Wein dah bersiap-siap nak pergi jogging. Taehyung masih duduk santai didepan tv bersama popcorn ditangan."Awak, cepatlah siap."
Wein menegur Taehyung. Taehyung pandang Wein atas bawah.
"Pergi mana?"
Taehyung menyoal lurus.
"Merompak. Haih, jogging lah. Kan dah cakap pagi tadi."
Wein memutarkan bebola mata. Kadang-kadang penat juga melayan suaminya.
"Er Wein, Tae tak pergi kot. Perut sa-"
"Siap. Jangan bagi alasan."
Ayat Taehyung dipotong Wein. Selamba Wein merampas popcorn dari tangan Taehyung dan menyimpan didalam peti ais didapur.
"Konon perut sakit. Tapi mulut gagah kunyah popcorn. Dengan terbongkang depan tv."
Wein mula membebel. Taehyung dah rasa nak menangis. Tekanan!
"Ok stop. Tae siap sekarang. Jangan lah membebel lagi."
Taehyung cepat-cepat bangun dan bersiap dengan terpaksanya. Berbakul-bakul kata makian dia luah dalam hati. Nak luah keluar, takut Wein belasah dia pula.
.
.
."Wein kejap kejap! Huh hah."
Taehyung hentikan larian dan membongkok. Kembang-kempis hidungnya cuba menangkap oksigen. Susah betul nak jadi real man ni!
"Cepatlah Tae! Sikit je lagi. Depan tu ada tempat rehat. Jomlah!"
Wein terus berlari tanpa tunggu balasan Taehyung. Taehyung muka dah macam nak mati. Dia seka peluh didahi dan dileher dengan towel kecil yang tergantung dileher. Kemudian dia sambungkan larian mengejar Wein yang sudah agak jauh dihadapan.
.
.
."Huh. Wein help."
Taehyung melutut sebaik sahaja sampai dihadapan Wein. Dia menunduk cuba mengambil nafas yang hilang separuh semasa berjogging tadi.
"Nah air."
Sebotol mineral disua dihadapan wajahnya. Taehyung ambil mineral dan meneguk laju.
"Sini duduk sebelah saya."
Wein menepuk-nepuk bangku kosong disebelahnya. Taehyung terus bangun dan duduk dibangku. Mukanya berkerut. Letih betul. Wein tatap wajah suaminya sambil tersengih.
"Penat sangat ea?"
Soal Wein. Jarinya laju mencuit hidung Taehyung.
"Hm."
Ringkas, singkat, pendek jawapan Taehyung. Dia pejam mata sambil menyandar dibangku. Rasa macam roh dah terbang dari jasad. Dah terbayang katil empuk dirumah.
"Baru sikit dah penat."
Usik Wein lagi. Terkekeh dia ketawa bila Taehyung pout dengan mata terpejam. Nak protes Wein mungkin. Namun keadaan diri buat dia tak mampu protes. Jadi, Taehyung hanya pout tunjuk perasaan.
"Never mind. Nanti kalau selalu buat, awak akan terbiasa. Kan Tae kan?"
Senyap. Wein kalihkan pandangan kearah Taehyung. Dengkuran halus mula kedengaran. Wein ketawa kecil. Dia menyandar dibangku sambil tersenyum.
YOU ARE READING
[C] Fluffy Heart ♡KTH
FanfictionBerkahwin dengan lelaki yang lemah-gemalai dalam kata kasarnya, lelaki lembut memang pilihan Xi Wein. Sebab lelaki itu yang berjaya curi hati keringnya. Tapi, bila sudah berkahwin jadi semak pula bila lelakinya inginkan perhatian 24 jam. Kena marah...