" pergi dengan Bie je la kerja" kata Danial semasa sedang memakai kasut
"Tak nak. Kan Bie balik lambat hari ni. Malas la nak tunggu"
"Sayang dah lewat ni. Awak naik kereta tu macam nak tak nak je kereta tu bergerak." usik Danial.
Aku naik biasa je 100km/j atas highway dia kata lambat. Whatever la husband!
"Bie!" laungku kepadanya. Geram!
"What betul la. Kalau siput jalan tepi pun boleh pintas kereta awak"
"Melampau la dia ni"
"Sayang cakap nak cepatkan. Kata tak sabar nak jumpa bos la apa la" dia berdiri didepan aku menanti untuk aku memakai highheels.
"Iya lah. Dah membebel jom" lengannya aku peluk. Kami melangkah kearah BMW milinya.
Sebenarnya banyak je kereta dia. Tapi kereta ni juga yang dia pilih. But okey la daripada dia pilih nak naik superbike. Mampus aku!
"Mana ada membebel" kata Danial. Pintu sebelah pemandu dia buka sebelum menolak ku masuk.
"Ada!" sambungku setelah dia masuk kedalam kereta.
"Tak"
"Ada!"
"Tak"
"Ad...." aku terhenti apabila sesuatu menhalang dibibirku.
Cup!
"Bie!!!!!" jeritku kuat. Danial sudah tergelak kuat. Lengannya aku pukul.
"What!" katanya dengan sisa ketawa masih ada. Pipiku dicubit perlahan.
"Suka ambil kesempatan kan?" rajuk ku. Badan aku peluk sebelum menutup mata pura-pura tidur!
"Mana ada. Dah rezeki. Mulut tu tak duduk diam tahu tak." kata Danial. Aku hanya mendiamkan diri. Namun aku merasakan tangan kanan ku digengam erat olehnya dan dicium perlahan. Tuhan jaga Cinta ini!
*********
Flashback (7 tahun sebelumnya)
Keluar sahaja dari rumah itu aku menangis teresak-esak. Aku hilang segalanya. Hanya kerana CINTA.
Aku tahu tanggapanku kepada kakak, dia menaruh harapan kepada bakal suami aku. Syed Zafran Airil!
Biarlah, aku aku reda mugkin pengakhiran kisah hidup aku. Aku lelah. Tidak ada kah sekelumit rasa inginkan penjelasan dari aku?
Aku juga tidak tahu sudah sejauh mana kaki ini melangkah, dengan hujan lebat, petir yang bersambung. Tiada satu pun kenderaan dijalan ini.
Sampai di satu kawasan kepala aku sudah penat menangung beban. Terlalu sarat dengan masalah. Mata aku sudah kabur dari pandangan, aku lihat ada lampu yang menyala dihadapan aku. Tapi aku tak mampu mengelakkan diri. Kaki aku tiba-tiba kaku. Sebelum aku merasakan sesuatu yang membuatkan tubuh kecil ku melayang.!!!
Aku Dilanggar! Aku tak mampu memanggil pemilik kereta yang melanggar aku. Aku tak berdaya. Pemilik itu meninggalkan aku sendirian dengan darah yang mengalir laju. Tuhan andai ini pengakhiran hidup aku. Aku reda!
********
(Masih flashback) ......saya akn buat untuk Flashback mungkin 1-2 chapter. Anggap je Aira sedang mengelamun dalam kereta tu😉Buka sahaja mata aku melihat sekeliling. Tempat ini! Hospital!
"Awak dah sedar? Syukur Alhamdulillah." kata satu suara yang baru memasuki bilik aku. Cantik!
"Saya dekat mana?.auchh!" aku mengaduh kesakitan setelah berusaha untuk bangun dari situ.
"Awak dekat hospital" kata suara itu.
"Mak cik siapa?" tanya ku hairan. Aku mencari kelibat keluargaku namun hampa.
"Saya Datin Raysidah. Panggil mummy je. Err maaf saya tak tahu tentang diri awak" mungkin kerana peristiwa tu. Aku tinggalkan segalanya.
"Dah berapa lama saya tidur" tanya ku setelah menyandar dengan selesa dikepala katil.
"3 bulan, awak bukan tidur sayang, awak koma. Dan sekarang kita bukan dekat Malaysia,"
"Koma? Abis tu kita dekat mana?" lama nya aku koma.
"Singapore" Kata Mummy perlahan kepala aku digosoknya. Aku tertunduk. Aku rindu Ibu! Aku rindu belaian dia.
Iya singapore. Itu lah tempat aku selama 7 tahun ni.
"Hey kenapa nangis?" mukaku ditarik supaya menghadapnya. Aku tidak mampu menahan tangisan lagi. Aku teresak-esak dibahunya. Dia hanya membiarkan aku menangis.
"Kenapa sayang? Cerita kat mummy,?" mendengar sahaja panggilan itu membuatkan aku terharu.
Beberapa minit aku menangis, muka ku kesat kasar. Aku menceritakan semua yang berlaku kepadaku. Dia hanya setia mendengar.
"Nadia, semua benda ada ihkmatnya. Sayang. Dia tak akan uji Umatnya diluar kemampuan mereka. Mummy percaya awak kuat untuk hadapi semua ni."
Disitu la bermulanya hidup aku sebagai Nadia bukan Aira.
Aku lebih terkejut apabila dia menyatakan bahawa pada malam aku dilanggar lari. Dia yang menyelamatkan aku.
Datin Rasyidah berasal dari Singapore. Mesti pelik bagaimana dia berada di Malaysia. Dia menghadiri mesyuarat disana. Selepas menghantarku HKL namun kecederaan parah yang aku alami terpaksa mendapat rawatan di singapura disebab itulah dia memindahkan aku kesini. Dia juga menjumpai aku dalam keadaan sehelai sepinggan tanpa pengenalan diri. Aku terhutang nyawa kepadanya.
Datin Rasyidah merupakan usahawan wanita yang berjaya. Dia lah yang mengambil alih tugas suaminya. Selepas suaminya meninggal. Dia mempunyai 2 orang anak. Danial Raiz dan Danish Raziq.
Aku tak sangka masih ada yang sanggup mempercayai aku. Hari tu juga aku bertekad untuk melupakan Malaysia. Dan semua kenangan disitu. Aku dengan kehidupan baru ku Disini. Menjadi anak kepada Datin Rasyidah.
Vote💕
Comment❤
Aila💅

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Aira ⓒ
Romansacinta? huh? kerana cinta aku terluka Kerana cinta aku hilang keluarga. Kerana cinta aku difitnah Kerana cinta aku dibuang seperti sampah dan Kerana cinta juga aku merana. Aku kini bukan yang dulu yang lemah dan yang mudah diperbodohkan. Hanya ker...