Bab 2

13.1K 672 2
                                    

7 tahun kemudian

"Nad bangun sayang" bahuku digoncang perlahan

Selimut ditarik kebawah mengejutkan gadis yang sedang tidur itu.

"Ngantuk la Mummy" rengetnya manja

"Bangun, kerja sayang"

"Uarghhh!!" dia mengeliat sambil menguap.

"Tak senonoh la Nad" usik Datin Rasyidah

"Biar la anak mummy juga kan?" kata Gadis itu manja.

"Banyak cekadak dia, dah bangun mandi" kaki gadis itu ditepuk perlahan.

"Okey" tuala dicapai perlahan. Langkah diaturkan kebilik air.

Datin Rasyidah tersenyum manis. Gadis itu! Gadia yang membawa sinar dalam keluarga mereka. Aira Nadia!

Gadis yang banyak membantunya. Gadis yang suatu ketika dahulu hilang arah.

Datin Rasyidah melangkah keluar dari kamar itu ..

Keluar sahaja dari bilik mandi aku melihat katil yang sudah kemas. Aku meneliti wajahku di cermin. Cantik!

Blouse biru aku ambil pakai. Dikenakan dengan skinny jeans. Rambut aku keringkan. Aku lepas sahaja rambut separas bahu itu.

Datin Rasyidah? Orang yang banyak menolong aku untuk bangkit dari kekejaman manusia, ceh!!

Dia banyak tolong aku, aku bukan sahaja terhutang budi malah aku turut terhutang nyawa!

Disebabkan itu juga aku terjebak dalam rumah ni. Aku bukan menjadi anak dia sahaja malah aku juga menjadi menantunya. Aku ulang. Menantu!

Yes. Aku dah kahwin 3 tahun lepas. Semuanya untuk membalas budi.

Nanti-nanti lah aku story lagi. Yang penting aku bahagia hidup selama 7 tahun ni!

Aku terkaku dicermin dalam bilik itu apabila ada yang memeluk erat pinggangku.

"Ishh, apa ni?" bentak ku.

"What? Tak rindu ke?" aku berpusing menghadapnya. Tali lehernya aku pegang.

"Tak" tangan aku lincah memakai tali leher nya.

"Sayang" meleret suara itu memanggil ku

"Apa?" balasku malas melayan

"Kasarnya" katanya pipiku menjadi mangsa ciumannya bertalu-talu.

"Danial Raizz!!!" jerit ku.

"Iya Aira Nadia, isteri saya"

Danial Raizz dia lah pengubat hati aku. Penyelamat aku. Perkahwinan berlaku secara tiba tiba. Apabila abang Danial, Danish Raziq, yang seharusnya berkahwin dengan pilihan hatinya melarikan diri.

Demi maruah keluarga kami sama-sama merelakan diri mengantikan tempat mereka.
Dan aku terima kerana terhutang nyawa.
Dan kami bahagia biarpun diawal perkahwinan kami umpama anjing dengan kucing.

Perangai gila-gila dia buatkan aku tertarik.

"Bencilah!"

"Sayang!"

"Dah siap!" dadanya kutepuk perlahan. Hensem!

"Nak apa" sambungku apabila dia mengerlipkan mata berkali-kali

"Morning kiss?"  pipinya disuakan kepada aku.

"Mengada" namun aku tunaikan juga permintaannya.

"Kenapa merajuk semalam?" sambungku. Semalaman dia tidur diruang tamu kerana merajuk dengan aku.

"Tak tahu ada orang tu dia badmood dengan kita semalam" dia mengaturkan langkah menuruni tangga.

Aku mengekorinya dari belakang. Lengannya aku peluk erat

"Padahal dia yang emo tak bertempat!" usik aku lagi.

"Sayang tak pujuk bie pon" hidungku dicuit perlahan

"Malas nak pujuk. Buruk tahu tak orang tua merajuk!"

Aku melihat dia sudah menjenggilkan mata memandang aku. Aku sudah memecut lari kedapur.

"Mummy tengok anak mummy ni, gedik" pinggang mUmmy aku peluk erat. Menyorokkan muka kebelakang dia.

"My..menantu Mummy cakap Nial gedik Myy" dia cuba menggapai tangan ku.

"Ishh.  Apa korang ni! Dah-dah apa ni?..baik korang breakfast sebelum Mummy senduk ni naik atas kepala korang"  senduk ditangan sudah ditayang tinggi

"Wahh lari sebelum Mummy shark mengamuk" jeritku lantang lengan sang suami aku eret bersama.

"Bebudak ni" keluh Datin Rasyidah. Dia bahagia memandang anak menantunya bahagia.

"Bie nak apa?" tanya ku perlahan. Kening dijongketkan

"Nak sayang!" jawab Danial

"Cepatlah nanti lambat masuk office. Bie tahu tak, boss Sayang tu kan garang, lain dari yang lain.. That why I Love Him
Tak sabar nak jumpa dia"

"Ooo..puji boss" terhangguk-hangguk kepalanya

"Nak nasi goreng tu" sambungnya lagi. Muka dimasamkan.

"Nahh" pinggan yang sudah aku sendukkan nasi kuberi kepadanya.

Dia senyap menikmati masakan itu. Aku tersenyum memandang Danial. Suamiku yang sah.

Dia tahu segala-galanya tentang aku. Semua! Aku suka ketegasan dia, kesetiaan dia. Semua tentang dia.

Kerana

Dia suami aku. Dia yang banyak menyedarkan aku tentang erti kehidupan. Banyak sokong aku. Banyak bagi semangat kepada aku. Dia juga menyedarkan aku erti Cinta sebenar. Satu yang aku harap daripada dia. KESETIAAN.

Cinta Aira ⓒWhere stories live. Discover now