Wein's"Wein, jangan la menangis lagi. Tak penat ke?"
Jari-jemari seseorang menyapu air mata yang tak henti-henti mengalir dipipi.
"Saya risau sangat pasal awak. Ingatkan awak dah tinggal saya dan anak kita."
Teresak-esak aku berkata. Taehyung tergelak. Terkial-kial dia cuba bangun dari baring.
"Awh!"
Pantas aku pegang lengan dia menahannya dari terus bangun. Taehyung kembali baring sambil pegang bahu kirinya yang berbalut.
"Dah tahu masih sakit jangan buas sangat boleh tak?!"
Aku marah Taehyung. Buas benar suami aku ni. Taehyung tergelak. Sempat dia cubit pipi aku perlahan.
"Habis dah isteri saya ni menangis macam saya dah mati. Padahal kena tembak dibahu je. Sikit je ni. Ini Kim Taehyung lah. Kuat!"
Ya tuhan bongkaknya suami aku ni. Aku jeling Taehyung sekilas.
"Kuat konon. Yang pengsan semalam kenapa?"
Perli aku. Terdiam Taehyung. Taehyung has been slained! Ohoi 1-0!
"Jangan la ingat lagi hal semalam. Lepas ni Wein jangan risau dah. Sebab lelaki tak guna tu dah meringkuk dalam penjara. Dengan pengawal botak dia sekali."
Taehyung genggam tangan aku erat. Aku tersenyum. Taehyung belum tahu yang Mingyu sekarang sedang dirawat dihospital sebab kena tembak dengan polis malam semalam. Dan polis ada dengan dia. Tangan digari dibesi katil hospital. Heh padan muka! Lega aku.
"Hey? Mengelamun pulak makcik buyung ni."
Taehyung petik jari depan wajah aku. Aku terpinga-pinga pandang dia.
"Aa- em ya? Awak nak apa?"
Taehyung cebikkan bibir. Dia peluk tubuh sendiri.
"Tae nak air la. Haus."
Katanya ringkas. Aku terus bangun dari kerusi. Air masak aku tuang dalam segelas cawan.
"Minum ni."
Bibir cawan aku letakkan pada bibir Taehyung. Perlahan dia minum air.
"Sayang."
Taehyung panggil aku lembut. Terangkat kening aku tatkala memandang dia.
"Ganas juga awak ya?"
Ringkas soalan dia.
"Ha? Wein tak faham."
Dia tergelak. Apa yang lawak wahai encik suami?
"Ingat lagi tak yang awak tendang pengawal Mingyu tu?"
Aku angguk. Ya, aku ingat. Tendang sekadar nak pengsankan aje. Tapi tak tahu pula sampai amnesia dua pengawal tu. Buktinya bila diorang sedar dari pengsan dan nampak pihak polis, beriya diorang menangis. Katanya mereka tak ingat hal yang berlaku. Tak kenal Mingyu dan sebagainya. Hadoh alasan tahap budak tadika sia.
"Wein! Aish dia buat lagi!"
Terus aku pandang Taehyung yang dah tayang muka sebal. Tangan dia menyilang pada dada.
"Nak tahu cerita menarik tak?"
Sengaja aku alihkan topik supaya Taehyung lupa merajuknya. Dan betul, dia mula tunjuk riak ingin tahu.
"Mingyu. Dia tak masuk penjara pun."
"Huh? Jangan kata polis terlepas dia!"
Aku tutup mulut Taehyung. Suka-suki je potong cerita aku.
"Dia ada dekat hospital. Kena tembak dengan polis. Tapi jangan risau. Sebab tangan dia digari dikatil. Polis ada je kawal dia."
Membutang mata Taehyung. Amboi terkezut benar.
"Wein, jom lawat dia nak tak?"
Ajak Taehyung manja. Aku buat muka pelik. Ya lah, nak lawat musuh sendiri yang tengah terlantar sakit dikatil hospital. Logik? Kalau aku, dah namanya musuh jangan harap aku nak melawat waktu musuh aku sakit. Biar mati pun tak apa. Memang aku tak akan melawat. Kejam? Memang.
"Ala jom lah. Teman saya jap. Kejapppp je!"
Dah digoyangkan pula tangan aku dia ni. Taehyung kerutkan kening dengan bibir mencebik.
"Kalau saya taknak?"
"Saya cium awak disini!"
Aku tergelak dengan ugutan dia. Tak kecut pun!
"Dengan keadaan awak macam ni, boleh cium saya ke?"
Sengaja aku uji dia. Tangan aku terus ditarik kearahnya. Muka dia mendekat dengan aku. Lagi seinci, bibir kami boleh bersentuhan.
"Jangan cabar saya."
Bisiknya perlahan. Laju aku mengundur. Ya tuhan, berdebarnya. Aku pandang sekeliling. Nasib tak ada yang perasan. Dah la di wad biasa je. Kalau wad private, takpe juga. Dia? Dah mengekek ketawa. Amboi suka betul kau ya?
"Ha yela. Jom jom. Ish! Sekeh juga dia ni."
Geram. Taehyung cuit hidung aku perlahan. Masih ketawa.
"Tak baik tau sekeh suami. Nak jadi isteri nusyuz ke?"
Ala pandai pula dia selit hukum-hakam. Aku dah serba-salah. Makin kuat dia ketawa. Aku tampar lengan Taehyung perlahan. Sakit-sakit pun boleh lagi kenakan aku dia ni!
"Muka cuak!"
Ejek Taehyung. Ey ikut hati, nak je aku tekan bahu dia yang berbalut tu.
"Jangan main-main Tae. Tak memasal bahu awak yang berbalut tu kena picit dengan saya."
Ugut aku. Dia cuma jelir lidah. Ya tuhan, annoying-nya! Tangan aku mula bergerak nak picit bahu dia. Sengaja acah. Nak tengok rupa cuak dia juga. Tapi aku tak sangka dia-
"DOKTOR! TOLONG DOKTOR!"
Gelabah aku duduk dikerusi semula. Satu wad pandang aku dan Taehyung. Ya tuhan, tebalkan muka aku! Aku buka majalah kesihatan yang ada lalu aku buka untuk lindung wajah aku. Taehyung ketawa mengekek. Shit la dia ni. Kuat main betul. Aku turunkan majalah sedikit sekadar paras batang hidung. Aku jeling Taehyung.
"Fuhlamak cantik arh mata dia."
Usik Taehyung lagi dan lagi. Ah dia ni. Sakit ke tidak? Konfius aku.
YOU ARE READING
[C] Fluffy Heart ♡KTH
FanfictionBerkahwin dengan lelaki yang lemah-gemalai dalam kata kasarnya, lelaki lembut memang pilihan Xi Wein. Sebab lelaki itu yang berjaya curi hati keringnya. Tapi, bila sudah berkahwin jadi semak pula bila lelakinya inginkan perhatian 24 jam. Kena marah...