n i n e t e e n

2.1K 184 6
                                    


"Saya dah balik!"

Wein buka pintu rumah. Tapi serta-merta dahinya berkerut. Keadaan rumah gelap tanpa sebarang cahaya. Terus otaknya ligat memikirkan Taehyung. Suaminya cukup takut kalau rumah gelap.

"Tae? Awak dimana? Awak ok tak?"

Perlahan-lahan Wein menapak masuk kedalam rumah. Agak sukar untuk bergerak memandangkan keadaan gelap-gelita.

"Wein, saya didapur ni. Tolong saya. Saya takut."

Wein terus bergerak ke dapur laju. Risau akan diri suaminya. Tapi serta-merta tubuhnya kaku bagai digam tapak kakinya dilantai pintu dapur. Keadaan romantik didapur buat dia rasa sukar bernafas.

"Tae? Awak yang sediakan semua ni?"

Wein menyoal. Lilin dengan pelbagai aroma dan bentuk unik menghiasi dapur yang diubah suai. Meja makan diletak ditengah-tengah dapur dan dihidang dengan pelbagai jenis makanan barat seperti chicken chop, spaghetti, pizza dan pelbagai. Ada koktel juga. Dan pasu bunga mawar merah diatas meja. Dan paling mengharukan, bingkai gambar perkahwinan mereka turun diletak bersebelahan pasu bunga mawar.

"Duduk lah dulu sayang."

Taehyung tersenyum dan pimpin tangan isterinya dan dudukkan dikerusi makan. Dia ambil tempat berhadapan dengan Wein.

"Ini langkah pertama saya untuk ubah diri saya. Jujurnya, suami awak ni takut bila bergelap macam ni. Tapi saya kena berkorban demi perubahan saya kan?"

Taehyung hentikan bicaranya dan senyum kekok. Diusap lehernya perlahan. Wein tersenyum. Tak sangka kali ini suaminya serius mahu berubah. Sebenarnya dia tak harap Taehyung berubah. Dia dah cukup selesa dan terima Taehyung seadanya. Cuma kadang geram dengan sikap terlebih manja Taehyung. Tapi jujur, dia terima suaminya seadanya. Namun bila lihat usaha suaminya untuk berubah buat dia rasa terharu yang teramat.

"Dan, jemput makan. Saya buat spaghetti sendiri. Dan yang lain saya order. Awak pun tahu saya bukan tukang masak yang baik. Kalau saya guna dapur, tak tahu letupan sebesar mana saya mampu buat."

Taehyung tergelak pada bicara terakhirnya. Wein ikut tergelak. Memang suaminya teruk dalam hal memasak. Sungguh.

"Hm Tae, saya minta maaf sebab lambat balik. Banyak fail yang saya kena settle."

Wein ambil peluang untuk mohon maaf atas kelewatannya. Patutnya dia pulang petang, tapi sebab banyak kerja, nak taknak terpaksa dia selesaikan dulu.

"Never mind. At least saya mampu sediakan semua benda ni."

Taehyung tersenyum. Wein balas senyuman suaminya. Dia pegang tangan Taehyung yang diletak diatas meja.

"Terima kasih awak. Saya hargai usaha awak ni sangat-sangat and I love You to the moon and never want to go back."

Taehyung ketawa kecil. Dia kembali balas pegangan tangan Wein.

"Then, saya lagi teruk. Sebab I Love You to the sky and go to the heaven terus."

Wein ketawa. Taehyung ikut ketawa. Dia gembira bila lihat isterinya tertawa. Especialy sebab dirinya punca Wein ketawa. Rasanya amatlah menyenangkan. Mereka kembali makan. Tiba-tiba Taehyung bangun dan berdiri belakang Wein.

"Awak nak buat apa ni?"

Wein ingin ikut berdiri tapi pantas Taehyung tahan bahunya supaya kembali duduk.

"I have something to tell you."

Kata Taehyung dengan nada serius. Wein diam untuk beri ruang pada suaminya agar teruskan bicara.

"Wein, I'm pregnant."

Terus Wein tersedak. Benda ni langsung tak masuk akal. Dia pusingkan wajahnya untuk lihat Taehyung. Kelihatan Taehyung menunduk memandang lantai.

