

"Apa encik bodyguard cakap ni. Mana ada majlis macam ni. Ni majlis reunion bukan majlis prom" bebel Hayoung.

Bodyguard itu cuma menayangkan muka serius. Eleh tahulah hensem pun. Bajetlah dua orang bodyguard ni.

"Tapi ni peraturan majlis ni" sambung bodyguard itu lagi.

"Kenapa ni Hayoung?" tanya seorang lelaki yang baru sampai.

[C] MAID VS PLAYBOY [KANG DANIEL PARK JIHOON]Where stories live. Discover now