Bab 16

14.1K 569 5
                                    

Aku terasa ada sesuatu menghimpitku. Mataku buka perlahan. Aku pandang kekanan. Terkejut melihat muka polos Danial yang sedang nyenyak tidur. Jam didinding ku pandang. 3.00 pagi!.

Tangannya memeluk perutku. Kakinya disilangkan dengan kakiku.

Aku hairan macam mana dia boleh masuk kedalam bilik ini sedangkan semalam aku sudah menguncinya. Aku pasti ini pasti kerja Ibu!

Aku menatap wajah itu. Bermula dimata. Turun kehidung mancungnya. Muka yang bersih tanpa jerawat. Muka itu aku tatap lama. Rindu!

"Bie tahu Bie hensem, jangan la pandang macam tu!" aku terkaku mendengar suara garau Danial. Entah bila dia sedar. Namun matanya masih lagi terpejam.

Tangannya segara aku tepis namun semakin erat dia memeluk ku.

"Lepas lah" kakiku menendang tapi makin erat dipeluknya.

"No..please dengan cakap Bie dulu" kata Danial. Matanya masih lagi dipejam.

Aku mengeluh perlahan.

"Bie tahu Bie salah. Bie silap! Bie percayakan orang lain berbanding isteri Bie sendiri. Bie hina sayang. Bie sayang. Bie tahu!. Tolong maafkan Bie, Bie tak sanggup hilang sayang" Danial berhenti seketika. Dia bangun dari perbaringannya. Siku ditongkatkan. Dia memandang aku.

Air mata yang bertakung aku tahan. Muka aku palingkan kesebelah. Enggan memandang kearahnya.

"Sayang tahu tak. Bila sayang pergi, Bie rasa kosong. Bie hilang segalanya. Bie bukan hilang sayang. Tapi Bie hilang cinta hati kita. Sayang tahu tak perasaan Bie bila tahu sayang Pregnant? Bie rasa bodoh sebab biarkan sayang keluar dari rumah tu. Bie tak dengar penjelasan sayang." nafas Danial hela seketika. Dia memegang daguku membuatkan aku berpaling kearahnya. Air mata yang mengalir aku biarkan.

Danial meletakkan dahinya rapat kedahiku. Mata kupejam. Rapat. Aku tiada kekuatan untuk menolak.

"Maafkan Bie!" bisik Danial aku merasakan ada air yang menitis diatas mataku. Aku tahu Danial menangis.

Tanpa aku sedari tangan ku naik memeluk belakangnya. Muka kusandar kebahunya. Teresak-esak aku menangis. Danial hanya menepul bahuku. Aku tahu dia juga sedih.

"Maafkan Bie sayang! Maafkan Papa sayang" rayu Danial apabila aku melepaskan pelukan. Perutku diusapnya.

Aku memandang lama mukanya. Dia turut memandangku. Senyuman tipis aku berikan. Berdepan dengan Danial aku tak mampu berkeras. Dia segalanya bagi aku.

Tanpa sepatah kata aku menarik selimut rapat kedada. Aku berpaling membelakangi Danial. Mata kupejam rapat. Aku keliru!

Aku sempat mendengar Danial mengeluh sebelum turut berbaring diisebelahku.

Maafkan saya Danial!



Sis keliru!!😭

Tak tahu hala tuju lepas SPM😌

CONFIUS😭

Cinta Aira ⓒWhere stories live. Discover now