Aku bahagia sangat-sangat kerana aku baru sahaja pulang dari membeli barang untuk majlis perkahwinan aku. Opss lupa nak kenalkan.
Aku Aira Nadia. Hidup aku simple je. Aku ada Ibu , Ayah, kakak dan abang. Tapi.. Aku Dah tunang. Aku bukan lagi single. Dah nak kahwin dah pun.. Exsitednya. Keluarga aku tak ada la kaya sangat sederhana je.. Abang aku Pilot. Kakak aku? Entah dia kerja...kut..... Aku tengah belajar. Gedik nak kahwin kan ? Ada aku kesah. Janji bahagia.
Tunang aku? Syed Zafran Airil... Keturunan orang berada.. Dah lama aku kenal dengan dia. Lama sangat. Dan dia adalah cinta pertama aku. Jarak Umur kami 4 tahun je. Sekarang umur dia. 25 tahun. Aku? Of course la 21. Dia pewaris Zandra's Holding. Dia anak tunggal.
Hari tu tah dimana busynya sampai tak sempat nak teman aku so aku pun ajak la cousin aku cari barang kahwin.
Sampai je kat rumah terperanjat aku melihat tetamu di ruang tamu rumah. Bakal mak mertua datang? Apasal?
Dengan senyuman manis aku melangkah kearah mereka. Tapi aku lagi terkejut dengan reaksi mereka.
Ibu mercerlung mata memeandang kearah aku. Abah pun sama. Tunang aku si Zafran juga. Aku tertanya apa salah aku?
Tangan bakal mak mertua aku salam. Tapi hairannya disambut gitu-gitu je.
Baru sahaja aku nak melabuhkan diduduk zafran bersuara.
"Kau pergi mana?"
Allah. Apa ni? Aku kau? Mana zafran yang aku kenal?
"Apa ni zaf? Aira pergi cari barang kahwin la" kata aku. Aku kurang senang dengan panggilannya.
Bamm!!!
Hentakkan dimeja itu mengejutkan aku.
"Kau pergi mana Aira Nadia!?" lantang suara Zafran. Ibu dan Abah hanya menunduk dia tidak nampak kah? Anaknya ditengking?.
"Saya pergi bel....." belum sempat aku bersuara abah sudah menghadiahkan sesuatu kepada aku.
Pang!!
Allah.
Tamparan? iya itu yang aku dapat.
Aku terduduk
"Abah" tanpa disedari air mata ku menitis perlahan
"Apa salah Aira?!" laungku. Abah masih lagi mencerlung memandangku.
Masing-masing diam tidak bersuara
"Apa salah Aira abang" sambungku lagi. Aku bertanya kepada abangku yang duduk ditepiku. Kakinya aku pegang.
"Apa kau dah buat Aira?" sayu suara bang bertanya.
Kenapa semua orang bertanya kepada aku sesuatu yang aku tak tahu! Apa yang sudah aku lakukan?
"Semua tanya Aira apa yang Aira buat.! Aira buat apa Aira tak tahu tolonglah jelaskan!!!" kataku.
Zafran menghampiri aku. Lengan ku yang berlapik dipegangnya kemas. Sakit! Aku meronta untuk dilepaskan tapi tidak diperdulikan.
"Apa ni Zaf?! Sakit lahh" bentak ku dalam tangisan.
"Ni apa ni Aira. Kau jijik Aira jijik!!! Perempuan kotor!!" tempik Zafram ditelinga ku. Aku nampak sepucuk sampuk ditangannya. Dengan kasar Zafran melemparkan kertas itu dimuka ku. .
Terkedu!
Tergamam!
Gambar-gambar yang berteraburan itu mengejutkan aku.
Akukah itu?
Aku terduduk mengutip gambar yang sudah hampir renyuk itu.
Mulut kutekup kemas.
Bukan aku..
Gambar berpelukan diatas katil bersama..
Siapa tu?Allah dugaan apa ni?
Aku berpaling kebelakang melihat muka-muka yang aku sayangi.
Muka ibu dan ayah yang pandang aku dengan kebencian. Muka abang yang pandang aku dengan pandangan yang sama. Muka Kakak yang pandang aku dengan pandangan yang aku sendiri tidak dapat tafsirkan. Muka bakal mentua aku yang pandang aku dengan jijik? Allah.
Dan aku pandang muka Zafran yang kosong tanpa CINTA.
Karya kedua saya......
Karya pertama saya...My Sweet Tengku💕
Support me...👐
YOU ARE READING
Cinta Aira ⓒ
Romancecinta? huh? kerana cinta aku terluka Kerana cinta aku hilang keluarga. Kerana cinta aku difitnah Kerana cinta aku dibuang seperti sampah dan Kerana cinta juga aku merana. Aku kini bukan yang dulu yang lemah dan yang mudah diperbodohkan. Hanya ker...