Bab 11

12.2K 604 12
                                    

"Nadia bangun" goncangan yang kurasa sesikit kasar membuatkan aku merengek kecil.

"Nadia bangun!" kenapa makin kasar?

Mata kubuka perlahan. Kepalaku pening sangat. Memang sejak dua tiga hari lepas setiap malam sampai kepagi alahan aku akan rasa pening.

Aku melihat Danial disisi. Aku tersenyum kecil.

"Bie! Bila b..." mataku melorot jatuh kesusuk tubuh yang terbaring mengerang dilantai.Zafran!. Dan susuk tubuh yang sedang tersenyum sinis memandang kearahku.Alia!. Apa mereka buat!

Aku segera bangun. Mata Danial menikam mataku tajam. Mataku sudah berair. Tolong jangan! Tak!

"Bie.." aku cuba menyentuk tangannya. Namun ditepis kasar.

"Kau buat apa Nadia!" lantang suara itu berbicara. Aku terkaku. Mukanya tegang! Merah padam!

Kenapa aku.

Difitnah.

Kali kedua!

"Bie..."

"JAWAB AIRA!!!" Danial menengking aku! Nafas kutarik dalam.

Tanganku diheretnya. Kami melalui Alia. Namub sempat aku mendengar Danial menyuruh Alia membawa Zafran turun.

Sampai sahaja keruang tamu aku terkaku.

Ibu!

Ayah!

"Kau kenal mereka?" tanya Danial. Air mata ku sudah laju mengalir

"Tak pernah berubahkan perangai kau! Murah!" tengkingan dari ibu membuatkan aku melorot jatuh! Lagi sekali!

Aku melihat Alia yang sedang membantu Zafran yang lemah. Mesti sudah dikerjakan oleh Danial.

Pap!

Aku tersentak apabila satu sampul dilemparkan didepan muka aku. Aku tersenyum sinis. Plan yang sama. Cara yang sama. Tapi orang yang berbeza. Danial!

Dengan tenang aku membuka sampul itu. Wow! Peristiwa di klinik. Air mata aku sapu kasar. Cuma satu yang aku inginkan.

Dengan semangat baru aku bangun!

Mata Danial yang merah aku pandang dalam mencari CINTA tapi kosong.

Aku tersenyum kecil. Danial aku hampiri dengan lebih dekat. Kedua pipinya aku pegang.

"Bie percayakan sayang?" tanyaku sayu.

Tanganku direntap kuat. Nasib aku baik aku sempat berpaut pada sofa

"Untuk apa yang kau dah buat kau tanya aku percaya atau tak?! Heh! Kalau kau mengandung sekarang aku jamin tu bukan anak aku! Tapi nasib kau belum mengandung!" sinis suara Danial.

"Isteri jenis apa kau ni! Suami keluar kerja kau keluar cari jantan! Kau tak layak lah jadi bini!" jerit Danial.

Aku tergamam! Perut kuusap perlahan.

Sabar sayang!

Aku tersenyum kelat

"Awak percayakan saya atau tak Danial?!" tanyaku lagi sekali. Untuk kali terakhir.

"Biarpun sejuta kali aku diberi peluang untuk hidup dengan kau. Aku pilih untuk hidup sendiri dari hidup dengan perempuan macam kau!"

Dush!!

Sakit Ya Allah!

Suami aku!

Aku mengangguk perlahan. Langkah kuatur kearah Zafran. Tisu diatas meja aku capai perlahan. Bibirnya kesan darah aku usap bersama tangisan.

"Semalam awak nak cakap sesuatu kan?" tanyaku lembut. Zafran mengangguk lemah. Aku tahu niat Zafran. Kerana dia masih Zafran Airil yang aku kenal! Penyayang!

"Bersihkan nama saya. Bersihkan nama Aira Nadia.! Tapi nanti awak sihat nanti" pintaku. Zafran mengangguk lemah. Aku tahu dia tiada tenaga. Aku bangun melangkah kearah Danial.

Mataku pandang lagi. Kalau matanya kosong tanpa cinta. Yang dulunya sarat. Begitu juga dengan aku. Tiada lagi cinta buatnya. Hati aku kosong. Kenapa mesti aku!

"Kau keluar dari rumah ni!" kata Danial perlahan tanpa memandang kearahku. Tak apa lah sekurangnya tidak seteruk dulu!

Aku naik tangga. Baju kumasukkan kedalam bagasi. Aku ambik anak kunci bilik sebelah aku letak diatas meja solek. Sebelum keluar aku memandang segenap inci bilik itu.

Aku menuruni tangga.

"Danial. Betul ke kalau saya mengandung awak tak akan mengaku ia anak awak?" tanya ku seperti orang bodoh.

Danial hanya mengangguk.nafas Aku hela berat.

"Aku tak nak zuriar dari perempuan macam kau!" sakit!

Aku sesikitpun tidak memandang ibu mahupun abah

Kebahagiaan aku sudah hilang!

Sampai sahaja didepan pintu akymu bersuara lantang.

"Manusia mudah melupakan saat hati dia terluka. Saat dia rasa tidak diperlukan. Kenapa korang susah sangat nak dengar penjelasan! Korang nak tahu apa perasaan aku?!" bentakku kuat. Aku menghampiri mereka. Dengan muka yang menahan tangis aku memandang wajah mereka.

"Aku rasa macam orang bodoh! Disanjung masa aku senang! Dijadikan bahan hinaan korang saat aku jatuh! Korang rasa hebat! korang rasa bangga? Just go on! Satu hal aku nak korang set dalam-dalam otak tu. Aku AIRA NADIA tak. Akan . Memaafkan setiap kesalahan korang. Biarpun jasad aku terpisah nanti!"  aku melihat wajah mereka tergamam. Lebih-lebih lagi Danial. Mungkin tidak menyangka aku sebiadab ini!

Seusai berkata dengan hati yang puas aku melangkah keluar. Selamat tinggal kenangan!

Cinta Aira ⓒWhere stories live. Discover now