"Tsh tsh tsh, anak terbuang. Kaya dah sekarang, kesian kan kau?" aku terkejut dengan satu suara didalam tandas itu.
Hari ini merupakan hujung minggu. Danial mengajak aku keluar berjalan ke shopping Complex. Lepas makan aku meminta diri untuk ke tandas. Tapi suara itu mengejutkan aku. Alia Aulia! Kakak aku suatu ketika dahulu.! Apa yang dia biat di singapura ni!
Aku menghiraukannya. Tangan kubasuh sebelum melangkah melintasinya namun ditegahnya. Bahu ku ditolak rapat kedinding. Sakit! Mataku mencerlung kearahnya.
Pang!!
Iya! Selepas 7 tahun aku menghadiahkan tamparan kepadanya! Tamparan yang harus aku berikan kepadanya sejak dulu lagi.
Matanya tajam menikam mataku. Marah! Aku hanya tersenyum sinis.
"Ye betul! Aku anak terbuang! Anak yang dibuang keluarga suatu ketika dulu. Kau nak tahu sebab apa?" tanyaku sinis. Aku melihat penampilannya.! Seksi! Dengan rambut dilepaskan separas bahu berwarna perang. Blouse sendat separas paha!, ni ke Alia Aulia yang Ibu muliakan!
Rambutnya aku tepis perlahan. Aku masih tersenyum sinis melihat muka nya yang kemerahan. Aku sambung kata-kataku
"Sebab KAKAK aku tergila-gila kan TUNANG aku. Dia sanggup fitnah adik dia sendiri. But, It's okey, you Know what? Aku dapat yang lebih baik dari tu, yang lebih sempurna dari tu. Opss sorry got to go!" dengan senyuman puas aku keluar dari tandad itu. Alia masih lagi terkaku didalam itu. KAU TUNGGU AIRA!
Aku memerhati sekeliling sebelum tertacap pada kelibat Danial dengan... Zafran! Tadi jumpa bini dia sekarang kena hadap Laki dia. Oh God!
"Bie..!" panggilku manja.sengaja! Lengan itu aku peluk erat. Zafran yang melihat hanya memandang dengan wajah...suram! Not sure!
"Sayang!" bisik Danial. Namun masih sampai kependengaran Zafran.
"Erkkk.... Encik Zafran kenalkan isteri saya" kata Danial sopan. Klien dia tu!
"Hai Encik Zafran" kataku.
"Hai puan Aira nice to see You. Again!" sinis Zafran berkata. Menyebabkan aku seram sejuk. Zafran selalu penuh dengan misteri!
"Again?" tanya Danial curiga.
"Yela ni kan klien yang sayang handle, masa Bie demam" kataku. Membetulkan keadaan.
"Ohh Bie lupa. Erm. Okey la Encik Zafran. Kami gerak dulu" pamit Danial. Mereka berjabat tangan sebelum Danial dan Nadia melangkah pergi. Tanpa disedari dua pasang mata memerhati dengan penuh dendam.
"I tak boleh lagi tunggu macam ni!"
"Sabar! Kita buat kat Malaysia!"
"Kenapa tak kat sini?"
"Ohh please nampak kebodohan U kat situ" sindir Zafran.
"Zafran!" jerit Alia.
"You lupa adik ipar U tu orang terpengaruh dekat sini. Simpan sikit bodoh tu" lantas Zafran meninggalkan bekas isterinya. Iya bekas!
Alia menghentakkan kakinya geram! Kau tunggu Aira!
YOU ARE READING
Cinta Aira ⓒ
Romancecinta? huh? kerana cinta aku terluka Kerana cinta aku hilang keluarga. Kerana cinta aku difitnah Kerana cinta aku dibuang seperti sampah dan Kerana cinta juga aku merana. Aku kini bukan yang dulu yang lemah dan yang mudah diperbodohkan. Hanya ker...