"But, how? Macam mana awak boleh pregnant? Awak kan lelaki? Or this is a prank? It's not funny at all Taehyung."

Wein goncangkan bahu suaminya meminta penjelasan. Taehyung angguk mengiyakan.

"It's not a prank. I'm serious. Saya pun terkejut bila dapat tahu. Memang this news tak masuk dek akal langsung kan?"

Taehyung bersuara perlahan. Wein mengerut dahinya. Apa benda ni? Dia pening. Tiba-tiba Taehyung ketawa. Ketawa yang sesungguh-sungguhnya hingga merah muka.

"No. Saya gurau je la. Comel la muka awak tadi."

Taehyung cuit hidung isterinya yang terpinga-pinga. Seronok benar dapat kenakan isterinya.

Buk! Buk!

Satu tumbukan dilayang kedada Taehyung. Makin lama makin laju tempoh tumbukan yang Wein beri.

"Jahat!"

Jerit Wein geram. Taehyung ketawa sambil tahan dadanya dari terus jadi mangsa tumbukan Wein. Namun tak berhasil. Tetap Wein tumbuk dadanya yang hanya dilapisi baju tshirt hitam. Dah hilang cara nak hentikan perbuatan Wein, Taehyung terus peluk isterinya erat. Dibenamkan wajahnya dileher Wein yang lebih rendah darinya. Wein terus terdiam. Dia balas kembali pelukan Taehyung.

"Happy 1st Anniversary for us sayang. I love you."

Bisik Taehyung lembut. Satu ciuman diberi pada telinga isterinya. Dan turun keleher jinjang putih milik Wein.

"I love you too."

Balas Wein perlahan. Dia biarkan Taehyung melayannya. Tiba-tiba tubuhnya diangkat oleh Taehyung. Kemudian dia dibaringkan disofa ruang tamu.

"Tunggu sini."

Taehyung kembali kedapur dan datang semula dengan dua lilin yang berbentuk bunga. Kemudian lilin tadi diletak diatas meja didepan sofa. Taehyung kembali kearah Wein dan berada diatas Wein. Tangan kirinya ditahan supaya tidak menindih tubuh Wein. Wajah Wein ditenung oleh Taehyung. Rambut yang menutupi sebahagian wajah Wein diselitkan dibelakang telinga. Kemudian jarinya menyelit kebelakang kepala Wein. Ikatan rambut isterinya diuraikan. Taehyung tersenyum.

"Cantik."

Bisik Taehyung. Pipi Wein merona merah. Tiba-tiba bibirnya dipagut lembut oleh Taehyung. Wein balas ciuman suaminya. Makin lama ciuman tersebut berubah agresif. Butang baju kemeja satin milik Wein dibuka satu-persatu. Dan malam itu, Taehyung telah lakukan tanggungjawab yang satu itu pada isterinya.

🌸🌸🌸

Jam 12:30am.

Taehyung terjaga. Dia pandang Wein yang meniarap diatas badannya. Tubuh Wein yang terdedah dipandang dengan senyuman. Tak sangka dia dapat jalankan tanggungjawab yang itu pada isterinya. Dia tersenyum bila terimbas kembali cara dia layan Wein.

"Fuh!"

Satu hembusan dilepas. Dia usap rambut Wein yang terurai. Nak kejut ajak tidur dibilik tak sampai hati. Nyenyak sangat Wein tidur diatas badannya. Nak taknak, terpaksa Taehyung bangun perlahan-lahan. Dia tahan belakang tubuh Wein dan alihkan tubuh isterinya perlahan. Boxer dilantai dikutip dan dipakai. Kemudian dia ke bilik tidur mereka. Selimut diambil dan kembali keruang tamu. Badan Wein yang terdedah dibalut dan diangkat untuk dibawa masuk kebilik tidur. Kemudian dia betulkan selimut pada tubuh Wein. Dia renung wajah isterinya dan mainkan jarinya pada wajah Wein. Wein bergerak kecil bila terasa tidurnya diganggu. Taehyung ketawa perlahan. Dia alihkan jarinya dan mencium bibir Wein sekilas.

"I love you."

Bisiknya dan kebilik air untuk membersihkan dirinya. Baru selesa nak tidur semula.

[C] Fluffy Heart ♡KTHWhere stories live. Discover now