"Yeahh seronoknya dah habis pantang" jerit Aira dengan teruja. Tangan didepakan ditengah-tengah laman rumahnya.
"Apa yang seronok sangat tu sayang? Tengok Ikmal ni terkelip-kelip tengok Mama dia macam tak cukup sifat ni" sindir Danial yang datang entah dari mana. Dengan Ikmal didalam dukungannya.
"Bie! Sampai hati kata tak cukup sifat" marah Aira. Pipi Danial dicubit geram. Pipi Ikmal dihadiahkan ciuman. Tersengih anak kecil yang berusia 2 bulan itu.
"Mana aci sayang! Ikmal dapat kiss" Rengek Danial.
"So?pandan muka Bie. Dah jom Ikmal kita pergi rumah nenek!" jerit Aira teruja. Danial menggeleng kepala dengan karenah isterinya. Ikmal didalam dukungan Danial diambilnya.
Kebahagiaannya. Hadir Ikmal dalam keluarga mereka mengeratkan lagi hubungannya bersama Aira.
Sikap tolak ansur sentiasa wujud dalam hubungan mereka. Adakalanya ketika Aira penat berjaga malam menidurkan anaknya. Maka dia akan mengambil alih.
Siapa sangka diawal perkahwinan mereka tiada langsung cinta antara mereka. Namun takdir menentukan segalanya.
Dia memiliki cinta Aira. Gadis yang dulu sudah hilang kepercayaan kepada lelaki.
Demi Aira dia sanggup melakukan segalanya.
"Bie cepat lah!" laung Aira diluar rumah. Entah apa yang dimenungkan Danial dari tadi.
Danial melangkah dengan sengihan kearah isteri dan anaknya. Hidung Aira dicuit geram.
"Bising je dia ni"
"Dia yang lambat. Kan Ikmal?" sindir Aira. Danial tergelak kecil sedar akan kesalahannya.
"Dah jom masuk." pintu kereta dibuka.
Hanya Deruman kereta yang kedengaran dirumah banglo mewah itu.
"Haaa sampai pun. Lama kitaorang tunggu"
"Abang Harith!!!" jerit Aira. Dipeluk lelaki itu erat.
Danial yang baru melangkah masuk bersama Ikmal terganga kecil. Lelaki mana pulak ni!
Belum pernah dia mengenali lelaki itu. Setahunya Aira hanya mempunyai 3 adik beradik, Abang Furqan dan arwah kakaknya.
"Rindunya nga abang"
"Abang pun rindu dengan Aira. Dekat 10 tahun tak jumpa"
"Ehem" teguran Danial mengejutkan Aira.
"Ehh Bie," Aira beralih kesisi Danial. Ikmal dalam dukungan Danial diambil.
"Anak Aira?" tanya Harith. Aira menganguk sambil tersenyum. Ikmal bertukar tangan.
Danial yang melihat sudah tidak tertahan segera langkah diatur kearah sofa. Dibiarkan Aira bersama Abang Harithnya.
Dia berbual dengan Furqan. Sesekali matanya dikerling kearah Aira yang bermesra dengan Harith dan Ikmal . Dia hanya menahan rasa.
"Danial dorang tu memang rapat." kata Furqan yang melihat muka Danial.
"Tak kan sampai peluk bang" furqan yang mendengar tersenyum.
"Dia tak kenalkan ke siapa Harith tu?" Danial menggeleng lemah.
"Aira-aira" geli hati dengan sikap adiknya.
"Tak pe la bang saya naik atas dulu la. Nak rehat" langkah diatur ketingkat atas. Suara Aira yang ketawa dibiarkan.
"Aira!" laung Furqan.
"Apa?" tanya Aira setelah menghampiri Furqan.
"Kenapa buat Danial macam tu?"
"Saje je nak kenakan dia" tersengih Aira menayangkan gigi putihnyan
"Dia merajuk nuh. Pergi pujuk tak baik buat suami macam tu" kata Furqan.
"Kejap lagi la bang" dalih Aira. Sengaja!
"Aira!"
"Yelah bang!!" kata Aira bahu abangnya ditepuk perlahan.
Buka sahaja pintu bilik dilihat katil kosong. Dipandang sekeliling. Baru tahu Danial ada dibalkoni.
Dia menghampiri suaminya.
"Buat apa naik. Bukan busy dengan ABANG HARITH tu?" sengaja ditekan. Aira dibelakangnya tersenyum. Cemburu!
Belakang Danial dipeluk erat. Danial hanya diam.
"Jeles ke bang?" tanya Aira lembut.
"Mana ada jeles suka tengok Wife peluk dengan lelaki lain" kata Danial tegas. Aira mengeluh kecil. Salah timing!
"Bie sini!" tangan Danial ditarik duduk diatas buaian dibalkoni. Danial menurut namum mukanya dipaling dari memandang wajah Aira.
"Abang Harith tu...."
"Ex Boyfriend Aira ke?" Danial memotong percakapan Aira.
"Dengar la dulu" pipi Danial ditarik.
"Abang Harith tu sepupu Aira merangkap anak susuan Ibu. Kira kami ni adok beradik susuan. Dia macam abang Aira dah Bie. Lama tahu tak jumpa dia. Dia kerja dekat Australia. Jarang balik sini. Lagipun. Dia dah kahwin tau. Tak mau la jeles-jeles, malu dengan Ikmal" Aira ketawa kecil.
"Kenapa tak cakap awal²?" pipi Aira dicubit.
"Sakitlah! Dah Bie tak tanya" tangan Danial ditepis.
"Mana Bie tahu!" bentak Danial. Tangan dilingkarkan kepinggang isterinya. Aira melabuhkan kepala ke dada Danial.
"Jangan Risau la Cinta Aira Nadia hanya untuk Danial Raiz" pipi Danial dikucup perlahan.
Danial tersenyum kecil.
"I Love You!" bisik Danial.
"I love You To Bie" mereka tersenyum Bahagia.
Ending❤
Thanks for Your support😘
YOU ARE READING
Cinta Aira ⓒ
Romancecinta? huh? kerana cinta aku terluka Kerana cinta aku hilang keluarga. Kerana cinta aku difitnah Kerana cinta aku dibuang seperti sampah dan Kerana cinta juga aku merana. Aku kini bukan yang dulu yang lemah dan yang mudah diperbodohkan. Hanya ker...