"Tumbuk kuat lagi."Wein mengarah Taehyung supaya menumbuk bantal tinju lebih kuat.
"Eee lecehlah meninju ni!"
Taehyung abaikan arahan Wein dan duduk dilantai dengan muka masam. Peluh didahi diseka dengan belakang lengan.
"Eh siapa suruh duduk? Bangun."
Wein berdiri didepan Taehyung sambil bercekak pinggang. Taehyung pandang ketempat lain dengan berpeluk tubuh.
"Ish, bangunlah. Kata nak jadi lelaki sejati. Kalau nak, awak kena tahu asas pertahanan diri. Ni saya nak ajar tinju, awak taknak pulak."
Keluh Wein. Dia dah mencangkung dihadapan Taehyung.
"Tapi Tae letih lah. Habis berpeluh dah ni. Bagi la Tae rehat kejap."
Taehyung dah merengek protes. Tangannya disatukan dan diletak dibawah dagu. Bonus puppy eyes. Ini sebab nak dapatkan belas kasihan dari Wein semata-mata.
"No. Saya cakap bangun, awak bangun."
Wein arahkan Taehyung dengan muka serius. Kecut perut Taehyung. Dengan terpaksa, dia gagahkan diri untuk bangun. Rasa nak menangis pun ada.
"Tumbuk kuat lagi."
Taehyung menumbuk dengan sepenuh tenaga. Tapi apa yang jadi, buku limanya yang sakit. Dia melibas tangan laju dengan muka berkerut. Wein dah menggeleng. Sekali-sekala dia mengeluh.
"Dah stop. Sini saya tengok tangan awak."
Wein tarik tangan Taehyung dan membelek lama. Kemudian dia ketawa pelan.
"Sikit je pun."
Taehyung dah mencebik. Sampai hati Wein ketawakan dia. Kalau lah Wein tahu pedihnya buku lima dia ketika ini.
"Jom masuk. Saya rawat tangan awak dulu."
Wein terus tarik tangan suaminya masuk kedalam rumah. Taehyung ikut sahaja langkah Wein dari belakang. Sedih diketawakan dan pasrah pada masa yang sama.
.
.
."Banyak lagi yang awak kena belajar ni."
Wein tutup kotak first aid selepas selesai rawat tangan Taehyung. Taehyung terkebil-kebil pandang Wein.
"Tadi tu macam mana? Tak habis lagi ke?"
Soal Taehyung. Wein menggeleng. Taehyung terus menyandar disofa dengan muka pasrah 100%.
"Omagad. Hep meh."
Wein cuma ketawa. Dia cubit pipi suaminya perlahan.
"Awak dah give up ke?"
Taehyung pantas menggeleng. Nak give up memang tak lah. Dia nak buktikan pada isterinya yang dia mampu berubah.
"Good! Petang ni kita jogging! Your tummy dah buncit!"
Usik Wein. Lidah dijelir pada Taehyung. Perut Taehyung dijentik pelan. Dia menyerabaikan rambut hitam Taehyung dan berlalu pergi. Kotak first aid digenggam erat ditangan.
"Mana ada buncit!"
Taehyung pegang perutnya dengan muka berkerut. Bibirnya muncung tak berpuas hati.
YOU ARE READING
[C] Fluffy Heart ♡KTH
FanficBerkahwin dengan lelaki yang lemah-gemalai dalam kata kasarnya, lelaki lembut memang pilihan Xi Wein. Sebab lelaki itu yang berjaya curi hati keringnya. Tapi, bila sudah berkahwin jadi semak pula bila lelakinya inginkan perhatian 24 jam. Kena marah...