Bab 1

13.3K 690 50
                                    

"Aira tak buat semua tu ibu" aku berlari menghampiri Ibu.

Aku tak kesah pandangan orang lain. Aku tak kesah pandangan tunang aku.

Tapi aku cuma nak Ibu aku.

"aku haramkan setiap susu yang mengalir dalam badan kau"

Dushh!

Bagai disimbah minyak panas diatas luka aku sendiri. Aku tergamam

Inikah Ibu yang mangandungkan aku?

Inikah Ibu yang mengenali anaknya?

Aku buntu. Aku hilang kekuatan. Aku kaku.

"Ibuu, Aira tak buat kerja tu Ibu, Aira tak buat!!" aku meraung didepan ibu kaki itu aku peluk kejap.

"Ibu kakak ada dengan Aira selama Zafran outstation, kakak tolong Aira kak,!" aku merangkak dengan esak tangis didepan kakak aku, Alia Auni.

"Apa adik merepek ni? Kan seminggu kakak ada shoot modelling?" kata kakak aku perlahan

Allah. Sejak bila dia jadi model. Apa semua ni?

"Kakak! Kakak tipu selama ni kakak dengan adik! Kakak sendiri kata tak ank balik rumah sebab kawan kakak sakit"

"Tak memang akak ada shoot. Kalau tak percaya tanya dengan Pa akak" nafi kakak aku

"Tipu!" laungku. Aku merangkak kenbali kearah ibu. Aku tiada kekuatan lutut ku longgar untuk kenyataan ini.

"Ibu Aira tak buat Bu" rayu ju lagi. Aku mengangkat muka ku memandang ibu namun hanya pandangan yang penuh kebencian yang menyapa mataku

"Bangun Aira" kata Ibu perlahan . Lenganku dicengkam kuat. Aku tak peduli kerana sakit dihati lebih lagi kurasai.

"Tak nak" kepala kugeleng berkali-kali. Dengan air mata yang sudah mengaburi pandanganku. Dengan esak tangis yang semakin kuat. Aku tak peduli. Zafran yang dari tadi berdiri berjalan sambil memegang kepala.

Aku tahu dia juga sukar untuk menerima semua ini. Ingin aku laungkan pada semua. Ini bukan salah aku. Aku difitnah. Tapi kenapa kakak tidak membela aku. Apa semua ni?

"Bangun aku kata!!" tempik ibu. Lengan ku diseret dengan kasar sepaya bangun. Aku tahu ibu makin membenci aku

Pang!!..

Sakit? Perit? Ditampar? Semua tu tidak melebihi hati aku yang sudah penuh dengan semua drama ini.

Saat ini aku cuma inginkan satu sahaja.

KEPERCAYAAN

Tapi ia sudah hilang. Kosong

"Aku tak ajar anak aku jadi jalang macam ni. Ooo lepas dah kantoi kau tuduh kakak kau yang tak tahu apa-apa. Hebat kau Aira hebat" kata Ibu sinis.

"Betul bu kakak ada dengan Aira seminggu ni."

"Tak bu" sampuk Alia.

Aku hilang sabar.  Aku menghampiri kakak aku aku pegang erat kolar bajunya

"Kenapa akak buat Aira macam ni!!! Apa salah Aira!!" lehernya aku cekik. Aku geram. Kenapa dia fitnah aku!!

"Aira!"

Pang!!!

Berdesing telinga aku. Mata aku sudah kabur penuh dengan air mata.

Zafran!  Tamparan ketiga dari Zafran!

Zafran tergamam mungkin tidak menyangka dia akan menampar aku.

Aku rasa ada sesuatu mengalir di bibir aku. Aku sentuh perlahan. Darah!

Aku tersenyum sinis kepada Zafran

Aku penat! Sungguh!

Aku mengerling kearah Alia. Dia sudah teresak-esak menangis. Ibu memeluknya. Abah mengerling tajam kepada ku.

"Aira Nadia! Mulai harini. Aku haramkan kau guna nama aku berbintikan kau. Aku haramkan kau jejak kaki dalam rumah nih..kau bukan lagi anak aku!!" tengking Abah dimukaku.

Abang sudah tergamam mendengar ucapan abah. Bahu abah digosok perlahan.

Aku melorot jatuh.

Tak. Aku kena kuat. Aku bangun perlahan.
Mata-mata yang suatu ketika dulu membri bahagia kepadaku aku tatap. Satu per satu.

Air mata degil tidak berhenti sedari tadi. Aku bodoh kerana percayakan Kakak. Layak ke dia aku Panggil KAKAK

"Aira Nadia. Mulai saat ni kau bukan lagi tunang aku. Kau perempuan murah tak layak berdamping dengan aku. Dan aku akan kahwin dengan Alia Aulia" segaris senyuman tak dapat aku tafsir dibibir Alia. Apa semua ni?

"Zaf! Dengar dulu penjelasan Aira. Jangan tuduh melulu Zaf!" kata Bakal mak memtua aku. Datin Mariam. Dia baik sangat dengan aku.

Bakal mentua aku hanya senyap dari tadi baru menyampuk. Mungkin memberi masa kepada kami.

"Dah tak ada penjelasan mummy" kata Zafran membuat aku tersenyum sinis.

Ni ke cinta selama ni. Bodoh!

"Kau keluar dari rumah aku keluar!!! Kau bukan anak aku lagi aku haramkan kau panggil aku Ibu.bahi aku kau dah mati!!!" jerit ibu sebelum dia menonog kearah aku lengan ku dicengkam sekali lagi. Sakit!
Ibu mengheretku.

"Lepas lah ibu!" bentak ku. Aku hilang sabar mana maruah aku. Aku penat merayu. Aku penat.

"Terima kasih untuk secebis bahagia yang diberikan kepada Aira. Izinkan saya panggil ibu untuk kali terakhir" Air mata aku sapu kasar. Sabar Aira untuk kali terakhir.

"Sumpah Aira tak buat semua tu. Seminggu Aira ada dengan Kakak. Kemana pun dengan dia. Sumpah! Aira janji Abah mulai harini. Saya akan melupakan yang saya pernah ada keluarga. Daya oernah ada tunang. Dan saya harap saya dah tak jumpa dengan korang, kalau jumpa, satu je saya harap jasad saya dah terbaring kaku. Saya dah mati!  Zafran. Ni ke harga cinta awak yang perlu saya balas?  Alia ni ke harga cinta seorang adik untuk kakak dia. Terima kasih. Untuk kenangan terindah ni.!" ucapku sebelum ibu yang terkaku aku hampiri tangannya aku cium dengan sayang.

Aku hampiri ayah. Aku buat benda yang sama. Bakal mentua tak jadi aku salam.

"Mummy maafkan Aira" pipi itu aku kucup perlahan. Air mata jatuh lagi.

Aku melangkah kearah pintu. Sehelai sepinggan! Aku berpaling berlahan

"Zafran moga bahagia"

Itu lah ayat terakhir aku dirumah itu.

Dan bermulalah kisah seorang

Aira Nadia.

Menjadi yatim piatu sebelum masanya.

Cinta Aira ⓒWhere stories live. Discover now