e l e v e n

1.9K 223 6
                                    


"Omma!"

Wein berlari dan memeluk Puan Xi yang menanti dipintu rumah.

"Rindunya!"

Wein luahkan perasaannya dengan nada teruja. Puan Xi menggosok rambut Wein dengan senyuman lebar.

"Omma rindu Wein jugak. Dah lama tak jumpa anak omma ni."

"Ehem. Rindu omma dia je ke?"

Tuan Xi menyampuk dari belakang. Wein kalihkan pandangan pada appanya dan dengan tangkas dia berlari memeluk appanya.

"Wein rindu appa jugak!"

Tuan Xi balas pelukan anaknya sambil mengusap belakang kepala Wein.

"Appa rindu Wein jugak."

Kata Tuan Xi dan lepaskan pelukan mereka. Dia memandang kearah Taehyung yang setia berdiri ditepi kereta.

"Kamu buat apa tepi kereta tu? Sinilah!"

Tuan Xi memanggil Taehyung. Taehyung hanya sengih malu dan berjalan kearah omma dan appa mertuanya. Dia menyalam kedua-dua tangan mereka dan menunduk hormat.

"Eh jom masuk. Omma dah sediakan makanan kat dapur."

Puan Xi menarik tangan Taehyung dan Wein kedalam rumah. Tuan Xi pula menutup pintu rumah dan ikut dari belakang.

🌙💓

"Ha Taehyung, makanlah. Jangan malu-malu."

Puan Xi menjemput menantunya untuk makan. Taehyung mengangguk dan menjamah makanan yang Puan Xi sediakan.

"Hm, omma nak tanya sikit."

Puan Xi menegakkan badannya dan raut wajahnya berubah serius.

"Ya. Omma nak tanya apa?"

Wein menyoal dengan perlahan. Sekali sekala tangannya menyuap makanan kedalam mulut dengan gerak perlahan. Berdebar menanti soalan dari ommanya.

"Bila nak hadiahkan omma cucu?"

Uhuk!

Taehyung yang baru mahu meneguk air terus tersedak. Sekali dengan wajah Tuan Xi terjejas dengan air semburannya.

"Ark maaf maaf!"

Taehyung lincah bangun dan menunduk beberapa kali. Dirapatkan tangan kebawah dagu dengan mata yang terpejam. Takut barangkali.

"Taehyung takpe takpe. Appa tak marah. Omma kamu ni memang macam ni. Main terjah je soalannya."

Tuan Xi memegang bahu Taehyung sambil mengelap wajahnya dengan baju yang dipakai. Taehyung menggigit bibirnya dengan riak bersalah.

"Eh salah saya pulak? Mana saya tahu Taehyung boleh tersedak sampai macam tu sekali. Tapi, Taehyung. Omma mintak maaf ya?"

Puan Xi menggaru belakang lehernya sambil tersenyum sumbing. Taehyung mengangguk pelan. Masih janggal dengan situasi yang baru berlaku.

"Omma, kami belum ada rezeki."

Wein menjelaskan kepada Puan Xi sambil melirik kearah suaminya.

"Hm. Takpe lah. Jom sambung makan."

Puan Xi mengeluh dan kembali makan. Tuan Xi hanya menggeleng kepalanya.

"Ha Tae, sambung makan balik. Habiskan makanan tu. Jangan rasa bersalah sangat. Kita lelaki kena lek-lek baru macho."

Tuan Xi menepuk-nepuk bahu Taehyung yang masih berdiri dengan riak janggal.

"Duduk lah. Jangan serba-salah."

Giliran Puan Xi pula menyuruh. Taehyung angguk dan duduk untuk habiskan makanan yang tinggal separuh.

👅✌

Selesai makan, Taehyung dan Tuan Xi beredar untuk berbual diruang tamu. Tinggal Wein dan Puan Xi sahaja didapur. Mengemas apa yang patut. Sedang Wein leka basuh pinggan mangkuk, pinggangnya disenggol oleh Puan Xi.

"Hm kenapa omma?"

Tanya Wein yang tengah lincah membasuh pinggan.

"Sebenarnya, Wein dan Taehyung ni tak buat apa-apa lagi kan?"

Bisik Puan Xi perlahan. Matanya tajam memerhati Wein.

"Omma, tengok menantu omma macam mana. Takkan Wein nak mulakan. Nanti dia cakap Wein tak menyabar pulak."

Wein bersandar dikabinet dapur. Sekali-sekala matanya dilarikan kearah suaminya.

"Eh mulakan je la. Mana tahu lepas dah buat tu, Taehyung berubah."

Usul Puan Xi dengan riak bersahaja.

"Er taknak lah."

Wein menggelengkan kepalanya laju. Menolak usulan ommanya.

"Hesh cuba lah dulu. Taehyung tu bukan lembut pun sebenarnya. Cuma manja lebih je."

Puan Xi mendesak anak perempuannya untuk mulakan misi menggoda Taehyung.

"Omma, malulah Wein nanti."

Wein dah tergaru-garu kepalanya yang tak gatal. Desakan dari ommanya buat Wein tertekan.

"Takde takde. Omma nak hujung tahun ni, perut Wein dah berisi. Titik."

Puan Xi terus pergi dari dapur. Wein dah separuh ternganga. Hujung tahun? Cepatnya. Ini pun dah masuk tengah bulan.

"Tae, kenapa awak buat saya macam ni?"

Wein mengeluh kemudian dia tersengih nakal. Mindanya terfikirkan sesuatu.

🌙✨

Gu dah kurang idea. Lmao. Nanti update lain. Haha bye. :')

[C] Fluffy Heart ♡KTHWhere stories live. Discover now