Bab 14

14.4K 577 2
                                    

"Aira kau okey tak ni?" tanya Fina

"Aku okey je Fin," kataku .

Aku tinggal bersama Fina, kawan ku 7 tahun lepas. Iya aku membuat keputusan untuk balik ketahan air aku sendiri. Malaysia.

Aku tinggal bersama Fina dikampungnya, memandangkan kedua orang tua Fina sudah meninggal jadi aku akan menjadi temannya. Fina dulu berkerja di kuala Lumpur namun setelah ibunya meninggal dia kembali tinggal di kampung.Jarak rumah Fina kebandar lebih kurang 2 jam.

Fina rapat dengan keluargaku. Dia turut mengenali Alia.

Rindu. Tipulah kalau aku kata tak rindu. Aku rindu Mummy. Aku rindu Danial! Sebulan peristiwa tu berlalu. Aku tak tahu untuk melupakan mereka tudak semudah aku melupakan Zafran 7 tahun lepas. Aku turut keliru.

Baby adalah kekuatan aku sekarang. Sudah tiga Bulan. Dan aku merindui belaian Danial.

Laut yang terbentang luas aku pandang. Rumah Fina dekat dengan Laut. Aku suka dengan pemandangan ini. Tenang!

"Aira aku ada benda nak cakap" kata Fina

Aku memandang kearahnya. Tudung yang bertiup aku betulkan.

"Apa?" senyuman kecil aku hadiahkan kepadanya.

"Zafran call tadi" Fina menghentikan kata-katanya. Aku tahu Fina selalu berhubung dengan Zafran. Malah Zafran sering datang kesini. Tapi aku pesan kepadanya agar merahsiakan keberadaanku.

"Straight to the point please Afina"  kataku tegas. Fina tersenyum senget.

"Keadaan Alia semakin teruk lepas excident. Dia cedera parah dan untuk selamat kemungkinan tipis. Dia nak jumpa kau. Nak minta maaf dengan kau. Tak tenang dia macam tu Aira"

Aku hanya diam tanpa reaksi.

"Aira. Dosa dengan manusia hanya akan diampunkan sesama mereka. Kau faham kan maksud aku?" aku hanya mengangguk tenang.

"Pagi esok kau suruh Zafran datang ambik aku. Kau teman aku sekali" selesau berkata aku terus bangun menyelusuri pantai.

Baby hidup dengan Mama ye sayang. Kuat demi Mama.

Tanpa disedari air mata menitis lagi. Fina yang melihat reaksi Aira hanya tersenyum nipis. Dia kenal Aira Nadia!

Akhirnya selepas seminggu Aira membuat keputusan yang baik.

*****************

"Danial suka dengan rumah ni?" tanya Datin Rasyidah setelah mereka memasuki villa Idaman. Sebuah banglo dua tinggkat.

Iya mereka membuat keputusan untuk berpindah ke Malaysia memandangkan Syarikat diMalaysia sudah dibesarkan.

Ia juga melibatkan Aira Nadia. Setelah mengetahui keberadaan gadis itu. Mereka ambil keputusan untuk pindah tinggalkan Singapura. Danial hanya memandang Nadia dari jauh. Hubungan Danial dengan Ibu mentuanya juga baik malah lebih rapat .

Lebih-lebih lagi setelah Alia kemalangan seminggu lalu. Mereka selalu melawat gadis itu timbul rasa kasihan.

"Suka My..kalau Aira tahu mesti suka dengan laman rumah yang luas." Aira! Iya dia menggunakan nama panggilan tu. Ia nampak lebih manis!

"Sabar Nial" bahu anaknya ditepuk perlahan.

"Dah kemas barang sana!" gesa Datin Rasyidah.

Danial hanya menurut. Baby Papa rindu!

***************

Masuk sahaja keperkarangan hospital lebih kurang jam 1.30 petang Aku, zafran dan Fina melangkah masuk kedalam lift.

Dalam hati tiada siapa yang tahu debarnya. Muka selamba masih aku tayangkan.

Sampai sahaja dibilik Alia aku melihat sudah ramai tetamu yang datang. Ibu, ayah. Mummy dan Danial?

"Aira" ibu memanggilku. Namun aku abaikan.

Aku melangkah kearah Mummy. Tapi perlu melalui Danial. Aku hanya berwajah selamba. Tangan Mummy aku kucup hormat sebelum berlaga pipi dengannya. Satu-satunya orang yang mempercayai dan menyokong aku.

"Mummy sihat?" tanyaku selepas melepaskan pelukan. Aku tahu mata Danial meneliti aku. Namun aku biarkan.

Aku nampak wajah sedih Ibu bila aku memilih untuk menyapa Mummy.

Aku tahu Alia diperiksa oleh doktor sebab itulah mereka terpaksa menunggu diluar bilik.

Apabila doktor keluar Zafran membuka pintu memberi laluan kepada ku. Tanpa kata aku hanya masuk kedalam. Mereka yang lain mengikut dari belakang.

Aku kesian melihat keadaan Alia yang penuh dengan wayar berselirat dibadannya.

Tangannya aku sentuh. Kakak yang dulu susah senang bersama.

"Aira maafkan semua kesalahan Kakak" ucapku rapat ditelingannya. Lepas itu aku melihat mesin itu terhenti dengan Nafas Alia semakin laju.

Tangannya aku lepaskan. Aku pantas berjalan keluar dari wad itu. Nafas kuhela perlahan. Aku tahu itulah pengakhiran Alia Aulia.

"Airaa.." panggil satu suara yang sudah lama hilang dari mindaku. Ibu!

Cinta Aira ⓒWhere stories live. Discover now