Still Flashback
Semakin hari semakin bahagia aku tinggal dirumah mewah milik Datin Rasyidah. Dia tidak pernah lokek memenuhi setiap keperluan aku, aku pernah menolak pemberiannya kerana aku tidak ingin dimanjakan dengan kemewahan . Malah pembelajaran aku juga ditanggung sepenuhnya.
Dia pernah bertanya sama ada ingin melanjutkan pelajaran disingapura atau luar negara. Tetapi aku menolak kerana aku ingin menemaninya. Memandangkan kedua anaknya telah melanjutkan pelajaran diluar negara. Mereka hanya berhubung melalui internet.
Timbul rasa kasihan aku melihat ibu tunggal itu.
Sampailah tahun keempat aku tinggal disitu. Segalanya berubah apabila. Danial Raizz dan Danish Raziq kembali kerumah itu. Aku dan Danial Raiz tidak sekepala selalu bergaduh. Berbeza dengan Danish Raziq yang matang . Aku sudah menganggapnya sebagai abang aku sendiri.
Sampailah beberapa bulan kemudian apabila Danish Raziq memutuskan untuk berkahwin dengan kekasihnya. Aku hairan kerana Danial menentang perkahwinann itu. Namun Danish tidak mengambil kesah tentang itu.
Datin Rasyidah la yang paling bahagia. Kerana anaknya ingin berkahwin.
Tiba lah pada malam perkahwinan beberapa jam sebelum majlis dimulakan kami dikejutkan dengan berita tentang pengantin perempuan melarikan diri. Daniah hilang arah. Aku kesian melihat dia begitu.
Aku lebih tersiksa melihat Datin Rasyidah. Danish menceritakan kepada abagnya bahawa dia sudah menganggap perkara seperti ini akan terjadi.
Semua terlalu cepat. Apabila Danish juga melarikan diri. Kami buntu. Danial yang paling marah melihat sikap abangnya.
Sehinggalah Datin Rasyidah merayu kepada aku dan Danial supaya selamatkan maruah keluarganya memandangkan dia adalah ahli korporat.
Awalnya. Danial membantah. Tapi kami dengan rela bersetuju apabila kesihatan datin rasyidah.
Dan malam itu juga kami berkahwin. Perkahwinan kami tidak seindah yang disangka. Kami masih belum dapat menyesuaikan diri. Namun kami memulakan dengan ikatan persahabatan.
Sehinggalah pada ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Ia bererti sudah setahun kami berkahwin. Masing-masing melafazkan cinta. Dan untuk kedua kalinya aku percaya pada cinta. Bezanya pada kali ini aku cintakan suami aku sendiri. Dan bermulalah episod cinta kami.
Segala rahsia aku semua dia tahu. Dan apa yang pernah berlaku dalam hidup aku. Satu je yang aku katakan kepada dia.
"Walau apa pun yang terjadi kelak . Tolong percayakan saya. Tolong dengar penjelasan saya. Jangan hukum saya tanpa bukti, sebab sekali saya benci mustahil untuk peluang kedua. Tu diri seorang Aira Nadia" itu lah ucapan pertama aku apabila dia minta untuk hubungan kami kekal sebagai suami isteri.
Dan bermula lah hidup kami sebagai suamu isteri. Dan sekarang sudah setahun kami dalam kata erti sebenar sebagai suami isteri.
************
End flashback
"Masuk bilik saya sekarang" satu suara mengejutkan aku yang sedang mengelamun. Aku lupa bahawa sekarang aku sudah di office. Aku menjadi PA kepada boss aku sendiri.
Tok!tok!
"Masuk"
Mendengar arahannya aku segera melangkah masuk. Tanpa dipinta aku segera melabuhkan duduk didepannya
"Mengelamun sampai mana dah?" sindir boss aku. Matanya masih menghadap komputer.
"Tak tahu la boss mungkin dah sampai kat hati boss kot" kata aku dengan senyuman nakal dibibir.
"Nakal U kan?"
"I nakal dengan orang tertentu je bos" aku bangun melangkah kebelakangnya. Bahunya aku urut. Kesian laki aku! Ehh boss la!
"Sayang.." meleret dia memanggil aku
Suamiku bossku! Iya dialah boss yang aku sayang. Dialah yang memaksa aku menjadi Pa nya. Sedangkan ia luar dari bidang kuasa aku. Tidak jemukah dia selalu memandang aku? Tahh aku tiada jawapan untuk itu!
"Yes!"
"Penat!"
"Kesian suami saya" pipinya kukucup sayang.
"Hurmm nak lagi" dia menunjukkan pipi kirinya pula. Aku menepuk laju pipinya. Mengada!
"Sayang" rengeknya. Apabila aku melepaskan bahunya .
"Kerja Bie"
"Balik jom!" katanya memandangkan sekarang lunch hour.
"Balik nak tidur. Bie tak sihat la" katanya sambil mengurut kepala.
Aku yang risau melihat keadaanya segera menghampirinya kembali.
"Tak panas pun" kata ku perlahan. Namun aku melihat bibirnya sesikit pucat. Kesian laki aku.
"Dahh jom balik" sambungku apabila kepalanya mula melentok kekiri.
YOU ARE READING
Cinta Aira ⓒ
Romancecinta? huh? kerana cinta aku terluka Kerana cinta aku hilang keluarga. Kerana cinta aku difitnah Kerana cinta aku dibuang seperti sampah dan Kerana cinta juga aku merana. Aku kini bukan yang dulu yang lemah dan yang mudah diperbodohkan. Hanya ker...