Bahu aku terangkat buat kali yang keberapa aku tak pasti. Taehyung yang dari tadi tak habis-habis menengking aku perhati dari jauh. Tak berani aku nak mendekat. Seram."Ini padahnya kalau otak kau penuh dengan benda negatif!"
Seronok Taehyung menengking Mingyu yang tayang muka bengang.
"Ey kalau takde polis dekat sini, memang pecah muka kau aku buat! Serius."
Lagi sekali. Mingyu ditengking. Polis hanya pandang Taehyung sahaja. Tak ada tanda nak menghalang. Well, Mingyu ditempatkan di wad private. Jadi, tak ada pesakit yang akan terganggu dengan tengkingan Taehyung.
"Encik, jaga dia ni elok-elok. Jangan biar dia lari. Memang dia layak meringkuk dalam penjara."
Suara Taehyung dilembutkan sebaik sahaja bercakap dengan pihak polis.
"Ya kami ketatkan kawalan pada suspek. Encik jangan risau."
Balas polis. Taehyung senyum dan bersalaman dengan pihak polis. Sempat dia jeling Mingyu yang panas hati dikatilnya.
"Jom sayang."
Lembut Taehyung ajak aku keluar dari wad yang menempatkan Mingyu. Tangan aku ditarik olehnya.
🌸🌸🌸
"Amboi sukanya dia buat high note dalam wad tadi ya?"
Perli aku sebaik sahaja keluar dari wad Mingyu. Dia terkekeh ketawa. Lengan aku dipeluk erat olehnya.
"Padan muka dia!"
Jawabnya ringkas. Aku mendongak tengok Taehyung. Dia ni, beriya ajak aku melawat Mingyu sebab nak menengking rupanya.
"Makcik buyung! Jom pergi beli roti? Lapar. Makanan hospital ni tak sedap la."
Diheretnya aku turun ketangga yang membawa kami kearah kedai hospital. Ey dia ni.
"Wein nak jugak? Ambik la."
Dihulurnya aku roti pizza. Aku tersenyum. Nak belanja la tu. Laju aku ambil huluran suami aku.
"Berapa?"
Soalnya sebaik sahaja tiba dikaunter. Penjaga kaunter menyatakan jumlah bayaran yang perlu dibayar.
"Ha Wein. Dengar? Bayar lah."
Laju aku kalih kearah Taehyung. Aku? Bayar?
"Huh? I thought you nak belanja?"
Soal aku dengan muka derp habis. Meletus tawa Taehyung.
"Belanja? Siapa kata?"
Muka selamba ditayang. Ya tuhan! Dia ni kalau aku gigit dekat sini-
"Ugh. Ni duitnya kak. Terima kasih."
Sebaik sahaja aku bayar, aku ambil roti aku dan berlalu pergi. Taehyung? Lantak dia.
"Kim Wein!"
Aku dapat dengar tapak kaki berlari dilantai. Sah la Taehyung. Aku buat tak endah. Plastik roti aku buka kasar. Roti pun digigit kasar.
"Hei hei. Kenapa ni?"
Tangan aku direntap dari belakang hingga aku terpusing. Taehyung pandang aku lama.
YOU ARE READING
[C] Fluffy Heart ♡KTH
Fiksi PenggemarBerkahwin dengan lelaki yang lemah-gemalai dalam kata kasarnya, lelaki lembut memang pilihan Xi Wein. Sebab lelaki itu yang berjaya curi hati keringnya. Tapi, bila sudah berkahwin jadi semak pula bila lelakinya inginkan perhatian 24 jam. Kena marah...