t w e n t y t h r e e

1.7K 191 3
                                    


"Tae, ambik saya boleh?"

"Dah kena pecat lah."

"Ha saya dan Jungkook ajar lelaki parasit tu. Sebab tu lah kena pecat."

"Heee ok saya tunggu. Bye awak. Love you too!"

Panggilan dimatikan. Telefonnya kembali disimpan didalam beg silangnya. Kotak yang berisi segala barang-barangnya dan fail penting dipeluk kemas.

"Apa yang suami awak kata?"

Soal Jungkook. Dia turut perkemaskan pelukan pada kotaknya. Batu kecil yang ada dihujung kaki dikuis-kuis.

"Tae cakap, baguslah dia sendiri tendang saya keluar dari syarikat dia. Tak payah la lama-lama saya disini. Tapi sayang lah, presentation tu cuma besok. Haish."

Keluh Wein. Jungkook tersenyum dan kembali diam. Boleh je kalau dia nak balik sekarang, tapi dia tetap tunggu sebab Taehyung dah amanah dia jagakan Wein. Tengah ralit, sebuah kereta berhenti didepan mereka berdua.

"Ha apa jadi?"

Taehyung keluar dari kereta dengan senyuman lebar. Tak sabar benar nak tahu cerita.

"Nanti la saya story."

Ujar Wein. Taehyung angguk faham dan berjalan kearah Jungkook yang sedari tadi jadi pemerhati. Dia pandang kotak ditangan Jungkook.

"Kau pun kena pecat ke?"

Soal Taehyung. Jungkook balas dengan mengangkat bahunya sambil tersenyum kekok.

"Kau kerja disyarikat papa aku nak tak? Jadi orang kanan aku. Amacam?"

Tawar Taehyung. Dia dah bincang dengan papa dia, dia akan jadi CEO Syarikat Kim Corporation tak lama lagi.

"Eh. Tak payah la weh. Aku cari kerja lain je nanti."

Tolak Jungkook. Dia sebenarnya tak selesa dengan tawaran Taehyung. Jawatan yang Taehyung beri terlalu tinggi. Orang kanan CEO kot. Bukan calang-calang orang nak dapat.

"Terima lah Jungkook. Anggap je ni sebagai tanda terima kasih sebab dah tolong saya ajar lelaki tak guna tu."

Wein mencelah. Satu senyuman dilakar dibibir merahnya.

"Yela kalau macam tu. Thank you so much! Aku terhutang budi with both of you."

Kata Jungkook. Dia beri sengihan bunny miliknya pada pasangan suami isteri tersebut.

"Ok settle! Aku ingat nak ajak Wein pergi makan. Jom la ikut sekali."

Ajak Taehyung ramah.

"Hm boleh jugak. Aku pergi dengan kereta aku."

Kata Jungkook. Dia terus berlalu ketempat parking keretanya.

🌸🌸🌸

Prangg!

Fail-fail kerja dibaling kelantai. Mingyu kembali sandar pada kerusinya dengan riak tertekan. Geram. Dia pecat Wein dan Jungkook kerana dia tak dapat kawal kemarahannya lagi. Tapi bukan itu cadangan sebenarnya.

"Aish rosak plan aku! Sial lah minah tu!"

Meja kerja ditumbuk geram. Tiada Wein, susahlah kerjanya nak mendekati Taehyung.

"Memang juara menyakitkan hati orang la minah tu. Shit."

Bisiknya geram. Dia tongkatkan sikunya dimeja kerja. Otaknya ligat memikirkan cara nak dapatkan Taehyung. Tak lama kemudian, dia tersenyum. Senyuman yang mengerikan. Pantas telefonnya dicapai. Nombor seseorang didail.

[C] Fluffy Heart ♡KTHWhere stories live. Discover now