"Yey dah boleh balik!"Taehyung bersorak dikatil sebaik sahaja dimaklumkan boleh keluar. Orang dalam wad yang sama dengan Taehyung dah mula pandang aku dan dia.
"Taehyung!"
Aku tampar dada Taehyung perlahan. Aku menunduk tanda meminta maaf pada penghuni wad 335. Dia? Hanya terkekeh ketawa.
"Saya terlalu excited."
Jawabnya dengan sengihan. Aku jeling dia.
"Perlu jerit macam tu?"
Mata aku membulat.
"Wein marah ke?"
Soalnya ringkas. Pipi aku dicucuk beberapa kali. Aku tepis tangannya laju. Sejak dia masuk wad, kerap dia tunjuk perangai annoying dia.
"Ok ok sorry. Saya minta maaf."
Aku buat tak endah. Ah entah! Aku tak ada mood nak layan dia sekarang. Aku sedar emosi aku kerap berubah sejak pregnant.
"Wein."
Aku endahkan panggilan dia.
"Ah Weinnnnn."
Pedulikan dia.
"Kim Wein."
Sila putus asa wahai Taehyung.
Tangan aku terus ditarik oleh Taehyung hingga keseimbangan tubuh aku hilang. Aku jatuh diatas dada Taehyung yang bersandar pada besi katil.
Kedudukan aku berada diantara kakinya. Kaki kiri Taehyung terjuntai pada lantai manakala kaki kanannya memeluk kaki aku.
"Hobi awak ignore saya?"
Bisik Taehyung. Aku buat muka malas.
"Mungkinlah."
Terasa tangan Taehyung beralih pada pinggang aku.
"Hobi baru?"
Soalnya lagi. Aku mengangguk.
"So saya pun ada hobi baru. Hobi minta maaf pada awak sampai awak layan saya."
Ujarnya bersahaja. Ah dia ni lupa agaknya aku dan dia berada dikhalayak ramai.
"Saya minta maaf."
Aku endahkan dia. Ralit aku renung besi katil.
"Saya minta maaf."
Teruskan. Aku tahu kau akan give up dan berhenti.
"Saya minta maaf."
Aku rasa pandangan mata orang tertumpu kearah aku dan Taehyung. Aku pandang sekeliling wad. Ya, tekaan aku tepat.
"Orang pandang."
Ujar aku dingin. Aku cuba leraikan pelukan Taehyung pada pinggang namun gagal. Dia makin eratkan pelukan.
"Then? Kita dah kawin."
Ya ampun. Santainya dia bercakap!
"Taehyung, please. Orang pandang ni."
Rayu aku. Tak ada guna berkasar.
Dia lunjurkan badan ketepi dan menarik tirai yang memisahkan katil sebelahnya. Disebabkan katil Taehyung terletak dihujung yakni bersebelahan tingkap jadi hanya sebelah tirai yang perlu ditarik. Dua katil berhadapan Taehyung kosong.
"Dah tak ada orang pandang kan?"
Soalnya ringkas. Aku merengus.
"Sayang, saya minta maaf ok?"
YOU ARE READING
[C] Fluffy Heart ♡KTH
FanfictionBerkahwin dengan lelaki yang lemah-gemalai dalam kata kasarnya, lelaki lembut memang pilihan Xi Wein. Sebab lelaki itu yang berjaya curi hati keringnya. Tapi, bila sudah berkahwin jadi semak pula bila lelakinya inginkan perhatian 24 jam. Kena marah...