t w e n t y t w o

1.8K 172 9
                                    


"Xi Wein, Encik Mingyu nak jumpa kau. Dia tunggu dalam pejabat dia."

Nayoung beri pesanan yang dia dapat pada Wein. Wein senyum tawar dan angguk perlahan. Dia pusing dan balas pandangan Jungkook.

"Kalau dia buat apa-apa, awak jerit je."

Pesan Jungkook berbisik. Nayoung beri pandangan curiga. Wein hanya angguk perlahan. Kemudian dia terus pergi kebilik Mingyu.

"Kau dengan Wein ada apa-apa ke?"

Soal Nayoung. Pandangan curiga diberikan pada Jungkook. Jungkook ketawa. Geli hati dengan soalan Nayoung. Nayoung selalu sibuk hal orang.

"Kalau ya pun kenapa kak?"

Soal Jungkook semula. Nayoung tayang muka terkejut. Jari-jarinya diletak pada mulut yang terbuka.

"Wein tu isteri orang tau Jungkook? Kau nak jadi orang ketiga ke?"

Terjegil mata Nayoung memandang Jungkook. Jungkook tergelak.

"Aih akak. Saya gurau je la. Saya dan Wein takde apa-apa pun."

Jelas Jungkook akhirnya. Nayoung lepas lega.

"Ha elok la macam tu. Jangan jadi orang ketiga dalam rumah tangga orang Kook. Tak baik."

Pesan Nayoung dan berlalu pergi. Jungkook tersenyum dan menggeleng kecil. Dia kembali tundukkan wajah pada tugasan-tugasan kerja yang berlambak dimeja.

🌸🌸🌸

"Encik ada apa panggil saya ni?"

Wein memasuki pejabat Mingyu dengan langkah berat. Kelihatan Mingyu bersandar pada kerusinya dengan riak selamba.

"Nothing. Just nak tanya pasal Taehyung."

Ujar Mingyu. Wein berkira-kira nak keluar balik namun terhenti kerana tangannya ditarik oleh lelaki parasit tadi.

"Ish lepaslah!"

Bentak Wein kasar. Pantang betul bersentuhan kulit dengan lelaki ni.

"Kau yang ubah Taehyung jadi kasar macam tu kan? Wow not bad lah bila sweetheart aku tumbuk aku. Nampak tepi bibir aku ni? Lebam sebab dia."

Adu Mingyu sambil tunjuk tepi bibirnya yang agak membengkak keungguan.

"Memang padan muka Encik. Encik tak jaga perangai Encik. Tak hormat saya sebagai pekerja Encik langsung."

Sinis Wein bicara.

"Ada apa-apa lagi yang Encik nak mengadu pada saya? Kalau tak ada, saya nak keluar dulu. Banyak lagi hal yang belum saya selesaikan."

Wein lorek senyum manis. Fake. Mingyu ketap gigi. Dia angkat tangan kanannya separuh sebagai tanda Wein boleh pergi. Wein angguk kecil dan keluar dari pejabat Mingyu dengan senyuman puas.

"Tak lama lagi suami kau jadi milik aku. Tunggu je la."

Bisik Mingyu dengan penuh dendam. Jarinya mengetuk-ngetuk meja kaca perlahan.

🌸🌸🌸

"Presentation bulan ni diawalkan. Pengarah Kim kena outstation next week. So dia tukar date presentation esok. Aku harap semua dah ready dengan presentation tu."

[C] Fluffy Heart ♡KTHWhere stories live. Discover now