t h r e e

2.4K 301 9
                                    


"Tadi mama call."

Wein mulakan perbualan. Taehyung terus pandang Wein menanti bicara yang seterusnya.

"Mama nak datang rumah petang ni. Tidur sini satu malam."

Melompat Taehyung. Bahagia.

"Wein tunggu Tae bagitau mama Wein buli Tae."

Lidah dijelir pada Wein. Wein buat tak peduli. Dia bangun dari sofa.

"Saya nak masak untuk parents awak ni. Nak tolong tak?"

Soal Wein. Dia sengaja cuba ajak. Tiba-tiba Taehyung angguk setuju. Tak sangka.

"Jom!"

Wein bersemangat bila lihat anggukan Taehyung. Terus dia tarik tangan Taehyung kedapur.

.
.
.

"Yerk! Ikan ni busuk!"

Berkerut-kerut muka Taehyung. Padahal ikan tu disentuh pun belum. Dia pandang Wein dengan mata berair.

"Wein, taknak siang ikan!"

Luah Taehyung dan mengeluh.

"Sini Wein ajar macam mana nak siang ikan."

Tanpa tunggu balasan Taehyung, Wein dah pun berdiri dibelakangnya. Tubuh Taehyung dipeluk oleh Wein dari belakang. Kepalanya dijengul dari bawah lengan Taehyung. Tangannya genggam tangan suaminya erat. Bersedia tunjuk ajar.

"Wein, macam mana kalau ikan ni hidup balik?"

Mula dah merapu.

"Argh Wein! Tae tak ready!"

"Ugh stop!"

"God Wein! Jangan potong badan dia! It's creepy! Sorry ikan. Tae terpaksa. Ugh wait."

Taehyung pejam matanya dengan erat. Terpaksa relakan tangannya dikawal oleh Wein. Redha.

"Tadaaa! Habis dah Tae."

Matanya dibuka perlahan bila Wein bersuara. Ikan dah siap disiang. Isi perut ikan dah ditarik keluar.

"Er. We-Wein Tae buat ni?"

Soal Taehyung. Terkelip-kelip matanya memandang Wein. Wein balas dengan anggukan dan sengihan.

Buk!

"Taehyung!"

Wein tahan tubuh suaminya dari jatuh. Ha kan dah pengsan anak orang.

.
.
.

"Maaa."

"Bangun dah. Awak okey tak ni?"

Wein usap pipi Taehyung. Taehyung muncungkan bibir.

"Mana mama?"

Soalnya lurus.

"Ada dekat bawah. Tengah makan dengan papa."

Jawab Wein. Taehyung bangun.

"Nak makan jugak."

Dia keluar dari bilik dan menuju kedapur. Wein ikut dibelakang.

Sampai sahaja didapur, Taehyung terus peluk mamanya dari belakang.

"Maaa! Rindunya!"

Luah Taehyung. Wein duduk dikerusi makan. Dia cedokkan nasi untuk dirinya dan Taehyung.

"Eh anak mama! Okey dah? Macam mana boleh pengsan tadi?"

Puan Kim gosok kepala Taehyung perlahan. Taehyung jeling Wein.

"Wein buat. Dia suruh Tae siang ikan."

Adu Taehyung. Wein buat muka menyampah. Puan Kim ketawa kecil.

"Tae duduk dulu. Makan."

Arah Puan Kim. Taehyung ikut. Dia tarik kerusi disebelah Puan Kim dan berhadapan dengan Wein.

"Mama teman Tae makan tau?"

Soal Taehyung. Puan Kim hanya mengangguk. Layankan aje. Tuan Kim menggeleng. Perangai terlebih manja anaknya tak berubah walaupun dah berkahwin.

"Mamaaa, Tae selalu kena buli dengan Wein. Hari-hari Wein palau Tae. Dia suka sangat dekat V BTS tu. Nak pandang Tae pun takde dah."

Cerita Taehyung dengan mulut penuh. Wein ketap bibir. Puan Kim balas dengan ketawa.

"Ye ke? Tae jeles lah ea?"

Usik Puan Kim. Taehyung diam.

"Ouh ma! Tadi Tae pengsan sebab Wein lah. Dia suruh Tae siang ikan. Isi perut ikan tu-"

Taehyung berhenti. Tak sanggup nak habiskan ayat. Dia teringat kembali isi perut ikan tadi. Mual tekak!

"Eh baguslah Wein ajar Tae siang ikan."

Puji Puan Kim. Taehyung tersentap. Dia pandang Wein yang tengah angkat-angkat kening kearahnya. Wein tayang muka bangga.

"Ma, jom tengok tv."

Ajak Tuan Kim. Puan Kim mengangguk dan terus berlalu pergi. Sengaja beri ruang pada anak menantunya.

"Tak sukalah!"

Taehyung peluk tubuh dengan muncung sedepa. Orang tua cakap, dah boleh buat ampaian kain. Panjang muncungnya. Wein ketawa kecil. Ditarik muncung Taehyung sekilas.

"Mintak kiss ke?"

Usik Wein. Taehyung jeling Wein dan terus bangun. Malas nak berlama disitu. Asyik dia je yang kena. Mana adil!

Wein terkekeh ketawa. Bahagia usik suaminya.

[C] Fluffy Heart ♡KTHWhere stories live. Discover now