e i g h t e e n

1.8K 198 1
                                    


"So, sekarang awak dengan suami macam mana?"

Jungkook menyoal sambil menyisip air carrot jus yang diorder. Wein senyum.

"Ok je. So awak jadi partner saya untuk presentation kali ni kan?"

Jungkook angguk. Dia dan Wein akan ditugaskan bersama untuk presentation bulan ini. Pengarah syarikat nak sesuatu idea yang unik untuk naikkan jualan syarikat. Jadi mereka sekarang sedang minum bersama dikafe berdekatan syarikat untuk bincang mengenai idea presentation.

"Saya terfikir nak buat iklan dengan watak anime mengenai barang hasilan syarikat. Atau cipta lagu yang berkaitan jualan syarikat then masukkan dalam iklan tadi."

Wein memberi idea yang difikir olehnya hampir semalaman. Jungkook diam. Cuba fikir baik buruk idea yang dilontar oleh Wein.

"Boleh jugak. Saya boleh cipta lagu tu and saya boleh jadi vocal lagu tu jugak. But hal berkaitan grafik macam anime semua saya tak pandai la."

Jungkook ketawa. Wein beri senyuman kecil.

"Hal tu saya boleh uruskan. Sekarang awak sediakan demo lagu dan saya sediakan demo iklan dan watak anime tu. Nanti kita present yang tu je masa meeting."

Jungkook angguk setuju. Mudah benar berurusan dengan Wein. Tak payah serabut nak fikir lebih-lebih. Wein lebih utamakan kemahiran mereka. Jungkook bahagian lagu iklan. Dan Wein, bahagian grafik iklan.

"Kim Wein."

Jungkook dan Wein kalih kearah suara yang menegur. Kelihatan Taehyung berdiri dengan wajah serius. Jungkook bangun dari duduknya dan sua tangan untuk berjabat dengan Taehyung. Namun kelihatannya tidak diendah oleh Taehyung. Perlahan Jungkook turunkan kembali tangannya dan senyum kekok.

"Wein, saya rasa saya patut pergi. Ada hal lain saya nak siapkan di pejabat. Kita jumpa dalam pejabat je nanti. And biar saya bayarkan untuk makan petang kita ni."

Jungkook terus pergi sebaik sahaja berkata. Wein terpinga-pinga mengangguk.

"Kenapa awak buat Jungkook macam tu? Tak sopan betul lah. Tengok, saya dah rasa serba-salah pulak dengan dia."

Wein pandang ketempat lain. Berasap je badan dengan suaminya. Taehyung ambil tempat duduk Jungkook.

"Seronok berbual dengan dia tadi?"

Ringkas soalan yang dituju pada Wein. Wein jeling Taehyung.

"Dah kenapa? Saya cuma berbual pasal kerja je dengan dia. Kebetulan dia jadi partner saya untuk presentation bulan ni. Yang awak nak tunjuk perangai tak sopan tu kenapa?"

Taehyung balas dengan ketawa sinis.

"Perlu keluar minum sama-sama diluar macam ni? Tak boleh bincang dipejabat je? Memang nak rosakkan mood saya ke apa? Saya datang sini nak ambik awak lunch dengan saya tapi ternampak pulak isteri saya bergelak-tawa dengan lelaki lain. Kalau memang niat nak rosakkan mood saya, tahniah awak dah berjaya."

Tenang Taehyung bicara. Tapi Wein tahu dia tengah marah yang teramat.

"Mana saya tahu awak nak datang ambik saya lunch. Kalau saya tahu, saya tak lunch dengan Jungkook. Pasal presentation tu bila-bila masa je saya boleh buat."

Wein menjawab dengan geram. Taehyung serabutkan rambut hitam pekatnya dan tongkatkan tangan dimeja. Wajah serius ditayang.

"Tak tahu? Saya rasa awak dah seen mesej saya tadi. Asal? Mamat tu ada pegang fon awak ke tadi? Seen mesej saya dan terus ajak awak lunch di kafe ni. Sengaja nak menyemakkan pandangan saya. Macam tu?"

Wein kerutkan dahi. Bila masa pulak dia tengok mesej Taehyung? Lagipun tak ada siapa yang sentuh fon dia dari pagi tadi. Macam mana boleh seen mesej Taehyung kan?

"Mana ada saya tengok mesej awak. Memang tak ada pun mesej dari awak. Dan, jangan tuduh orang yang tak terlibat dalam hal kita boleh tak Tae?"

Taehyung urut dahinya perlahan. Matanya dipejam rapat. Memang dia mudah cemburu. Dia keluarkan telefon dari poket seluarnya dan mesej dia dan Wein dibuka.

"Tengok sendiri. Tak seen lagi?"

Wein pandang skrin telefon Taehyung yang ditayang depan wajahnya.

To:Kim Wein 💜

Sayang, harini lunch dengan saya. Pukul 1:30 nanti saya ambik awak di office. Love you ✌💕 √√

"Ta-tapi sungguh la saya tak baca pun mesej awak. Harini saya busy sangat-sangat."

Wein satukan tangannya dan letakkan dibawah dagu meminta agar Taehyung mempercayainya. Tapi tak lama tu, riak muka Wein berubah. Ok dia dah ingat.

Flashback

"Wein, cepatlah. Meeting nak mula dah ni. Pengarah dah masuk dulu dalam bilik meeting."

Akak ofis yang aku rapat, Nayoung menunggu aku didepan meja kerja bahagian aku. Kelam-kabut aku kemas segala fail.

Bip!

Bunyi mesej masuk ganggu kerja aku. Aku cuma buka mesej tanpa membacanya kemudian aku off telefon aku. Selesai, aku dan akak Nayoung terkocoh-kocoh kebilik meeting.

Flashback End

"Taehyung, sorry saya lupa nak baca tadi sebab saya dah lambat masuk meeting. Pengarah dah tunggu didalam. Memang saya seen mesej awak tapi saya tak baca pun mesej tu. Sebab tu saya taktau awak ada send mesej."

Wein garu kepalanya yang tak gatal. Beriya marah suaminya hingga tak sedar semuanya bermula dari diri sendiri. Tapi apa boleh buat, kesibukan dia tak boleh dielak.

"Serius ni? Tak tipu saya?"

Taehyung menyoal dengan riak curiga. Laju Wein angguk. Terus Taehyung bangun.

"Ok dimaafkan. But jangan rapat sangat dengan mamat tu."

Ujar Taehyung. Dia dekatkan wajahnya dengan Wein yang masih duduk dikerusi.

"Sebab saya mudah jeles. And I'm pretty sure you know that."

Taehyung bisik ditelinga Wein. Dia gosok rambut isterinya dan kembali tegakkan badannya.

"Dah, pergi masuk office balik. Petang ni kita jumpa dirumah. Love you."

Sempat Taehyung beri flying kiss pada isterinya dan satu kenyitan mata sebelum keluar dari kafe. Wein tergelak. Itu suaminya, Kim Taehyung. Kadang manja mengalahkan perempuan dan kadang hot mengalahkan lelaki lain. Dan Wein mengaku suaminya lebih hot bila cemburu.

[C] Fluffy Heart ♡KTHWhere stories live. Discover now